SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

Download on the App Store

SBS Bahasa Melayu episodes

  • Sambutan Tahun Baru Berbilang Kaum Lambang Semangat Muhibbah
    Baru-baru ini berlansung sambutan serentak Tahun Baru dan Tahun Baru Cina yang melambangkan semangat muhibbah di kalangan warga Malaysia yang merantau ke negara ini. Majlis rumah terbuka ini dijayakan oleh tiga warga Melayu berganding bahu dengan seorang pengusaha keturunan baba Melaka, selaku tuan rumah. Sambutan tahun baru ini berlansung di sebuah kilang plastik kepunyaan hos majlis di subbandar Clayton, lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar Melbourne. Apa yang menarik, majlis bertemakan warna merah-hitam ini dihadiri oleh tetamu berbilang kaum, sebahagian daripadanya warga Malaysia yang bekerja di kilang terbabit. Dan seperti sambutan rumah terbuka di tanahair, tetamu majlis disajikan dengan pelbagai hidangan lauk-pauk Melayu serta manisan, termasuk durian Musang King. Dan pastinya tidak sah sekira sesebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina tiada persembahan tarian singa dan majlis kali ini tidak menghampakan. Zaini Ahmad berpeluang menghadiri sambutan Tahun Baru/Tahun Baru Cina 2025 ini dan rata-rata, para jemputan telah menikmati sajian dan kemeriahan serta menghayati semangat muhibbah majlis tersebut.
    6 min
  • Ulasan Drama TAKDIR Lakonan Pelajar Malaysia Terbitan Badan Perhubungan Melbourne
    Baru-baru ini berlansung sebuah pementasan drama time-travel merentasi zaman silam dan zaman akan datang yang bertajuk TAKDIR. Pementasan ini hasil terbitan Badan Perhubungan Melbourne yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab UMNO Luar Negara, ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang kini mengikuti pengajian tinggi mereka di Melbourne. Drama Takdir mengisahkan harapan seorang suami dan bapa yang berikhtiar dan berjaya mencipta mesin merentasi zaman untuk menyelamatkan isteri beliau yang terbunuh dalam satu kecelekaan lebih dua dekad lalu. Namun pengembaraan beliau merentasi masa membawanya ke zaman silam, Hang Jebat dan Hang Tuah, juga ke abad-22. SBS Bahasa Melayu dijemput menyaksikan pementasan Takdir yang berlansung di teater State Library of Victoria dan Zaini Ahmad berpeluang menonton terbitan amatur ini. Ikuti ulasan beliau.
    9 min
  • What does January 26 mean to Indigenous Australians? - Apakah Hakikat 26 Januari Bagi Kaum Warga Asli Australia?
    In Australia, January 26 is the national day, but the date is contentious. Many migrants who are new to Australia want to celebrate their new home, but it’s important to understand the full story behind the day. - Di Australia, 26 Januari ialah Hari Kebangsaan, namun sejak kebelakangan ini, kesesuaian tarikh ini sering dipertikaikan. Ramai golongan migran di Australia ingin menyambut Hari Kebangsaan negara baru mereka tetapi apa yang penting ialah memahami sepenuhnya sejarah di sebalik tarikh 26 Januari ini.
    13 min
  • Are you in need of crisis accommodation? - Tiada Tempat Berteduh? Petua Bagi Mereka Yang Menghadapi Ketunawismaan
    If you are homeless or at risk of becoming homeless it can be difficult knowing who to ask for a safe place to go. You don’t have to feel isolated, and there is no shame in asking for help. There are services that can point you to crisis accommodation and support, wherever you are. - Jika anda seorang tuna wisma yang tiada tempat tinggal, tahukah ke mana harus anda tuju untuk mendapat bantuan? Jangan sesekali fikir hanya anda sahaja yang menghadapi masalah sebegini dan tak usah berasa malu untuk memohon bantuan. Di Australia, wujud pelbagai perkhidmatan bagi membantu golongan ketunawismaan menyediakan tempat sementara untuk berteduh ketika menghadapi krisis dalam kehidupan mereka.
    12 min
  • Danish Rizal Bukti Kehebatan DiPilih Mereka Fesyen Gadis Litar Moto GP Malaysia
    Dalam dunia fesyen yang begitu sengit saingannya, bakat baru perlu membukti kehebatan dan keunikan untuk mencipta nama tersendiri. Apatah lagi sekiranya saingan yang dihadapi turut membabitkan golongan pereka fesyen yang telah pun mengukir nama mereka dalam industri serba glamour ini. Namun, itulah kejayaan yang dicapai oleh seorang pereka fesyen generasi baru setelah beliau berjaya dipilih mereka pakaian seragam gadis litar perlumbaan Moto GP Malaysia baru-baru ini. Apa yang lebih mengagumkan, warga Malaysia ini masih lagi menjalani kursus rekaan fesyen di RMIT University, Melbourne, ketika dipilih oleh syarikat petroleum kebangsaan, Petronas, selaku penganjur utama perlumbaan Moto GP. Zaini Ahmad berpeluang menemubual pereka fesyen, Danish Rizal, bintang baru yang bakal mengukir nama dalam dunia fesyen.
    7 min
  • Hujan Emas Hujan Batu Yang Mana Satu Pilihan Mu
    Bagi sebilangan besar warga Malaysia yang kini berada di Australia, pepatah "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri" sudah luput konsepnya. Kenapa mereka harus hidup menderita, sentiasa kesempitan wang ringgit, semata-mata untuk memenuhi seruan atau kehendak masyarakat dan bangsa mahupun pihak kerajaan, walhal wujud peluang bagi mereka mengubah nasib di negara asing. Sememangnya langkah yang diambil membabitkan pengorbanan besar yang melihat golongan ini terpisah jauh dari kaum keluarga dan sanak saudara bertahun-tahun lamanya, kerinduan mendadak yang tidak terhingga. Namun itulah pengorbanan yang perlu dilakukan demi menanggung segala keperluan kaum keluarga di kampung halaman. Mujurlah di Australia, kehidupan senang boleh dikecapi asalkan golongan terbabit ringan tulang. Warga sebeginilah yang sempat ditemui oleh Zaini Ahmad ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir seorang warga Sarawak dari Miri yang kini menetap di Melbourne, Australia. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Rosmiati Kamaruddin, yang lebih dikenali sebagai Megaa, serta beberapa para jemputan lain pada majlis penuh kemeriahan di subbandar Springvale, Victoria, yang berlansung baru-baru ini.
    6 min
  • Tiga Warga Malaysia, Tiga PR Australia Diperolehi Secara Betul: Ketahui Bagaimana
    Kini di Australia terdapat berpuluh ribu warga Malaysia yang mempunyai hak untuk menetap di negara ini. Status hak bermastautin atau permanent resident yang lebih dikenali dengan akronim PR kini menjadi topik hangat yang sentiasa diperbincangkan, khususnya di kalangan pendatang baru. Ramai di kalangan warga Malaysia yang baru tiba ke negara ini, sebilangan besarnya sejak sepuluh tahun lalu, merasakan diri mereka tertipu dengan janji-janji manis segelintir individu, terpedaya dengan tipu muslihat mereka kononnya boleh mendapatkan visa untuk membolehkan mereka bekerja dan terus menetap di negara ini. Akibat penipuan ini, kini lebih kurang 40,000 warga Malaysia telah memohon perlindungan semata-mata untuk membolehkan mereka bekerja dan menetap di Australia. Ada yang berjaya namun sebilangan besar gagal dalam permohonan perlindungan mereka, terpaksa pulang ke tanahair kecewa. Sememangnya memperolehi hak bermastautin di negara in agak sukar dan kini syarat-syaratnya telah diperketatkan oleh kerajaan Australia, namun masih ada proses yang sah dan betul yang boleh dilakukan oleh warga Malaysia untuk cuba menetap di negara ini. Ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Malaysia Madani anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne baru-baru ini, Zaini Ahmad berpeluang menemubual tiga warga Malaysia yang berjaya memperolehi PR untuk menetap di Australia, ketiga-tiganya secara sah, mahupun berbeza.
    10 min

About SBS Bahasa Melayu

From the publisher's feed

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.