SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

Download on the App Store

SBS Bahasa Melayu episodes

  • Facing religious discrimination at work? These are your options - Apakah Anda Alami Diskriminasi Agama Di Tempat Kerja? Ketahui Hak Anda
    Australia is a party to the International Covenant on Civil and Political Rights, which provides extensive protections to religious freedom. However, specific legislated protections vary across jurisdictions. If you have experienced religious discrimination at work, it is important to know your options, whether you are considering submitting a complaint or pursuing the matter in court. - Di Australia, perundangan berkaitan diskriminasi terhadap agama berbeza mengikut bidang kuasa setiap negeri dan wilayah di negara ini. Malahan, sesetengah negeri mempunyai perundangan yang memberi kuasa kepada majikan untuk menghadkan kebebasan pekerjanya untuk mempraktik amalan agama mereka. SBS Melayu kali ini meninjau apakah langkah yang boleh diambil sekiranya anda mengalami diskriminasi terhadap kepercayaan dan agama di tempat kerja.
    12 min
  • Indigenous art: Connection to Country and a window to the past - Seni Lukisan Orang Asli Mencerminkan Warisan Dan Budaya Warga Pertama Australia
    Embracing their oral traditions, Aboriginal and Torres Strait Islander peoples have used art as a medium to pass down their cultural stories, spiritual beliefs, and essential knowledge of the land. - Bagi kaum orang asli Australia, seni lukisan dan pertukangan bukan setakat perhiasan semata-mata. Sebaliknya, warga pertama negara ini menggunakan seni sebagai perantaraan untuk mengajar generasi muda tentang warisan, kebudayaan, kepercayaan dan ilmu pengetahuan nenek moyang mereka. Seni orang asli juga memberi peluang kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres mengekalkan tradisi lisan melalui medium seni lukisan dan pertukangan.
    12 min
  • Australia’s coffee culture explained - Mengupas Budaya Kopi Australia
    Australians are coffee-obsessed, so much so that Melbourne is often referred to as the coffee capital of the world. Getting your coffee order right is serious business, so let’s get you ordering coffee like a connoisseur. - Warga Australia sememangnya gila kopi sehinggakan Melbourne dianggap ibu kota kafe dunia. Meminum kopi ialah suatu aktiviti yang dianggap serius bagi sebilangan besar warga Australia, justeru kali ini, SBS Melayu mengupas budaya meminum kopi di negara ini.
    11 min
  • Pasukan Bola Jaring Selangor Asah Bakat Di Melbourne
    Ogos ini melihat pesta sukan kebangsaan Malaysia, yang dikenali sebagai Sukma 2024, berlansung di negeri Sarawak selaku hos pesta tahun ini. Seperti pesta Sukma sebelum ini, pelbagai acara sukan akan dipertandingkan selama seminggu dari 17hb hingga 25hb Ogos. Antaranya, pertandingan bola jaring atau netball dan tahun ini, apa yang menarik, sekumpulan pemain pasukan netball negeri Selangor berpeluang mengunjung Melbourne sebagai persiapan pesta Sukma yang bakal berlansung. Zaini Ahmad berpeluang berbual dengan jurulatih pasukan Selangor, Rosnah Safee, dan salah seorang pemain negeri, Aidil Hardinar, untuk mengetahui apakah matlamat kunjungan team Selangor ini ke Melbourne, Australia.
    13 min
  • Mushroom foraging in Australia: Is it safe? - Cendawan Liar: Bagaimana Mengelak Memetik Kulat Beracun
    In Australia, authorities strongly advise against eating mushrooms that have not been expertly identified or purchased from a supermarket or grocer, as some fungi can be toxic or deadly if consumed. In each State and Territory, rules and regulations vary, and mushroom foraging is not allowed in some areas. - Mencari cendawan liar ialah suatu aktiviti yang popular di seluruh dunia, namun sebilangan besar pendatang baru ke Australia tidak menyedari akan risiko memetik tumbuhan liar di negara ini. Sesetengah cendawan beracun boleh menyebabkan kematian jika dimakan, sepertimana yang berlaku di Victoria tahun lalu yang melihat tiga orang mati setelah disajikan cendawan beracun. SBS Bahasa Melayu mengupas aktiviti memetik cendawan liar serta petua memilih cendawan yang selamat untuk dimakan
    12 min
  • What were the Australian Wars and why is history not acknowledged? - Apakah Yang Dimaksudkan Peperangan Australia dan Kenapa Ianya Tidak Diiktiraf Dalam Sejarah?
    The Frontier Wars is a term often used to describe the more than 100 years of violent conflicts between colonial settlers and the Indigenous peoples that occurred during the British settlement of Australia. Even though Australia honours its involvement in wars fought overseas, it is yet to acknowledge the struggle that made it the country it is today. - Istilah peperangan sempadan atau frontier wars seringkali digunakan untuk mencatat keganasan konflik di antara peneroka kolonial British dan warga pertama Australia selama lebih 100 tahun sejak Kapten James Cook mendarat di tebing benua ini pada abad ke-18. Walaupun Australia kini menghormati dan mengingati pembabitan warganya dalam peperangan dunia yang tercetus di luar negara, ia masih gagal memaklumkan konflik di antara orang kulit putih dengan kaum orang asli yang secara lansung membentuk negara ini
    16 min

About SBS Bahasa Melayu

From the publisher's feed

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.