
Sign up to save your podcasts
Or


Hello halo halu gaiss, di bulan ramadan ini kami sekali lagi mendendangkan podcast yang bertemakan cerita cerita pengalaman kami sepanjang menjalani bulan ramadan sebelum ini. Dengan rasa rendah hati kami ingin mengucapkan beribu terima kasih kepada yang sudi mendengar podcast kami selama ini, walaupun tidak seberapa tetapi, anda sentiasa di dalam hati sanubari kami! Didalam podcast ini beberapa pengalaman kami tentang "ajaran syiah" dan juga "survival of the fetus" moreh. selamat men-dae-ngar! Salam Ramadan kepada yang menjalani ibadah puasa gaisss!
Lepak sekali: PU Ting, PU Ding, PU Key, PU Ndek, PU Lau.
Ramadan tiba ramadan tiba ramadan tiba, tiba tiba ramadan. Kali ini dengan masa yang ada kami lagi sekali menggunakan masa itu dengan berbincang dan bercerita tentang pengalaman kami menghadapi bulan puasa pada masa masa sebelum ini. Pengalam member kantoi buka puasa? Kuih kegemaran? Apa beza puasa dulu, dengan puasa sekarang? haaa semua ada diceritakan. Selamat Berpuasa guys! ;)
Kelas mengaji onz: PU Ndek, PU Ting, PU Key, PU Ding
Setelah beberapa lama kami mem -procastinate kerjaya kami sebagai PU dengan ke-busy-an kerjaya dan tugasan hakiki, here is it, our 10th episode! Di dalam rakaman suara ini, kami menceritakan sekali lagi tentang zaman persekolahan semasa di sekolah menengah secara overall nya. Kali ini kami menceritakan tentang perbezaan Hari Kantin ataupun Hari Koko yang dikatakn jauh lebih berbeza dari zaman sekarang. Betul ke? Hari Sukan antara Hari yang ditunggu tunggu budak sekolah? Dan sebelum menutupi upacara "reminiscence" kami, beberapa tips dan pandangan kepada yang menghadapi SPM, walaupun tau dah lepaskan, lol.
Kedatangan Kelas: PU Key, PU Ting, PU Ndek, PU Lau, PU Ding.
Di dalam episod ini, kami berborak dan bercerita mengenai zaman kecik di bangku sekolah dahulu. Dengan ingatan yang agak samar samar, terdengarlah kisah kisah seperti, tandas sekolah barai, pengawas ada privilege, geng dengan dak dak hot je? Berbalik juga kepada semua rakyat malaysia yang pernah bersekolah di sekolah menegah harian mahupun sekolah berasrama. Laii Dengarkan di Spotify Podcast dan lain lain podcast!
Kedatangan Kelas: PU Key, PU Ting, PU Ndek, PU Lau, PU Ding
Dalam episod ini kami lagi sekali cuba membincangkan bersama sama tentang "travel". Perbincangan dimulakan dengan PU Lau yang di anggap pencinta binatang seperti panda, dan diteruskan dengan perjalan tetamu kita PU Ngkok yang banyak dengan kejutan ke Johor (ke Singapura?), dan penambahan cerita "travel" yang diceritakan oleh PU Naii yang diakhiri dengan segmen Nasi Kandar Mantap Pak Abu.
Punch Card: PU Ndek, PU Lau, PU Ting, PU Key, PU Ngkok, PU Naii, PU Ding
Hi guys, episod kali ini kami memperdengarkan dengan topik yang baru iaitu secara general nya " Game" ataupun permainan siber. Persoalan yang timbul antara PU adalah bila bermula nya bermain game? game pertama dalam phone/ tape? LGBTQ di dalam arena gaming? Main game tak elok ke elok?
Dipenghujung rancangan juga diperkenalkan tetamu-tetamu yang baru yang terdiri daripada PU yang aktif didalam bidang gaming, dan juga e-sport di Malaysia.
PU Hadir :- PU Ndek, PU Ting, Pu Ding, PU Lau, PU Tra, PU Naii, PU Nca, PU Ci dan PU Puy
Dengan kehilangan salah seorang ahli sembang letih; PU Ting, episod kali ini membincangkan sambungan tentang tajuk ataupun persoalan mengenai "SocMed" yang lebih mendalam dan lebih palatao. Fisbuq banned "white"? Privacy wasep di breach? Anak nanti leka dengan video Tek Tuk? Palatao involved ; PU Ndek, PU Key, PU Ding dan PU Lau
From the publisher's feed