Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Akmal Saleh umum letak jawatan Exco Melaka

    Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengumumkan meletak jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka berkuat kuasa minggu depan.

    Bagimanapun beliau memutuskan untuk kekal mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya. 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764117/berita/politik/akmal-saleh-umum-letak-jawatan-exco-melaka

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #WTCKL #AkmalSaleh #LetakJawatan #ExcoMelaka

    2 min
  • Pemuda UMNO beri Malaysiakini 24 jam mohon maaf secara bersemuka di PAU 2025

    Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi tempoh 24 jam kepada Malaysiakini untuk memohon maaf secara bersemuka selepas portal berita itu didakwa menyiarkan imej babi dengan kapsyen mengenai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025.

    Beliau menuntut wakil portal berita berkenaan untuk datang memohon maaf sendiri di PAU yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bermula Rabu hingga Sabtu ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764103/berita/politik/pemuda-umno-beri-malaysiakini-24-jam-mohon-maaf-secara-bersemuka-di-pau-2025

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #AkmalSaleh #Malaysiakini #PermohonanMaaf

    2 min
  • Amaran tegas UMNO kepada parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, jangan cabar 'garis merah'

    UMNO mengingatkan bahawa sebarang kerjasama politik sama ada dalam Kerajaan Perpaduan atau pakatan pada masa hadapan supaya tidak melanggar 'tiga garis merah'.

    Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bukanlah tiket percuma untuk mana-mana pihak untuk melunakkan prinsip asal parti berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764055/berita/politik/jangan-langgar-tiga-garis-merah-bukan-tiket-percuma-lunakkan-prinsip-umno

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #WTCKL #MohamadHasan

    4 min
  • 'Bekerjasama tidak bermaksud tunduk, UMNO tetap ada garis merah'

    Kerjasama politik yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak bermakna UMNO menerima untuk menjadi parti menurut.

    Sebaliknya, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menegaskan, UMNO mengamalkan politik matang, berani berhadapan, menetapkan garis merah serta mempertahankan agama, bangsa dan prinsip Raja Berperlembagaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764099/berita/politik/bekerjasama-tidak-bermaksud-tunduk-umno-tetap-ada-garis-merah-ndash-noraini

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #WTCKL #WanitaUMNO #NorainiAhmad

    2 min
  • 'Ada yang jijik lihat badan, muka dan tangan saya'

    Dipandang jijik oleh sesetengah pihak, malah ada yang menyangka dirinya menghidap penyakit berjangkit.

    Itulah realiti pahit yang terpaksa dilalui Mohamad Safie Rabian, 67, yang menghidap penyakit Neurofibromatosis (NF) jenis 1, apabila seluruh badannya termasuk muka dan tangan dipenuhi ketulan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763999/edisi/melaka-ns/ada-yang-jijik-lihat-badan-muka-dan-tangan-saya

    Muzik: Rustle of Leaves - Veance D dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Neurofibromatosis

    3 min
  • Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara

    Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

    Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis

    2 min
  • Ubah suai nombor plat kereta Singapura isi RON95, warga emas didenda RM9,000

    Seorang lelaki warga emas didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di Kulai pada Rabu selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kereta yang bukan milik kenderaan tersebut pada awal bulan ini.

    Long Sa Kow, 64, yang merupakan pemastautin tetap Singapura selaku Orang Kena Saman (OKS), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret R. Salini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763963/berita/semasa/ubah-suai-nombor-plat-kereta-singapura-isi-ron95-warga-emas-didenda-rm9000

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #RON95 #subsidi

    2 min
  • Bekas pengerusi NGO kebajikan didakwa lagi atas 10 pertuduhan

    Bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa sekali lagi kerana salah guna wang misi kemanusiaan membabitkan 10 pertuduhan dengan nilai lebih RM630,000 di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa.

     
    Tertuduh, Mohd Hakim Mohd Nor, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SelewengDana #PertubuhanKebajikanSerantauMuslim

    1 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…