Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Kes tembak: Warga emas 71 tahun direman

    Seorang pekebun warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes dua lelaki dan seorang wanita warga Vietnam mati ditembak depan sebuah restoran di bandar Kota Tinggi pada Ahad.

    Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776448/berita/semasa/tembak-mati-tiga-individu-warga-emas-71-tahun-direman

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kesjenayah #kestembak

    2 min
  • 'Madinah bukan sekadar tempat persinggahan'

    Jemaah haji Malaysia diingatkan agar menghargai peluang berada di Madinah, sekali gus memanfaatkan masa sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan ibadah, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

    Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, Madinah bukan sekadar tempat persinggahan atau transit, sebaliknya ia merupakan kota bersejarah yang menjadi lokasi perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776462/berita/nasional/madinah-bukan-sekadar-tempat-persinggahan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Madinah #jemaahhaji2026 #TH

    3 min
  • Iran kuasa terkuat di Asia Barat?

    Komuniti antarabangsa kini membuka mata dan mula mengiktiraf kehebatan Iran dalam menghadapi kempen tekanan Amerika Syarikat (AS).

    Teheran dianggap sebagai salah sebuah negara paling berpengaruh di Asia Barat kerana kekuatan ketenteraan, kedudukan strategik dan pengaruh geopolitik serantau yang besar.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776407/suara-sinar/lidah-pengarang/iran-kuasa-terkuat-di-asia-barat

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #SinarTerkini #Iran #AsiaBarat

    3 min
  • Kru AMAL bukan sekadar tugas di awan, peneman setia tetamu ALLAH

    Melangkah tenang di lorong sempit pesawat dengan senyuman yang sentiasa terukir, kru penerbangan menjadi wajah pertama menyambut para tetamu ALLAH (Duyufurrahman), seterusnya setia mengiringi mereka dalam setiap detik perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanah Suci.

    Di sebalik uniform kemas pramugari dan pramugara AMAL, anak syarikat Malaysia Airlines Berhad yang mengendalikan penerbangan sewaan umrah dan haji, tersimpan tanggungjawab besar dipikul dengan penuh dedikasi untuk bukan sahaja memastikan keselamatan dan keselesaan, malah menjadi penenang kepada para jemaah yang kali pertama menjejakkan kaki ke perjalanan suci ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776374/berita/semasa/kru-amal-bukan-sekadar-tugas-di-awan-peneman-setia-tetamu-allah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah #jemaahhaji2026 #TH

    2 min
  • Petugas TH sedia sambut 31,600 jemaah di Madinah

    Petugas Lembaga Tabung Haji (TH) bersiap siaga bagi menyambut ketibaan 31,600 jemaah haji Malaysia sempena Operasi Haji Madinah musim 1447H yang kini berjalan lancar, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

    Seramai 150 petugas tiba lebih awal di bumi Madinah pada 12 April lalu bagi memulakan gerak kerja operasi, sekali gus memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum sebelum ketibaan jemaah.


    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776357/berita/nasional/petugas-th-sedia-sambut-31600-jemaah-di-madinah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah #jemaahhaji2026 #TH

    1 min
  • Bapa tunggal tolak sumbangan, video tular sentuh hati orang ramai

    Seorang lelaki memilih untuk tidak menerima sebarang sumbangan daripada orang ramai susulan video tular memaparkan kesulitan yang dialami selepas motosikalnya rosak di Kuala Lumpur, baru-baru ini tular di media sosial.

    Individu dikenali sebagai Dicky Yau turut tersentuh dengan keprihatinan masyarakat yang tampil menawarkan bantuan selepas melihat situasi dihadapinya.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776277/berita/semasa/bapa-tunggal-tolak-sumbangan-video-tular-sentuh-hati-orang-ramai

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #SinarTerkini #MinyakHitamJalanan #BapaTunggal #DickyYau #Sumbangan

    2 min
  • 31 kes libat kenderaan asing isi RON 95 dikesan - KPDN

    Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, setakat ini sebanyak 31 kes melibatkan kenderaan asing mengisi RON95 dikesan, dengan satu kes berlaku pada 10 April lalu di Johor dan kini dalam proses akhir siasatan, , lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Menurutnya,  penguatkuasaan baharu turut membolehkan tindakan dikenakan terus kepada pemilik atau pemandu kenderaan asing, berbanding sebelum ini yang hanya tertumpu kepada pengusaha stesen minyak.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776227/berita/semasa/tak-tahu-lokasi-stesen-minyak-jual-ron97-alasan-pemandu-asing-isi-ron95---kpdn

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #RON95 #pemanduasing #kenderaanasing #Ron97

    3 min
  • Sekali lagi terbukti Najib betul

    Dalam penulisan ini, penulis terlebih dahulu mengetepikan segala kes mahkamah dan skandal yang melibatkan Najib, dan hanya menilai dasar-dasar ekonomi semasa pentadbirannya.

    Semakin ramai mula merasakan bahawa sepanjang tempoh pemerintahan Najib 2009 hingga 2018, dasar ekonomi Najib sebenarnya merupakan perancangan terbaik untuk masa depan negara.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776189/berita/cetusan/sekali-lagi-terbukti-najib-betul

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #SinarTerkini #NajibRazak #KonflikAsiaBarat #Ekonomi #Petrol

    4 min
  • Pemandu bas, kekasih atas riba ke penjara, mengaku salah pandu bahaya

    Seorang pemandu bas ekspres dan kekasihnya ke penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas pertuduhan memandu secara berbahaya, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Tertuduh, Arif Fahmi Abd Salam, 36, dan Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mazana Sinin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776087/berita/semasa/pemandu-bas-kekasih-atas-riba-ke-penjara-mengaku-salah-pandu-bahaya

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #PemanduBas #KekasihAtasRiba #Penjara

    4 min
  • Tiga tahun lagi nak pencen: Apa nasib ustazah?

    Berita tentang seorang ustazah berusia 57 tahun yang dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan dipandunya sebelum merempuh pelajar Tingkatan Satu hingga maut di depan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu pada Ahad benar-benar menyentuh hati.

    Merak Jalanan cuba bayangkan, seorang guru yang mungkin sudah puluhan tahun berkhidmat, mendidik anak bangsa, kini berdepan satu insiden yang pasti tidak pernah terlintas di fikiran.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775882/suara-sinar/pojok/tiga-tahun-lagi-nak-pencen-apa-nasib-ustazah

    Audio: Dijana oleh AI

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #Pencen

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…