Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 90 peratus rakyat guna BUDI95 kurang 200 liter sebulan - Anwar

    Kira-kira 90 peratus rakyat di negara ini didapati menggunakan kurang daripada dua pertiga kuota 300 liter sebulan di bawah subsidi petrol RON95 Budi Madani (BUDI95).

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, data menunjukkan penggunaan subsidi berkenaan sekitar 100 liter sebulan sejak ia dilaksanakan pada September lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767703/berita/nasional/90-peratus-rakyat-guna-budi95-kurang-200-liter-sebulan---anwar

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Subsidi #Parlimen #BUDI95

    2 min
  • Kerajaan tolak pendekatan pengapungan harga, pilih lindungi rakyat - PM

    Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebaliknya kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi yang berjaya melindungi 85 peratus rakyat serta menjimatkan RM6 bilion bagi petrol dan RM5 bilion bagi diesel.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767700/berita/nasional/kerajaan-tolak-pendekatan-pengapungan-harga-pilih-lindungi-rakyat---pm

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Subsidi #Parlimen

    2 min
  • Kerajaan terus banteras kegiatan judi haram - PM

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sehingga kini, hasil tindakan penguatkuasaan membanteras kegiatan berkenaan menyaksikan nilai rampasan mencecah berbilion ringgit.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Judi #Parlimen

    2 min
  • Hasrat timang cahaya mata tidak kesampaian, isteri hamil maut rumah terbakar

    Seorang pekerja kilang terkilan hasratnya untuk untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila isterinya maut dalam kejadian kebakaran rumah di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor Bharu pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, turut meninggal dunia adalah rakan pasangan itu, dikenali sebagai Mohd Shahrizal Yap, 22, yang menumpang di rumah berkenaan sejak dua bulan lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767575/berita/semasa/hasrat-timang-anak-sulung-tak-kesampaian-isteri-hamil-maut-rumah-terbakar

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kebakaran #JohorBharu #IbuHamil

    1 min
  • Pekerja swasta boleh mohon bekerja dari rumah selari inisiatif AKF - Menteri

    Pekerja sektor swasta boleh memohon kepada majikan masing-masing untuk amalan kerja secara fleksibel, termasuk bekerja dari rumah, selari dengan inisiatif Aturan Kerja Fleksibel (AKF).

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, berkata inisiatif itu memberi penumpuan khusus kepada kebajikan pekerja serta keseimbangan kehidupan bekerja dan berkeluarga atau 'work life balance'.

     
    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    #SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #PekerjaSwasta #AturanKerjaFleksibel #WFH

    4 min
  • 'Saya simpati...harap keluarga Mohd Isa diberikan kekuatan' - Ahmad Zahid

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa simpati terhadap bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhi hukuman penjara terhadap pemimpin itu pada Selasa.

    Ahmad Zahid berkata, beliau berharap keluarga Mohd Isa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian tersebut.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767568/berita/nasional/saya-simpatiharap-keluarga-mohd-isa-diberikan-kekuatan---ahmad-zahid

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #IsaSamad #Penjara

    1 min
  • Empangan Machap menyusut, Pontian catu bekalan air

    Cuaca panas dan kemarau berpanjangan sejak lebih sebulan lalu menjejaskan bekalan air kepada 13,900 akaun pengguna di daerah Pontian dengan situasi itu disifatkan sebagai terburuk dalam tempoh tujuh tahun, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Pegawai Daerah Pontian, Kamalludin Jamal berkata, paras air Empangan Machap yang menyalurkan bekalan air bersih ke daerah ini turut dilaporkan menyusut.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767503/edisi/johor/empangan-machap-menyusut-pontian-catu-bekalan-air

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #CuacaPanas #Kemarau #EmpanganMachap

    2 min
  • 'Miera Martoza' kekal pengakuan tidak bersalah, mohon bicara

    Lelaki yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas pertuduhan berpakaian dan berlagak seperti wanita di sebuah pusat beli-belah, kekal dengan pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

    Tertuduh, Mohd Lukman Mohamad Aluddin, 33, yang juga dikenali sebagai 'Miera Martoza', membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Hamidi Shafie pada Selasa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767525/berita/semasa/miera-martoza-kekal-pengakuan-tidak-bersalah-mohon-bicara

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #lelakiberpakaianwanita #MieraMartoza

    2 min
  • 10 kluster baharu kes tibi dilaporkan setakat 7 Februari

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan sebanyak 10 kluster baharu kes jangkitan tuberkulosis atau tibi dilaporkan di negara ini sehingga 7 Februari lalu.


    Artikel penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/767522/berita/nasional/10-kluster-baharu-tibi-dikesan-sehingga-7-februari

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Tibi #KKM #Parlimen

    2 min
  • Mansuh AUKU: Suara mahasiswa tidak diketepikan - Adam Adli

    Suara dan pandangan mahasiswa berhubung isu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak akan diketepikan atau ‘disapu di bawah karpet’ tanpa sebarang tindakan susulan, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.

    Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa mahasiswa tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk menyuarakan pandangan, kritikan mahupun penentangan terhadap isu berkaitan pendidikan tinggi, termasuk AUKU.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767426/berita/nasional/mansuh-auku-suara-mahasiswa-tidak-diketepikan-disapu-bawah-karpet---adam-adli

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AUKU #Mahasiswa #AdamAdli

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…