SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

Download on the App Store

SBS Bahasa Melayu episodes

  • Meskipun Jauh Di Perantauan, Warga Melayu di Australia Sakan Berhari Raya
    Meskipun jauh di perantauan, warga Melayu di Australia, khususnya di Melbourne dan sekitar Victoria, sakan menyambut Eidul Fitri sesama sendiri. SBS Bahasa Melayu mengunjungi rumah terbuka sepasang suami isteri yang sering dianggap bonda dan ayah oleh golongan yang sekian lama terpisah dari sanak saudara di tanahair.
    13 min
  • Warga Islam Queensland Raikan Eidul Fitri Dengan Penuh Kesyukuran
    Pesta Queensland Multicultural Eid Festival 2026 sekali lagi berjaya menarik warga Islam berbilang kaum dari sekitar bandar Brisbane meraikan Eidul Fitri tahun ini. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyertai sambutan tahunan yang menyatupadukan komuniti migran di negeri yang terkenal sebagai "the Sunshine State".
    16 min
  • Komuniti Melayu Islam Sasar $4 Juta Bina Masjid Melayu Di Victoria
    Meskipun ianya baru saja ditubuhkan, Persatuan Melayu Islam Australia, AMMC, mempunyai matlamat tinggi yang murni - membina sebuah masjid Melayu di Victoria. Zaini Ahmad menyertai majlis Iftar AMMC di Noble Park, Victoria, untuk meninjau pandangan ahli persatuan tentang cabaran dihadapi warga Melayu beragama Islam yang berhijrah ke negara ini.
    12 min
  • #105 Celebrating small wins at work - #105 Meraikan Kecemerlangan Di Tempat Kerja
    Learn useful English for talking about small wins at work. Practise phrases for celebrating achievements, staying motivated, and making progress step by step. - Pelajari frasa berguna dalam Bahasa Inggeris berkaitan kejayaan anda, tak kira besar atau kecil, di tempat kerja. Ketahui apa yang boleh anda perkatakan dalam Bahasa Inggeris setelah mencapai kejayaan atau demi mempertingkatkan motivasi serta keupayaan mengorak selangkah ke hadapan dalam tugasan harian anda.
    9 min
  • Bazaar Ramadan Tawar Harga Berpatutan Demi Kegembiraan Pengunjung
    Sekali lagi, warga Melbourne berpeluang mengunjungi bazaar Ramadan untuk membeli pelbagai juadah Iftar yang popular dari tanahair. Jika tahun lalu timbul desas-desus mendakwa harga jualan terlalu mahal serta senarai harga tidak dipamerkan, penganjur tahun ini mengambil setiap langkah menawarkan pengunjung sajian enak pada harga yang berpatutan.
    17 min

About SBS Bahasa Melayu

From the publisher's feed

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.