SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

Download on the App Store

SBS Bahasa Melayu episodes

  • MH370: Usaha Mencari Pesawat Yang Hilang Sambung Kembali
    Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 kini bersambung semula, lebih sedekad selepas pesawat Boeing 777 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. Namun, keluarga penumpang menuntut ketelusan dalam usaha pencarian kali ini demi mencapai penyelesaian serta menjawab misteri apakah yang sebenarnya terjadi kepada MH370.
    10 min
  • Apakah Pemilikan Senjata Api Perlu DiPerketatkan Lagi Ekoran Bondi?
    Australia dianggap salah sebuah negara yang mempunyai kawalan pemilikan senjata api paling terketat di dunia. Insiden tembakan di Bondi memperhebatkan perbahasan nasional di antara penyokong kawalan senjata api dan kumpulan pelobi pro-senjata sama ada undang-undang sedia ada mencukupi. Namun ada juga yang memberi amaran agar perdebatan ini tidak menyimpang daripada isu yang lebih kritikal disebalik tragedi ini.
    8 min
  • Colours of Malaysia Raikan Kekayaan Kulinari Dari Tanahair
    Pesta Colours of Malaysia 2025 berlansung di Queen Victoria Market, Melbourne, baru-baru ini memaparkan segala yang terbaik dan enak dalam dunia kulinari tanahair. SBS Bahasa Melayu menemui pengusaha dari Malaysia, kesemuanya bangga berpeluang meraikan keunikan dan kekayaan makanan dari tanahair di negara baru mereka.
    15 min
  • From Mabo to modern Australia: the ongoing story of native title - Kes Mabo Dalam Sejarah Moden Australia: Perjuangan Hak Milik Asli Berterusan
    Australia is known around the world for its rich and diverse First Nations cultures. But when it comes to native title and land rights, you might still wonder what they actually mean. Discover what native title means in Australia, how it began with the Mabo Case, what the Native Title Act does, and why it matters for all Australians. - Australia terkenal di seluruh dunia dengan kepelbagaian dan kekayaan budaya kaum orang aslinya, yang juga dimaklumkan sebagai Warga Pertama negara ini. Namun, dalam isu hak milik asli dan hak milik tanah, ramai di kalangan masyarakat umum masih kurang arif dengan istilah terbabit. Dalam episode ini, SBS Bahasa Melayu menerangkan erti, sejarah dan kepentingan hak milik asli serta kesan mendalam kes Mabo dan Akta Hak Milik Asli bagi kaum orang asli serta masyarakat umum Australia.
    14 min
  • Teh Tarik Corner Destinasi Kulinari Enak Dari Malaysia
    Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian sajian makanan yang boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat, baik penduduk tempatan mahupun pelawat asing. Sempena Tahun Lawat Malaysia 2026, SBS Bahasa Melayu dijemput oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne untuk mencuba sajian di sebuah restoran yang dikendalikan oleh sepasang suami isteri yang rindukan masakan dari tanahair. Ikuti Kembara Kulinari Zaini Ahmad.
    14 min

About SBS Bahasa Melayu

From the publisher's feed

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.