Silang Kata Podcast

Silang Kata Podcast

By Silang Kata PodcastArtsBooks
Download on the App Store

Silang Kata Podcast episodes

  • S01E08 | Menulis Buku Di Kafe
    Sempena pembukaan semula Kafe Buku Oakheart (KABO) di lokasi barunya di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi - Silang Kata Podcast telah dirakamkan ketika majlis buka pintu KABO secara eksklusif bersama tetamu KABO.
    Kami berbicara mengenai trend kafe buku yang menggabungkan model perniagaan kedai buku dan kafe - juga pendapat mengenai bagaimana kafe sebegini dapat menarik minat orang ramai kepada buku. Seterusnya, alang-alang bercerita mengenai kopi - bagaimana pula kaitannya dengan penulis? Terdapat segelintir penulis perlu minum kopi apabila ingin menulis. Di topik terakhir, kami membincangkan pula mengenai siapa yang membeli buku, terutamanya judul-judul sastera di kafe buku sebegini?
    Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast.
    Penerbit: Azree Ariffin
    Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah
    Tetamu Jemputan : Azwar Kamaruzaman, Hafizul Osman & Huzaifah AJ
    Penghargaan Suara Latar
    Intro & Outro : Zamir Azfar
    Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
    56 min
  • S01E07 | Persahabatan Malaysia & Indonesia
    Sempena Indonesia International Book Fair, Silang Kata Podcast secara eksklusif membawakan tamu undangan dari seberang iaitu Ibu Kartini Nurdin dan puterinya Dian Andiani dari Yayasan Pustaka Obor Indonesia. Kami berbicang secara santai di Rumah Obor, Jakarta sambil menjalinkan persahabatan yang merapatkan kedua-dua negara melalui penerbitan buku.
    Kami bertanyakan kepada Dian selayang pandang keadaan industri penerbitan buku di Indonesia dan hal-hal berkenaan gerakan literasi. Dian turut bercerita serba sedikit mengenai Indonesia International Book Fair yang baru sahaja melabuhkan tirai.
    Dalam segmen seterusnya, kami meneroka pengalaman Indonesia menjual dan mempromosikan hak cipta perbukuan di peringkat antarabangsa dan cabaran-cabaran yang dihadapi. Tentunya, Dian berkongsikan mengenai Geran Terjemahan di Indonesia yang amat membantu penjualan hak cipta Indonesia kepada penerbit luar negara.
    Silang Kata Podcast amat gembira, Ketua Pengurus Yayasan Pustaka Obor Indonesia, Ibu Kartini Nurdin sudi untuk menyertai perbincangan pada segmen ke-empat. Kami bertanyakan pendapat Ibu Kartini mengenai kepentingan penterjemahan dan pertukaran judul antara Malaysia dan Indonesia. Turut diperkenalkan, kerjasama penerbitan baharu antara Yayasan Pustaka Obor Indonesia dan Legasi Oakheart iaitu novel 'Jalan Tak Ada Hujung' karya Muchtar Lubis.
    Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast.
    Penerbit: Azree Ariffin
    Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah
    Tetamu Jemputan : Dian Andiani
    Penampilan Khas: Ibu Kartini Nurdin
    Penghargaan Suara Latar
    Intro & Outro : Zamir Azfar
    Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
    1 hr 5 min
  • Episod Khas: Salam Dari Jakarta
    Kali ini Silang Kata Podcast bersiaran dalam sebuah episod khas, langsung dari Jakarta, Indonesia. Dirakamkan di kafe Filosofi Kopi, episod kali ini menampilkan Hidayu Hatta & Syakirah Razali sebagai tetamu jemputan. Dengarkan sembang kedai kopi - kami berbicara mengenai kembara kami ke Jakarta, Indonesia.
    18 min
  • S01E06 | Mengacara & Bersanding
    Buat pertama kalinya, Silang Kata Podcast menjemput tetamu bagi berkongsi pengalaman iaitu Saufi Ahmad, seorang pengacara majlis perkahwinan. Saufi dan Azree saling bersembang tentang pengalaman masing-masing mengacarakan majlis perkahwinan termasuklah:
    - Apakah perbezaan antara Emcee dan Deejay? Ramai yang masih keliru tentang perbezaan antara keduanya.  
    - Apakah elemen-elemen yang penting di dalam Majlis Persandingan Melayu? Azree dan Saufi saling berkongsi tentang peranan pengacara majlis yang boleh membantu tuan rumah melancarkan acara. 
    - Saufi berkongsi tips dan perkara-perkara penting yang perlu diperhalusi ketika menghadiri majlis perkahwinan Melayu.
    Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast.
    Penerbit: Azree Ariffin @azreeariffin
    Peneraju: Azree Ariffin & Saufi Ahmad @emceesaufi
    Penghargaan Suara Latar
    Intro & Outro : Zamir Azfar
    Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
    46 min
  • S01E05 | Baca atau Deklamasi Puisi?
    Setiap kali menjelmanya bulan Ogos, semangat kemerdekaan pasti akan terasa di seluruh negara. Pada waktu ini jugalah pengucapan puisi akan bergema dengan berlangsungnya Sayembara Deklamasi.Episod kali ini memberi fokus kepada deklamasi puisi dengan membincangkan hal ini dari sudut:
    - Bagaimanakah caranya mahu menghayati sesebuah puisi? Setiap orang pasti ada cita rasa yang berbeza. Apa pula perbezaan sajak dan puisi?
    - Acara Baca Puisi: Bagaimanakah landskap acara baca puisi di Malaysia. Adakah ia benar-benar medan penghayatan puisi atau sekadar alasan untuk berhimpun?
    - Sempena musim sayembara deklamasi puisi yang sedang berlangsung, ayuh telusuri sejarah perkembangan pertandingan ini dan persoalan adakah ia perlu diberikan suatu evolusi untuk menarik anak muda?
    Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast.
    Penerbit: Azree Ariffin
    Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah
    Penghargaan Suara Latar
    Intro & Outro : Zamir Azfar
    Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
    54 min
  • S01E04 | Sang Pengembara Di Usia 30-an

    Sempena Hari Raya Aidil Adha, Silang Kata Podcast pada minggu ini bersembang-sembang santai tentang pelbagai topik, termasuklah:


    - Pernahkah anda menerima soalan-soalan cepumas sewaktu berkunjung ke rumah sanak saudara? Kami berbincang tentang hal ini dari perspektif sosio-budaya Melayu. 

    - Pengembara & Pelancong; yang mana satukah anda? Setiap orang pasti ada gaya travel yang berbeza; maka ikuti perbualan kami tentang hal ini.

    - Sempena minggu ulang tahun kelahiran Eja dan Azree, kami berbincang mengenai perubahan fasa kehidupan setelah mencapai dekad 30-an.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel [email protected]

    Penerbit: Azree Ariffin

    Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah

    Penghargaan Suara Latar

    Intro & Outro : Zamir Azfar
    Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah


    38 min
  • S01EO3 | Mengasah Bakat Sastera Melalui Zine
    Orang Muda - itulah fokus perbincangan Silang Kata pada minggu ini. Azree bercerita mengenai pembinaan bakat dan minat seni sastera dan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. Sejak di bangku sekolah lagi, Eja menegaskan bahawa pendedahan kepada sastera di dalam pendidikan dapat memberi ruang kepada anak-anak untuk mengekspresikan diri. Hal ini dapat didorong dengan pengenalan medium Zine sebagai wadah alternatif pembacaan, sebagaimana yang diterangkan Hafiz. 
    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel [email protected]
    Penerbit: Azree Ariffin
    Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah
    Penghargaan Suara Latar
    Intro & Outro : Zamir Azfar
    Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
    59 min
  • S01E02 | Kelangsungan Budaya & Kesenimanan
    Dalam episod kedua ini, setiap peneraju membincangkan topik yang diinspirasikan daripada buku pilihan masing-masing. Eja memulakan bicara mengenai topik Survival Artis yang diinspirasikan daripada buku 'Real Artistes Don't Starve' (Jeff Goins). Hafiz mengupas mengenai kepengarangan seorang penulis dengan merujuk kumpulan puisi Shafiq Said iaitu 'Netramu Buruj Di Langit Malam'. Perihal Polisi Kebudayaan ditekankan oleh Azree dengan memetik buku 'Rekayasa Kebudayaan'.
    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel [email protected]
    Penerbit: Azree Ariffin
    Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah
    Penghargaan
    Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar
    53 min
  • S01E01 | Membaca, Mendengar & Menonton
    Di dalam episod pertama Silang Kata Podcast ini, ayuh kita berkenalan dengan teraju utamanya iaitu Azree Ariffin, Hafiz Latiff dan Sayidah Muizzah (Eja).
    Hafiz memperkatakan mengenai kempen Malaysia Membaca yang dicetuskan Menteri Pendidikan manakala Azree menyambung pula dengan memperkatakan mengenai Podcast sebagai alternatif pembacaan. Suka menonton wayang? Eja berkongsi dengan anda tentang slot Secawan Wayang dan serba sedikit tentang tips menonton wayang.
    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel [email protected]
    Penerbit: Azree Ariffin
    Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff, Sayidah Muizzah
    51 min
  • Trailer Musim Pertama | Bakal Berkumandang
    Nantikan Silang Kata Podcast, sebuah podcast terbaru yang akan membincangkan hal seputar seni, budaya, sastera, gaya hidup dan yang berkaitan. Diterajui dan diterbitkan oleh Azree Ariffin bersama Hafiz Latiff dan Sayidah Muizzah, setiap episod baru akan dimuatnaik pada hari Rabu. Nantikan kemunculannya pada 31 Julai 2019. #SilangKataPodcast
    1 min

About Silang Kata Podcast

From the publisher's feed

Seperti permainan teka silang kata, pada setiap episod trio peneraju akan mengupas tiga topik seputar hal sastera dan budaya. Di akhir setiap episod - mereka akan mencari apakah titik persamaan yang…