
Sign up to save your podcasts
Or


Cubaan sekumpulan warga asing meloloskan diri ketika serbuan operasi bersepadu di sebuah kilang di Balakong pada Rabu gagal apabila kawasan berkenaan dikepung Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Serbuan yang dijalankan antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari itu menyaksikan beberapa individu bertindak cuba melarikan diri ke kawasan semak di belakang kilang serta melalui bumbung sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774865/berita/semasa/cuba-lolos-ikut-bumbung-kilang-133-pati-dicekup
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI #Imigresen #Kilang #Balakong
Kegiatan kumpulan samun bersenjata yang didalangi seorang pegawai polis tumpas selepas enam individu termasuk individu berkenaan diberkas dalam operasi sekitar ibu negara, Ahad lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kumpulan terbabit dipercayai aktif melakukan samun dengan menyamar sebagai polis, sebelum menyasarkan kediaman warga asing di sekitar Kepong.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774871/berita/semasa/kumpulan-samun-bersenjata-didalangi-pegawai-polis-tumpas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Samun
Boleh dikatakan hampir satu dunia orang marah apabila harga minyak naik selepas perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran meletus.
Ramai yang marah dengan perbuatan Presiden AS, Donald Trump yang memang diketahui gila dan tidak habis-habis hendak menyusahkan orang.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774784/suara-sinar/pojok/amarah-harga-minyak-mahal
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #hargaminyakmahal #KrisisAsiaBarat #bekalanminyak
Seramai 347 majikan telah diambil tindakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) setakat Februari lalu dengan jumlah kompaun hampir RM6 juta susulan kesalahan menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI), lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya kini turut mengambil tindakan terhadap majikan berbanding hanya menahan PATI.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774840/berita/semasa/isu-pati-347-majikan-diambil-tindakan-kompaun-hampir-rm6-juta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI #Imigresen #Majikan #Kompaun
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang bukan fizikal terhadap seorang murid perempuan pada minggu lalu.
Tertuduh Ong Sheo Ming, 54 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nor Aziati Jaafar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774826/berita/semasa/penganggur-didenda-rm7000-lakukan-amang-seksual-kepada-murid-perempuan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah
Dunia hari ini secara jelasnya sedang berada di atas retakan yang menanti masa untuk belah. Amerika Syarikat (AS) dan negara haram Israel yang menjadi kesayangannya tidak akan boleh hidup tanpa pengeboman, kerosakan dan pembunuhan terhadap rakyat negara lain.
Konflik di Asia Barat yang berpunca daripada serangan penjenayah perang terhadap Iran menyebabkan dunia menjadi tidak tentu arah sejak ia bermula dan meletakkan keselamatan global dalam keadaan siaga.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774780/suara-sinar/komentar-editor/krisis-di-asia-barat-kesan-sampai-dapur-kita
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #KrisisAsiaBarat #kesanekonomi #dapur
Merak Jalanan tergamam bila dengar tentang perkampungan haram di kawasan berbukit ladang kelapa sawit di Setia Alam yang baru-baru ini diserbu penguat kuasa.
Bukan kecil tetapi kawasan seluas 0.8 hektar, lengkap dengan komuniti macam kampung sebenar. Ada surau, kedai runcit malah bekalan air bersih.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774567/suara-sinar/pojok/terlepas-pandang-atau-buat-buat-tak-nampak
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #terlepaspandang #PATI #MerakJalanan
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelek hina Sultan, mengaku guru Sultan Ibrahim
Seorang ibu tunggal yang menghantar komunikasi jelek antaranya menghina Sultan di Malaysia dan di Brunei termasuk mengaku dirinya guru kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa.
Nurul Huda Mohd Bajuri, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774666/berita/semasa/ibu-tunggal-didakwa-hantar-komunikasi-jelek-hina-sultan-mengaku-guru-sultan-ibrahim
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara
#SinarHarian #BeritaSemasa #HinaSultan #mahkamah
Ucapan di majlis wacana Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur diganggu dengan kekecohan dipercayai dilakukan tiga lelaki pada Selasa.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 petang apabila dua lelaki yang sedang duduk tiba-tiba berjalan ke arah Azam dengan memegang sepanduk.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774681/berita/semasa/ucapan-azam-baki-terganggu-diserang-lelaki-bersepanduk
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kekecohan #AzamBaki #SPRM
Seorang pemandu treler yang sebelum ini didapati positif dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Segamat pada Selasa atas tiga pertuduhan membunuh tiga sekeluarga di kilometer 212, Jalan Johor Bahru- Gemas pada Khamis lalu.
Tertuduh, Muhammad Syafiq Salleh, 28 tahun, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Amalina Johar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774602/berita/semasa/pemandu-treler-positif-dadah-didakwa-bunuh-tiga-sekeluarga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #positifdadah
From the publisher's feed