
Sign up to save your podcasts
Or


Seorang pemandu bas sekolah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di dalam kenderaan berkenaan pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Perintah reman hingga 11 Februari depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berusia 50 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766916/berita/semasa/pemandu-bas-sekolah-direman-disyaki-terlibat-gangguan-seksual-pelajar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #PemanduBas #GangguanSeksual #Melaka
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, penghormatan diberikan kepemimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap menteri seperti tunduk dan mencium tangan tidak sepatutnya diberi tanggapan negatif seolah ia merendahkan institusi pertahanan negara.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen
Seorang polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2,500 bagi menyelesaikan kes berkaitan narkotik di George Town pada tiga tahun lalu.
S Yuvarajan, 33 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766865/berita/semasa/sarjan-tak-mengaku-terima-rm2500-untuk-selesai-kes-narkotik
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Rasuah
From the publisher's feed