SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

Download on the App Store

SBS Bahasa Melayu episodes

  • First Nations languages: A tapestry of culture and identity - Bahasa Asli Warga Pertama Australia Kaya Dengan Budaya dan Identiti Bangsa
    Anyone new to Australia can appreciate how important it is to keep your mother tongue alive. Language is integral to your culture and Australia's Indigenous languages are no different, connecting people to land and ancestral knowledge. They reflect the diversity of Australia’s First Nations peoples. More than 100 First Nations languages are currently spoken across Australia. Some are spoken by only a handful of people, and most are in danger of being lost forever. But many are being revitalised. In today’s episode of Australia Explained we explore the diversity and reawakening of Australia’s First languages. - Setiap pendatang asing, termasuk warga Melayu yang kini menetap di Australia, sedari akan kepentingan mengekalkan bahasa ibunda demi mempertahankan bangsa dan budaya. Ini termasuklah kaum warga pertama negara ini yang bertutur dalam lebih 100 bahasa asli di seluruh Australia. Sebilangan dari bahasa asli ini hanya ditutur oleh segelintir golongan sahaja, justeru menimbulkan risiko kepupusan bahasa terbabit. Namun, sebilangan besar bahasa asli lain giat dipergunakan. Dalam episode Australia Explained kali ini, SBS Bahasa Melayu meninjau kepelbagaian dan kebangkitan semula bahasa asli warga pertama Australia
    13 min
  • Nik Nasyron Kongsi Pandangan Masuk Tahun Ke-3 Selaku Konsul Jeneral
    Kini masuk tahun ketiga Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud dihantar ke Melbourne untuk mengambil alih jawatan Konsul Jeneral Malaysia di ibu kota negeri Victoria ini. Apakah pandangan beliau terhadap Melbourne dan Victoria serta warga Malaysia yang menetap di sini? Zaini Ahmad berpeluang menemubual Nik Nasyron untuk mengetahui apakah hasrat dan matlamat beliau seterusnya.
    18 min
  • Bazaar Ramadan Bukan Setakat Peluang Meraih Keuntungan
    Di Malaysia, semakin ramai yang mempersoalkan aspek komersil bazaar Ramadan yang dianggap keterlaluan yang bercanggah dengan matlamat berpuasa. Namun di Australia, matlamat bazaar Ramadan agak berbeza. Zaini Ahmad mengunjungi Bazaar Ramadan Noble Park di Victoria untuk menghayati apakah perbezaan ini.
    9 min
  • Tiga Warga Malaysia Jayakan Sekali Lagi Bazaar Ramadan Demi Menyatukan Komuniti Serta Mengekalkan Tradisi
    Walaupun jauh dari tanahair, warga Malaysia, khususnya umat Islam, tetap mampu menghayati suasana bulan Ramadan yang mulia dengan sepenuhnya. Selain menjalankan ibadah puasa dan amal ibadah sepenuhnya sebaik mungkin, warga Malaysia turut berpeluang menghayati suasana bazaar Ramadan yang kini sudah menjadi tradisi tahunan di Malaysia. Di kota Melbourne, mujurlah ada tiga warga Melayu yang bersemangat keusahawanan dan kemasyarakatan sekali lagi menganjurkan Bazaar Ramadan untuk komuniti Malaysia yang merantau dan penduduk tempatan di sekitar subbandar Noble Park. Zaini Ahmad menemubual dua dari kumpulan trio ini untuk mengetahui lebih lanjut butiran Bazaar Ramadan Melbourne, 2025.
    10 min
  • Ramadan Mulia Ini Warga Melayu Melbourne Dalam Kesusahan Tidak Akan Dilupai Oleh Yayasan An Nur
    Bulan Ramadan yang mulia kian menjelang dan bagi segelintir warga Melayu yang datang ke Australia, harapan untuk mengubah nasib kadangkala tidak tercapai. Bagi golongan ini, pelbagai kesusahan perlu diharungi dari segi masalah visa, tempat tinggal juga di mana untuk mendapat sesuap nasi. Mujurlah wujud beberapa pertubuhan amal di negara ini dan di Melbourne, khususnya di daerah selatan ibu negeri Victoria ini, warga Melayu dalam kesusahan sering memohon bantuan dari Yayasan An Nur. Yayasan ini ditubuhkan oleh seorang warga Malaysia yang berhijrah ke negara ini sejak beberapa dekad lalu, bertujuan membantu golongan muslimin dan muslimah yang memerlukan pertolongan. Sempena Ramadan tahun ini, Zaini Ahmad berbual dengan pengasas Yayasan An Nur, Norasiah Hassan Simkin, untuk mengetahui apakah program yang bakal dianjurkan oleh pertubuhan ini sepanjang bulan yang mulia dan selanjutnya.
    12 min
  • Warga Melayu Kejar Nikmat Pandu 4WD Dalam Keadaan Mencabar
    Bagi sesetengah pemandu, mengendali kenderaan dalam keadaan serba mencabar adalah suatu nikmat yang sentiasa dikejari. Golongan ini sering digelar sebagai 'adrenaline junkie' yang mencari peluang untuk memandu kenderaan mereka 'off-road' demi menguji kehandalan mereka. Di Victoria, sekumpulan warga Melayu menganjur sebuah pesta membabitkan kenderaan pacuan empat roda di kawasan pendalaman negeri ini. Pesta yang digelar Muddy Hunter 3.0 kini masuk tahun ketiga berjaya menarik warga Melayu yang datang seisi keluarga untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan sepanjang hari. Pesta Muddy Hunter 3.0 kali ini bertempat di pusat perkhemahan Frenchman's Creek di Eildon, Victoria. Zaini Ahmad menemubual salah seorang penganjur Pesta Muddy Hunter 3.0 untuk mengetahui apakah yang mendorong golongan ini mengejar bahaya.
    11 min

About SBS Bahasa Melayu

From the publisher's feed

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.