Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Tiga melecur dalam bilik air, dua rentung di luar kediaman - Bomba

    Lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini Khamis ditemui dalam keadaan menyayat hati.

    Tiga daripada mereka ditemukan dalam keadaan melecur di dalam bilik air manakala dua lagi rentung di luar kediaman.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769548/berita/semasa/tiga-melecur-dalam-bilik-air-dua-rentung-di-luar-kediaman---bomba

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KebakaranRaub

    3 min
  • Tindakan DBKL terhadap Street Dakwah susulan aduan kanopi, bukan isu dakwah - Hannah

    Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang tiada kaitan isu dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, pasukan penguat kuasa DBKL turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769533/berita/nasional/tindakan-dbkl-terhadap-street-dakwah-susulan-aduan-kanopi-bukan-isu-dakwah---hannah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #DBKL #StreetDakwah #HannahYeoh

    3 min
  • Hamzah kekal Ketua Pembangkang, tiada pemakluman rasmi kepada Speaker

    Pembangkang tidak berhasrat untuk mengemukakan sebarang pemakluman rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung jawatan Ketua Pembangkang ketika ini.

    Justeru Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin masih kekal sebagai Ketua Pembangkang.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769523/berita/politik/hamzah-kekal-ketua-pembangkang-tiada-pemakluman-rasmi-kepada-speaker

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #HamzahZainudin #Hamzahkekalketuapembangkang #PN

    1 min
  • Zambry sahkan tiada pertemuan BN dengan kem Hamzah

    Barisan Nasional (BN) mengesahkan tiada sebarang pertemuan dilakukan parti itu bersama kumpulan pemimpin yang dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin setakat ini.

    Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan keahlian parti daripada kumpulan pemimpin itu ataupun hasrat menyertai Rumah Bangsa yang diusulkan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769404/berita/politik/zambry-sahkan-tiada-pertemuan-bn-dengan-kem-hamzah

    #SinarHarian #BeritaSemasa #BN #Hamzah

    2 min
  • 30 loyang 'Quesillo' licin dalam masa kurang 3 jam

    Bekas pengurus spa tidak pernah menyangka percubaannya menjual pencuci mulut Amerika Latin, Quesillo yang mulai tular awal tahun ini mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai terutama di bulan Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Amni Mursyidah Mat Zaha, 27, berkata, tidak sampai tiga jam gerai dibuka 30 loyang pencuci mulut yang seakan-akan puding karamel itu licin dijual.

    Muzik: Bensound Creative Minds

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Quesillo #hidanganramadan #ramadan2026

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…