Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • MCMC kenal pasti lebih 50 akaun sebar kandungan CIB berunsur perkauman - Fahmi

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti lebih 40 akaun Facebook dan hampir 10 akaun TikTok yang terlibat dalam penyebaran kandungan disyaki tingkah laku tidak tulen terselaras (CIB) berunsurkan perkauman dalam tempoh 24 jam.

    Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, satu video bersama naratif sama telah disebarkan secara terselaras yang didakwa melibatkan insiden antara invididu berbangsa India dan Melayu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768074/berita/semasa/mcmc-kenal-pasti-lebih-50-akaun-sebar-kandungan-cib-berunsur-perkauman---fahmi

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MCMC #CIB #FahmiFadzil

    2 min
  • MyDigital ID jalin kerjasama 15 institusi kewangan perkukuh pengesahan identiti

    My Digital ID Sdn Bhd (MyDigital ID) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 15 institusi kewangan dan syarikat fintech bagi memperkukuh pengesahan identiti dalam ekosistem kewangan negara.

    Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata, kerjasama itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan serta kebolehpercayaan perkhidmatan kewangan digital.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767920/berita/mydigital-id-jalin-kerjasama-15-institusi-kewangan-perkukuh-pengesahan-identiti

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MyDigitalID #MoU #Keselamatan #Siber

    4 min
  • Jawatankuasa khas ditubuh siasat dakwaan libatkan KP SPRM

    Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat segala dakwaan yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

    Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768065/berita/nasional/jawatankuasa-khas-ditubuh-siasat-dakwaan-libatkan-kp-sprm

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #AzamBaki

    1 min
  • Pemandu Myvi ‘microsleep’ tidak mengaku pandu melulu sebabkan kematian

    Pemandu Perodua Myvi dipercayai ‘microsleep’ yang merempuh lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu Selasa lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

    Tertuduh Ng Chun Twan, 35 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin pada Jumaat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768040/berita/semasa/pemandu-myvi-microsleep-tidak-mengaku-pandu-melulu-sebabkan-kematian

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah

    2 min
  • Guru bawa e-hailing didakwa cabul kehormatan penumpang Wanita

    Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kenderaan e-hailing dipandunya, awal bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Pendakwaan terhadap  Alvin Choo Chee Hong, 26 dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768020/berita/semasa/guru-bawa-e-hailing-didakwa-cabul-kehormatan-penumpang-wanita

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesjenayah #mahkamah

    2 min
  • Saya tak sembunyikan apa-apa, sedia disiasat - Azam Baki

    Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan terbuka untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus perkara berkaitan pemilikan saham.

    Menurut Azam, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768011/berita/semasa/saya-sedia-disiasat---azam-baki

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #AzamBaki

    3 min
  • Warga asing tinggal beramai-ramai satu rumah, mabuk, ganggu penduduk

    Warga asing dipercayai menjadikan kediaman di kawasan luar bandar sebagai lokasi pilihan untuk menetap dan 'bersembunyi' susulan faktor sewa murah serendah RM400 hingga RM600 sebulan, selain pengaruh rakan senegara.

    Perkara itu terbongkar selepas seramai 73 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam satu operasi bersepadu di Apartmen Seri Semarak, Bukit Beruntung di Hulu Selangor pada Khamis.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768013/berita/semasa/warga-asing-tinggal-beramai-ramai-satu-rumah-mabuk-ganggu-penduduk

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #wargasing

    2 min
  • Jalan bertambah sesak, tolong cepat buka LRT3 Shah Alam

    Menjadi warga Kuala Lumpur tetapi bekerja di Shah Alam sememangnya ujian yang menuntut kesabaran tinggi.

    Hari-hari kena harung jem, terutama bila terpaksa ke pejabat pada waktu pagi. Tambah pula, dalam dua minggu ini, jalan yang biasanya cuma masa sejam, kini jadi dua jam... pelik sungguh kenapa boleh jem teruk sangat tiba-tiba.

    Audio dijana oleh AI

     

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…