
Sign up to save your podcasts
Or


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan sejak tiga tahun lalu bukan untuk menyelamatkan dirinya seperti didakwa pihak tertentu.
Zahid berkata, ada juga pihak tertentu mendakwa beliau telah melupakan semangat setiakawan dengan bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
“Zahid dikatakan mengenepikan setiakawannya kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Malah, simpati kita, pembelaan kita, solidariti kita kepada ‘bossku’ telah ada yang ambil kesempatan, kononnya merekalah pejuang, mereka menjadikan ini momokan dan dipersendakan.
“UMNO tidak pernah goyah untuk terus bersama-sama dengan Datuk Seri Najib. Apabila menyebut nama Najib, sokongan kita tidak pernah berubah. Malah, beliau sendiri telah menghubungi saya dalam kepayahan beliau di belakang jeriji besi. Beliau menitipkan salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada sidang perwakilan semua,” katanya.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #perhimpunanAgungUmno2025 #ZahidHamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa terdapat pihak tertentu yang cuba memberi lamaran kepada UMNO untuk bersama-sama membentuk sebuah kerajaan baharu.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan bahawa UMNO tidak akan mengkhianati rakan politiknya dan akan kekal setia bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan bagi mentadbir negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764263/berita/politik/zahid-dedah-ada-pihak-lamar-umno-bentuk-kerajaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa#PAU2025 #UMNO #perhimpunanAgungUmno2025 #ZahidHamidi
Jumlah ahli UMNO mencecah 3.52 juta orang tidak menjamin kemenangan pada pilihan raya, malah jauh sekali mencerminkan kekuatan parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, situasi itu adalah realiti yang perlu dihadapi dengan berani.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764257/berita/politik/ahli-tidak-semestinya-pengundi-pengundi-tidak-semestinya-kekal---asyraf-wajdi
copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #perhimpunanAgungUmno2025 #AsyrafWajdi
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar segelintir pihak yang memanipulasi slogan ‘No Anwar, No DAP’ untuk menunjukkan seolah-olah parti itu mencabuli keputusan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) mengenai kerjasama politik mereka.
Ahmad Zahid menegaskan, sedangkan slogan ‘No Anwar, No DAP’ berkenaan dibuat sebagai pendirian untuk UMNO bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764259/berita/politik/zahid-selar-pihak-manipulasi-slogan-no-anwar-no-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #perhimpunanAgungUmno2025 #ZahidHamidi
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan kehadirannya ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sebagai satu detik yang sangat emosional selepas tiga tahun dipecat parti.
Menurutnya, kehadiran atas jemputan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh itu disertai dengan keizinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #AudioSiar #KhairyJamaludin #PAU
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memaklumkan bakal menunggu surat rasmi peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco Kerajaan Negeri itu, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
Bagaimanapun, Ab Rauf berkata, terpulang kepada dirinya sama ada ingin mempertimbang dan menerima peletakan jawatan itu atau sebaliknya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764129/berita/politik/ab-rauf-akan-pertimbang-peletakan-jawatan-akmal-saleh
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #AbRaufYusoh #DrAkmalSaleh #perletakanjawatanExco
From the publisher's feed