SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

Download on the App Store

SBS Bahasa Melayu episodes

  • Mencari Yang Halal: Le Feu Oasis Menyajikan Masakan Vietnam Bebas Daging Khinzir
    Bagi warga Melayu di Australia, mencari makanan halal adalah perkara biasa yang sentiasa perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila mencari restoran yang menyajikan makanan halal. Lazimnya, sajian restoran dari rantau Indochina, termasuk Vietnam, mengandungi bahan yang tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Namun, di subbandar Springvale, lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar Melbourne, terdapat sebuah restoran Vietnam yang menawarkan menu 100% bebas daging khinzir yang digemari ramai. Zaini Ahmad dari SBS Bahasa Melayu mencuba beberapa sajian halal yang ditawarkan oleh Restoran Vietnam, Le Feu Oasis.
    9 min
  • Ulung Kalinya, Kemerdekaan Malaysia Dianjurkan Oleh Tiga Warga Melayu Membuktikan Semangat Malaysia Boleh!
    Setiap tahun, Kemerdekaan Malaysia disambut secara rasmi di Australia oleh wakil kerajaan Malaysia di negara ini. Di Victoria, acara sambutan rasmi dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Walaupun warga Malaysia telah berhijrah ke negara ini sejak beberapa dekad lalu, di Melbourne, inilah ulung kalinya sambutan sebegini dijayakan oleh warga Melayu tersendiri. Tiga rakan karib, iaitu pasangan suami isteri, Mohamad Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, disertai, Zahari Afendi, tahun ini berjaya menganjurkan Pesta Piala Merdeka 2024. Zaini Ahmad berpeluang meninjau pesta meriah sepanjang hari ini yang berlansung di Tatterson Park, Keysborough.
    9 min
  • Nik Nasyron Syah Gesa Warga Malaysia Mendekati Konsulat Jeneral Mendapatkan Maklumat Sahih Tanpa Spekulasi
    Tahun ini, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-67 dengan tema, Malaysia Madani, Jiwa Merdeka. Segolongan warga Malaysia yang menetap di Melbourne, Australia, turut berpeluang menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini setelah dijemput menghadiri majils anjuran Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne di sebuah hotel terkemuka di tengah-tengah ibu kota negeri Victoria yang indah ini. SBS Bahasa Melayu turut dijemput ke majlis ini, di mana Zaini Ahmad berpeluang menemubual Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud selaku Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne.
    5 min
  • Salam Perantau Selamat Pulang Ke Tanahair Kak Pah
    Setelah berada di Australia selama tujuh-belas tahun, warga Malaysia, Sharifah Dayang Kusuri, akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke tanahair. Beliau adalah antara orang pertama di kalangan golongan terbaru warga Malaysia yang datang ke Australia sejak awal tahun 2000 untuk cuba mengubah nasib di negara ini. Ikuti temubual Zaini Ahmad dengan Sharifah Dayang Kusuri, yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Pah, untuk mengetahui kisah pahit manis serta saranan beliau kepada warga Malaysia lain yang kini menyimpan hasrat untuk datang ke negara ini.
    8 min
  • Warga Sabah Kekalkan Warisan Meskipun Jauh Dari Negeri Di Bawah Bayu
    Walaupun jauh dari negara yang dirindui, warga Negeri Di Bawah Bayu yang kini menetap di Australia tidak mengabaikan warisan kebudayaan mereka. Sempena pesta menuai tahunan yang disambut oleh semua suku kaum di negeri indah yang terletak di bahagian utara pulau besar Borneo, Persatuan Kebudayaan Sabah Melbourne menganjurkan Pesta Kaamatan 2024. Pesta meriah sepanjang hari melihat warga Sabah di ibu kota Victoria mengambil bahagian dalam pelbagai persembahan dan pertandingan, termasuk pemilihan juara Sugandoi dalam pertandingan menyanyi serta pemilihan Ratu Cantik Zandi Tavanus dan Ratu Unduk Ngadau. Pesta Kaamatan 2024 turut melihat sajian hidangan enak, termasuk sajian Hinava ikan mentah yang popular di negeri Sabah. Cabutan bertuah turut diadakan dengan kemuncak cabutan melihat seorang pemenang bernasib baik memenangi sebuah kereta. Syabas kepada Flora Stepen, selaku Presiden Persatuan Kebudayaan Sabah menganjurkan Pesta Kaamatan 2024, sekaligus mengekalkan warisan budaya kepelbagaian suku kaum dari negeri yang indah di bawah bayu.
    8 min
  • Embracing the wisdom of traditional Indigenous medicine - Mendekati Keberkesanan Perubatan Tradisional Kaum Orang Asli
    Understanding and respecting Indigenous knowledge of medicine may be the key to providing more holistic and culturally sensitive care in today's healthcare setting. - Memahami dan mendalami amalan perubatan kaum orang asli negara ini yang menggabung pendekatan holistik zahir dan batin mampu mempertingkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan kesihatan umum yang ditawarkan kepada semua warga Australia.
    14 min

About SBS Bahasa Melayu

From the publisher's feed

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.