
Sign up to save your podcasts
Or


Kerajaan mengambil pendekatan tunggu dan memantau rapat berhubung perkembangan isu tarif melibatkan Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan yang dibuat secara terburu-buru dibimbangi boleh menjejaskan kepentingan perdagangan dan ekonomi negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769188/berita/nasional/keputusan-terburu-buru-boleh-jejaskan-perdagangan-ekonomi-negara---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ART #sidangdewanrakyat #parlimen #isupembatalantarifAS #PM
Seorang peniaga Inn Tepung Pelita di One Krubong, Melaka mencipta kelainan apabila menawarkan 50 hadiah setiap hari kepada pelanggan bertuah menerusi kad gores dan menang.
Azlina Abdullah, 49, berkata, inisiatif tersebut sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan selain meneruskan tradisi pemberian sampul duit raya yang dilakukan setiap tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769165/edisi/melaka-ns/gembirakan-pelanggan-peniaga-tepung-pelita-tawar-50-hadiah-setiap-hari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #goresdanmenang #KuihPelita
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memutuskan untuk mengehadkan kemasukan pusat data baharu yang tidak berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) sejak hampir dua tahun lalu.
Menurutnya, ketetapan itu dimuktamadkan bagi mengelak berlaku pertambahan beban ke atas grid kuasa nasional yang akhirnya mungkin menyebabkan gangguan bekalan kepada pengguna domestik.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ousatdatabaharu #teknologiAI #sidangdewanrakyat #parlimen
Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul untuk membahaskan dakwaan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dengan alasan siasatan sedang dijalankan oleh pasukan petugas khas.
Usul itu dibangkitkan oleh Ramkarpal Singh (PH-Gelugor) susulan laporan mengenai dakwaan pegangan saham Azam dalam syarikat kewangan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Speaker #DewanRakyat #AzamBaki #SPRM
Rapid Rail Sdn. Bhd. (RRSB) akan memanjangkan tempoh waktu puncak hari perkhidmatan rel sempena bulan Ramadan bagi menampung perubahan corak perjalanan pengguna.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, waktu puncak pagi dipanjangkan bermula 6.30 hingga 9.30 berbanding 7.00 hingga 9.30 pada bulan biasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769045/berita/nasional/rapid-rail-panjangkan-waktu-operasi-sempena-ramadan---anthony
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Rapid #PengangkutanAwam #Ramadan
Bermula dengan hanya berbasikal menjaja popia di sekitar Alor Setar pada 1952, perniagaan Popia Jamal kini memasuki generasi keempat dan terus kekal antara makanan warisan digemari setiap Ramadan atau musim perayaan.
Diasaskan oleh Allahyarham Kadir Maidin Mohd Zainal, popia berintikan sengkuang dan lobak merah dengan kuah pekat istimewa itu menjadi resipi turun-temurun keluarga yang bertahan lebih tujuh dekad di Alor Setar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769019/edisi/utara/resipi-tujuh-dekad-popia-jamal
Muzik: Neptune- Spotlight dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PopiaJamal #AlorSetar
Sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan pembersihan dan pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah 2 di Georgetown pada Isnin atas sembilan pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah RM38,362 antara 2021 hingga 2024.
Tertuduh selaku orang kena saman, Mujeebur Rahman Hithayatullah bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon pada pagi Isnin.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Cukai
From the publisher's feed