
Sign up to save your podcasts
Or


Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tertuduh, Ong Gim Seong, 38, didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 114 gram.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767404/berita/semasa/edar-114-gram-methamphetamine-lelaki-berdepan-hukuman-mati
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Ipoh #Dadah #methamphetamine
Penternakan babi tidak wajar diteruskan sekiranya dibangunkan di kawasan yang mencetuskan kegelisahan dan bantahan penduduk setempat.
Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan tidak menghalang ternakan babi, sebaliknya perlu ditangani secara rasional dengan mengambil kira aspek kesihatan, kebersihan dan keharmonian komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767394/berita/nasional/penternakan-babi-tidak-wajar-dibangunkan-di-kawasan-dibantah-penduduk---pm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PenternakanBabi #Penduduk #AnwarIbrahim
Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli
Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) memberi nafas baharu kepada aktiviti perniagaan di Selatan Thailand apabila peniaga di wilayah itu kembali menerima mata wang tersebut untuk urus niaga selepas lebih sedekad tidak digunakan secara meluas, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata peniaga tidak menolak urus niaga menggunakan Ringgit apabila RM1 kini bersamaan dengan 8 hingga 8.2 baht apabila ditukar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767379/edisi/kelantan/selepas-sedekad-peniaga-selatan-thailand-mula-terima-rm
Muzik: Creative Minds oleh Bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #peniagaSelatanThailand #ringgit #SelatanThailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi keizinan supaya mengambil tindakan terhadap rumah ibadat yang sengaja dibina tanpa mengikut jalur hukum yang sah.
Tambah beliau, kerajaan tidak mengizinkan pembinaan mana-mana rumah ibadat termasuk yang tidak mengikut peraturan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767374/berita/nasional/kerajaan-beri-kuasa-kepada-pbt-bertindak-ke-atas-rumah-ibadat-tidak-sah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #RumahIbadat #AnwarIbrahim #Kerajaan #PBT
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan nilai dagangan Malaysia dengan negara luar mencecah RM3 trilion, kenaikan melebihi enam peratus ketimbang tahun sebelumnya.
Angka ini selari dengan pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2025, yang diunjurkan meningkat hampir lima peratus.
Audio: Dijana oleh AI
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #ekonomiberkembang #rakyat
Sebuah kedai makan yang sebelum ini lengang kembali meriah selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, hadir secara mengejut untuk memberi sokongan moral kepada peniaga restoran berkenaan pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Kehadiran Noor Helmy sekitar jam 12 tengah hari di Restoran Singgah Sini 2, Taman Panglima, nyata menceriakan suasana premis yang sebelum ini sering sunyi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767267/edisi/melaka-ns/dari-lengang-kembali-ceria
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNDuyong #KedaiMakan #Peniaga #Melaka
Jika Pulau Pangkor terkenal dengan fenomena dipanggil ‘laut terbelah’, situasi hampir sama kini berlaku di beberapa lokasi sepanjang Sungai Perak apabila penyusutan paras air mendadak menampakkan beting pasir luas, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Keadaan itu didorong cuaca panas dan kering yang melanda sejak Disember lalu, sekali gus mengubah landskap sungai yang lazimnya dalam dan berarus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767172/edisi/perak/sungai-perak-menyusut-muncul-beting-pasir
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SungaiPerak #ParasAirMenyusut #Parit #Perak
Pengalaman menaiki perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sambil menikmati keindahan landskap dan keramahan rakyat Malaysia meninggalkan kenangan mendalam kepada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgar D Kagan sepanjang tempoh perkhidmatannya di negara ini.
Menurutnya, kunjungan ke Pulau Pinang buat kali terakhir sebagai duta besar amat menyentuh perasaan kerana negeri itu mencerminkan Malaysia dalam skala yang lebih kecil, namun penuh keistimewaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767191/edisi/utara/kenangan-manis-naik-ets-duta-besar-as-puji-keindahan-dan-infrastruktur-malaysia
#SinarHarian #BeritaSemasa #DutaAS #ETS
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengulangi gesaan agar pihak berkaitan tidak meneruskan Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadual berlangsung di ibu kota atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam sempena lawatan rasmi Presiden India ke Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan pertemuan dengan penganjur perhimpunan berkenaan membabitkan aspek keselamatan serta adab dan tertib kepada tetamu negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767203/berita/semasa/perhimpunan-garah-satu-pihak-akur-satu-lagi-masih-mahu-teruskan---saifuddin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Himpunan #himpunanGerakanAntiRumahAnutanHaram
From the publisher's feed