SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

Download on the App Store

SBS Bahasa Melayu episodes

  • Demi Kesyukuran, Pak Teh Dan Sheila Giat Mengerjakan Kebajikan
    Kini ramai di kalangan warga Australia yang menghadapi tekanan hidup akibat bebanan kos kehidupan yang kian meningkat. Bagi pasangan suami isteri dari Malaysia, Mohamad Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT sejak berhijrah ke Australia adalah rahmat yang diterima dengan penuh kesyukuran. Ikuti perbualan Zaini Ahmad bersama pasangan yang lebih dikenali dengan gelaran mesra, Pak Teh dan Sheila, untuk mengetahui apakah yang mendorong mereka membabitkan diri dalam aktiviti kebajikan.
    10 min
  • Good reasons to observe the pedestrian road rules - Tatatertib Dan Petua Untuk Pejalan Kaki Supaya Sentiasa Selamat
    Every day, pedestrians across Australia break the law without knowing it. This can result penalties and occasionally accidents. Stay safe and avoid an unexpected fine by familiarising yourself with some of Australia’s common pedestrian laws. - Setiap hari ramai pejalan kaki, tanpa disedari, melanggar undang-undang jalanraya di Australia. Kesalahan ini tidak boleh dianggap remeh kerana padahnya teruk, bukan setakat disaman dan didenda, malahan ramai juga yang ditimpa kemalangan. Dalam episode Australia Explained kali ini, SBS Bahasa Melayu memberi petua bagaimana untuk mengelak dari melakukan kesalahan serta tatatertib bagi memastikan anda sentiasa selamat ketika berjalan kaki.
    13 min
  • Understanding Australia’s legal system: laws, courts and accessing legal assistance - Sistem Perundangan Australia: Memahami Undang-undang, Mahkamah Dan Bagaimana Mendapat Bantuan Nasihat Guaman
    Are you familiar with Australia’s legal system? As a federation of six states and two territories, Australia has laws that apply nationally, as well as laws specific to each jurisdiction. Additionally, there are parallel structures of federal and state courts. Learn the basics of how the legal system works, from understanding Australian laws to accessing legal assistance. - Sistem undang-undang Australia ialah satu rangkaian perundangan kompleks yang wujud bagi memastikan tatacara kemasyarakatan dipatuhi serta keadilan dan hak warganya sentiasa terpelihara. Sebagai sebuah Persekutuan, Australia terdiri dari enam buah negeri dan dua wilayah, setiapnya mempunyai kerajaan, badan perundangan dan sistem kehakiman tersendiri yang berfungsi serentak dengan struktur kerajaan persekutuan Komanwel. SBS Bahasa Melayu menerangkan bagaimana sistem perundangan negara in berfungsi serta opsyen yang sedia ada sekiranya anda memerlukan bantuan perundangan.
    12 min
  • Stephen Yin Anak Malaysia Tonjol Semangat Malaysia Madani
    Stephen Yin, seorang warga Malaysia yang kini menetap di Melbourne sememangnya giat memupuk semangat kepelbagaian budaya, bukan sahaja di Australia, malahan sewaktu beliau di tanahair lagi. Dilahirkan di Ipoh dan menetap di Kuala Lumpur, kerjaya Stephen dalam bidang perundangan dan korporat memberi peluang kepada beliau turut menetap di negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Pengalaman ini mengasah kefasihan Stephen bertutur dalam Bahasa Melayu. Kini, bakat seni beliau teruji setelah dijemput menyertai persembahan teater, Princess of Champa, yang bakal berlansung pada 20 Julai, 2024, di Melbourne. Ikuti wawancara Zaini Ahmad dengan Stephen Yin untuk mengetahui apakah yang mendorong insan berjiwa seni ini mempromosikan semangat Malaysia madani.
    14 min
  • What is road rage and how to deal with it? - Apakah Keganasan Di Jalanraya Dan Bagaimana Mengatasinya?
    Aggressive driving is a continuum of bad driving behaviours which increase crash risk and can escalate to road rage. People who engage in road rage may be liable for traffic offences in Australia, have their car insurance impacted and most importantly put their lives and those of others at risk. Learn about the expectations around safe, responsible driving and what to do when you or a loved one are involved in a road rage incident. - Sikap agresif ketika memandu adalah suatu tabiat buruk yang mampu mencetus keganasan di jalanraya, sekaligus menyebabkan kemalangan. Di Australia, pemandu yang terbabit dalam keganasan di jalanraya berisiko menghadapi dakwaan undang-undang serta mempertingkatkan kos insuran kenderaan mereka. Lebih penting lagi, tabiat buruk ini mungkin mengakibatkan kemalangan yang bukan setakat mengancam pemandu terbabit, malahan keselamatan pengguna jalanraya yang tidak bersalah. SBS Bahasa Melayu meninjau isu keganasan di jalanraya dan langkah yang boleh diambil jika anda terbabit dalam situasi bahaya ini.
    12 min
  • Why are Indigenous protocols important for all Australians? - Kenapa Protokol Warga Asli Australia Perlu DiHormati
    Observing the cultural protocols of Aboriginal and Torres Strait Islander peoples is an important step towards understanding and respecting the First Australians and the land we all live on. - Mengikuti dan mematuhi protokol budaya kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres adalah langkah penting bagi memahami serta menghormati pemilik tradisional bumi Australia yang kini didiami pelbagai bilang kaum.
    12 min
  • How to lodge your tax return in Australia - Petua Memfail Pulangan Cukai Pendapatan Di Australia
    In Australia, 30 June marks the end of the financial year and the start of tax time. Knowing your obligations and rebates you qualify for, helps avoid financial penalties and mistakes. Learn what to do if you received family support payments, worked from home, are lodging a tax return for the first time, or need free independent advice. - Di Australia, 30 Jun menandakan tarikh tamatnya tahun kewangan dan permulaan musim cukai. Jika anda bermastautin di Australia, anda perlu mengisytiharkan segala pendapatan anda yang terkumpul sepanjang tahun kewangan sebelumnya, tolak segala potongan cukai yang anda pohon. Ketahui apakah yang harus anda lakukan sekiranya anda menerima bantuan kekeluargaan, anda bekerja dari rumah atau ini kali pertama anda perlu memfail pulangan cukai pendapatan.
    11 min

About SBS Bahasa Melayu

From the publisher's feed

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.