
Sign up to save your podcasts
Or


Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah tidak benar dan satu penipuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri sebaliknya menegaskan, kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia terikat dengan perjanjian yang dimeterai sejak 1915.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Nunukan
Lokasi penemuan enam rangka manusia termasuk lima sekeluarga di kawasan kebun kelapa sawit Kangkar Pulai, Johor Bahru terletak jauh dari penempatan penduduk dan tersembunyi kira-kira 2.9 kilometer (km) dari jalan utama Skudai–Pontian, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tinjauan Sinar Harian mendapati laluan ke lokasi kejadian hanyalah jalan berbatu dan tidak berturap, selain permukaannya yang tidak rata, sekali gus menyukarkan pergerakan kenderaan biasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766628/berita/semasa/laluan-berbatu-hampir-3km-ke-lokasi-penemuan-enam-rangka-mangsa-bunuh
Muzik: Antoine Mignon - Closer Than You Think dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #Polis #JohorBahru
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Selasa menetapkan sehingga 24 Februari ini untuk penyanyi, Nubhan Ahmad Ahamad, memasukkan pembelaan terhadap tuntutan saman harta sepencarian yang difailkan oleh bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Ia susulan kegagalan pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim ke-12 berkenaan hadir dalam proses sulh pada 8 Januari lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766583/berita/semasa/nubhan-diberi-tempoh-hingga-24-februari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Nubhan #DrFie #Cerai #Mahkamah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution
From the publisher's feed