SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

Download on the App Store

SBS Bahasa Melayu episodes

  • What are my rights if stopped by police in Australia? - Ketahui Hak Anda Jika Ditahan Pihak Polis Di Australia
    Police officers have a range of operational powers they can exercise under legislation, including to ask questions, give ‘move on’ directions and conduct searches. Here’s what you need to know about your basic rights and obligations in a police interaction. - Di Australia, pegawai polis mempunyai pelbagai kuasa di bawah undang-undang untuk menjaga ketenteraman awam, menyiasat jenayah dan menguatkuasakan undang-undang lalu lintas. Kuasa ini termasuk meminta maklumat, mengarah seseorang meninggalkan sesuatu tempat atau kawasan, yang dikenali sebagai arahan ‘move on’, serta menjalankan pemeriksaan atau penggeledahan. Ketahui apakah hak anda sekiranya anda dihenti atau ditahan oleh pegawai polis di negara ini.
    11 min
  • What is the Garma Festival and why is it important? - Garma: Apakah Matlamat Serta Kepentingan Pesta Tahunan Ini
    The Garma Festival is Australia’s largest Indigenous cultural gathering where thousands of people travel to a remote town in Nhulunbuy on northeast Arnhem Land in the Northern Territory. Here's what happens at Garma and who can attend. - Setiap tahun, ribuan orang berkunjung ke sebuah komuniti terpencil di timur laut Arnhem Land, di Northern Territory untuk menyertai Pesta Garma anjuran Yayasan Yothu Yindi. Siapa yang layak menyertai dan apakah yang menarik pengunjung ke pesta ini? SBS Bahasa Melayu mendalami pesta Garma dalam episod Australia Explained kali ini.
    10 min
  • Banci 2026: Bila, Untuk Siapa Dan Apakah Kepentingannya?
    Setiap lima tahun, kerajaan Australia menjalankan banci untuk mengumpul data terkini mengenai penduduk di negara ini. SBS Bahasa Melayu mengunjungi pasar malam Winter Night Market di Southbank untuk meninjau tahap kesedaran mengenai Banci 2026 di kalangan warga Melayu di Melbourne.
    8 min
  • The Torres Strait Islander Flag: Land, Sea and People - Bendera Orang Kepulauan Selat Torres: Bumi, Laut Dan Penghuni
    In Australia, you might see three flags flying together: the Australian National Flag, the Aboriginal Flag and the Torres Strait Islander Flag. Aboriginal peoples and Torres Strait Islander peoples are the two distinct Indigenous peoples of Australia, each with their own histories, cultures, languages and flag. For many Torres Strait Islander people, the flag is a powerful symbol of identity and belonging, whether they live on the islands, the mainland or overseas. - Di Australia, anda akan melihat tiga bendera dikibarkan bersama: bendera kebangsaan Australia, bendera kaum Orang Asli Australia dan bendera Orang Kepulauan Selat Torres. Kaum Aborigine dan Orang Kepulauan Selat Torres adalah dua kelompok masyarakat warga asal yang berbeza di Australia, masing-masing mempunyai sejarah, budaya, bahasa dan bendera tersendiri. Bagi ramai Orang Kepulauan Selat Torres, bendera ini merupakan lambang identiti dan rasa kekitaan yang amat bermakna, sama ada mereka menetap di pulau-pulau, di tanah besar Australia mahupun di luar negara.
    9 min
  • Baba Cedric Tan Giat Kekalkan Warisan Budaya Peranakan
    Baba Cedric Tan terkenal di Malaysia dan negara jiran serantau sebagai pejuang untuk mengekal dan memartabatkan warisan budaya masyarakat peranakan. Demi mencapai matlamat ini, beliau menyertai pameran Threads of Heritage, A Kebaya Showcase, di Melbourne baru bari ini. SBS Bahasa Melayu berpeluang berbual dengan baba generasi ke-enam dari Melaka ini untuk mengetahui apakah yang mendorongi beliau.
    13 min
  • Kontinjen Victoria Rangkul Juara Keseluruhan Muafakat Games 2026
    Buat tahun ketiga, Muafakat Games 2026 kali ini berlansung di Melbourne. Temasya sukan anjuran pelajar Malaysia di Australia ini semakin tahun semakin besar dan kali ini memaparkan dua kategori baru, e-sports dan acara track and field, balapan dan padang. SBS Bahasa Melayu menjenguk upacara penutup Muafakat Games di Federation Square.
    15 min
  • 2026 Census: What you need to know to ensure you’re counted - Banci 2026: Apa Yang Perlu Diketahui Bagi Memastikan Anda Terbilang
    The 2026 Census is on Tuesday 11 August and every person in Australia on this night must be counted. Census data is used to understand where we live, the languages we use at home (including Auslan), the support we need and how Australia is changing as a nation. Being counted helps ensure your community, culture and beliefs are represented. Here’s what you need to know about completing the Census for your household. - Setiap lima tahun, Australia menjalankan banci kebangsaan bertujuan mengemaskini data dan maklumat mengenai bilangan serta komposisi warganya. Tahun ini, banci 2026 akan berlansung pada Selasa, 11 Ogos. Setiap individu yang berada di Australia pada malam terbabit wajib menjawab dan mengisi borang banci yang bakal dihantar kepada semua. Data banci digunakan untuk memahami lokasi tempat tinggal penduduk, bahasa pertuturan di rumah, bentuk sokongan yang diperlukan oleh komuniti, serta bagaimana Australia berubah sebagai sebuah negara. Mengambil bahagian dalam banci ini akan memastikan komuniti dan budaya anda diwakili.
    12 min
  • Rekaan Fesyen Danish Rizal Menerapi Elemen Warisan Melayu
    Setelah dua setengah tahun mengikuti ijazah jurusan rekaan fesyen di RMIT University, Melbourne, Danish Rizal tidak sabar melihat hasil rekaan beliau diperagakan dalam pertunjukan fesyen graduan RMIT 2026. SBS Bahasa Melayu dijemput menyaksikan pertunjukan fesyen penuh kreativiti dan glamor hasil rekaan pereka fesyen generasi baru.
    7 min

About SBS Bahasa Melayu

From the publisher's feed

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.