
Sign up to save your podcasts
Or


Dua beranak yang juga pengarah di syarikat menjalankan perniagaan pembuatan dan pemasaran barangan sembahyang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 George Town di atas enam saman kerana gagal membuat bayaran cukai jualan pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Kesemua saman tersebut melibatkan 18 pertuduhan di antara tempoh 1 Mac 2021 hingga 31 Disember 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775503/berita/semasa/dua-pengarah-syarikat-barang-sembahyang-mengaku-tidak-bersalah-gagal-bayar-cukai
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #gagalbayarcukai #duapengarahsyarikat
Hari ini Merak Jalanan nak cerita tentang apa yang menarik di platform Threads sejak beberapa hari lalu.
Antaranya adalah cerita ‘perang mulut’ yang berlaku di antara grup fans si polan dengan si polan. Siapa yang kaki Threads, fahamlah siapa yang Merak Jalanan maksudkan.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775467/suara-sinar/pojok/belajarlah-melupakan-ex
#SinarHarian #BeritaTerkini #Threads #MerakJalanan
Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di Kota Bharu pada Ahad direman selama dua hari, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perintahan tahanan reman ke atas wanita berusia 57 tahun itu bermula pada Isnin dan dikeluarkan oleh Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775494/berita/semasa/guru-langgar-pelajar-tingkatan-satu-direman-dua-hari
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Guru #PelajarMaut #Sekolah
Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di Kota Bharu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775422/berita/semasa/pelajar-tingkatan-satu-maut-dirempuh-ketika-pakai-kasut-di-depan-surau-sekolah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalangan #pelajarmautdirempuhdepansurausekolah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyindir segelintir pihak yang mendakwa beliau tidak mempunyai sokongan dan berlegar-legar mencari ‘rumah baharu’ selepas dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau berkata, tanggapan itu tidak tepat apabila ramai pihak terutama pengamal media yang berminat mengikuti rapat perkembangan hala tuju politiknya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775289/berita/politik/engkau-yang-kecil-berlegar-legar-sepatutnya-sedar-diri-rasa-malu---hamzah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HamzahZainudin #Politik
Gerakan besar perlu dijayakan, hidupkan semula budaya membaca
Gerakan berskala besar perlu dilaksanakan bagi menghidupkan semula budaya membaca dalam kalangan masyarakat yang semakin terhakis akibat pengaruh dunia digital.
Pengerusi Penggerak Komuniti Keluarga Membaca, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, aktiviti membaca merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat berilmu, berfikiran kritis dan berdaya saing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775300/berita/nasional/gerakan-besar-perlu-dijayakan-hidupkan-semula-budaya-membaca
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PenggerakKomunitiKeluargaMembaca
Polis bakal ditempatkan di stesen minyak pantau ketirisan bahan api
Anggota polis akan ditempatkan di stesen minyak sebagai langkah memperluas penempatan secara statik penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membanteras ketirisan petrol dan diesel.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775259/berita/nasional/polis-bakal-ditempatkan-di-stesen-minyak-pantau-ketirisan-bahan-api
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Ketirisan #BahanApi #Pantau #KPDN
Kerajaan Negeri Pahang mengambil pendekatan proaktif bagi meringankan beban rakyat susulan isu harga minyak dan subsidi yang terus menjadi perdebatan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, susulan krisis di Asia Barat, kerajaan negeri melaksanakan pendekatan bekerja dari rumah selain menyalurkan bantuan segera kepada rakyat melalui wakil rakyat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775276/edisi/pahang/krisis-asia-barat-adun-pahang-terima-peruntukan-rm15000-seminggu-gerak-bantuan-untuk-rakyat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #peruntukan #Pahang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mempertimbangkan permohonan Malaysia untuk menilai semula penempatan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan susulan perubahan situasi keselamatan di kawasan operasi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia sebelum ini menghantar pasukan menyertai misi pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) yang berperanan sebagai pengantara antara pihak yang bertelagah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775263/berita/nasional/gesa-pbb-timbang-permohonan-tarik-keluar-malbatt-dari-lubnan---khaled-nordin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MALBATT #PBB #Lubnan
Musim menjala, candat sotong tepi pantai cetus fenomena luar biasa
Kehadiran sotong di pesisir Pantai Seberang Marang mencetuskan fenomena luar biasa apabila kawasan itu kini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin merasai pengalaman menjala dan mencandat hanya dari tepi pantai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775256/edisi/terengganu/musim-menjala-candat-sotong-tepi-pantai-cetus-fenomena-luar-biasa
Muzik: Color Beam-Indiebox dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #candatsotong #marang #musimsotong
From the publisher's feed