SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

Download on the App Store

SBS Bahasa Melayu episodes

  • Ulangan 2022: Perancis Dan Maghribi Berentap Rebut Tiket Ke Separuh Akhir
    Piala Dunia FIFA kembali Jumaat ini dengan aksi suku akhir yang dinanti-nantikan apabila Les Bleus berdepan Atlas Lions dalam ulangan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022. Apakah Maghribi akhirnya mampu menebus kekecewaan empat tahun lalu, atau Perancis sekali lagi akan menjadi penghalang impian mereka ke pentas separuh akhir?
    8 min
  • Pesta Pasifika Raikan Budaya Warga Kepulauan Pasifik
    Komuniti Pasifika tempatan di utara Queensland sekali lagi berganding bahu menjayakan sambutan tahunan yang kini dikenali sebagai Pasifika Celebration. Pesta di Innisfail yang meraikan budaya kepulauan Pasifik memberi peluang kepada warga kepulauan yang baru tiba di bawah Skim Mobiliti Buruh Australia-Pasifik atau PALM bertemu dan mengenali komuniti mereka yang sekian lama telah menetap di negara ini.
    8 min
  • Budi Bahasa Bertutur Bak Pujangga Rahsia Kejayaan Berdiplomasi
    Beliau merendah diri dan berbudi bahasa. Beliau juga tidak teragak memberi sokongan kepada rakan setugas. Beliau bertanggungjawab dan sentiasa memberikan yang terbaik. Inilah antara pujian ke atas Norazmi Nordin yang kini tamat perkhidmatan beliau selaku setiausaha pejabat di Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Zaini Ahmad berpeluang menemubual Azmi untuk meninjau apakah antara nilai dan sifat penting untuk berjaya dalam dunia diplomasi.
    12 min
  • 5 Tahun Setelah Meninggalkan Malaysia, Apakah Nur Sajat Gembira Di Australia?
    Lebih lima tahun dahulu, Nur Sajat terpaksa melarikan diri dari tanahair setelah dikecam dan diancam oleh pihak berkuasa dan segolongan warga Malaysia kerana ingin hidup secara terbuka sebagai seorang ahli komuniti LGBTQI+. Apakah perkembangan terkini beliau? Sempena Minggu Pelarian 2026, Zaini Ahmad sempat berbual dengan Nur Sajat ketika menghadiri sambutan Eidul Adha di Melbourne baru baru ini.
    8 min
  • Pasar Malam Bantu Warga Melayu Hadapi Kos Kehidupan Tinggi
    Pesta Winter Night Market, anjuran Komuniti Melayu Victoria sekali lagi muncul menawarkan pelbagai sajian untuk pengunjung berbilang kaum seisi keluarga. SBS Bahasa Melayu mengunjungi pasar malam musim sejuk ini untuk meninjau bagaimana warga Melayu Melbourne menghadapi cabaran kos kehidupan yang semakin hari, semakin meningkat.
    14 min
  • Piala Dunia FIFA 2026 - Pembuka Tirai
    Dari detik-detik yang pasti tidak akan dilupakan, pemain-pemain utama dan bakat baru, serta kontroversi perlawanan, SBS Bahasa Melayu akan membawakan anda topik dan isu menarik sepanjang Piala Dunia FIFA 2026. Buat permulaan, kita lihat beberapa kontroversi yang menghantui kejohanan ini dari kemajuan teknologi, kenaikan mendadak harga tiket serta kebimbangan isu hak asasi manusia yang mungkin timbul sepanjang kejohanan berlansung.
    13 min

About SBS Bahasa Melayu

From the publisher's feed

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.