Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Kembar seiras semangat ke sekolah, azam jadi polis

    Pasangan kembar seiras menjadi tumpuan apabila kelihatan begitu ceria dan teruja memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, Simpang Renggam di Kluang, pada Isnin.

    Pasangan kembar lelaki, Ahmad Akif dan Ahmad Afif hadir ke sekolah ditemani ayah mereka, Mohd Azwan Kasim, 39, dari Kampung Shari, Simpang Renggam.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763663/edisi/johor/kembar-seiras-ceria-mulai-hari-pertama-di-sk-dato-onn-jaafar-simpang-renggam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Sekolah

    2 min
  • KPM tekankan konsep ‘kawan jaga kawan’ tangani isu buli

    Kementerian Pendidikan terus memperkukuh usaha menangani isu buli pada tahun ini dengan melaksanakan program yang membabitkan pelbagai agensi bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat di sekolah.

    Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Aminuddin Hassim berkata, isu keselamatan dan kesejahteraan murid menjadi keutamaan, dengan konsep ‘kawan jaga kawan’ ditekankan supaya murid saling membantu antara satu sama lain.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763664/berita/nasional/kpm-tekankan-konsep-kawan-jaga-kawan-tangani-isu-buli

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Buli #KPM

    2 min
  • SPRM jangan gentar, rakyat di belakang anda!

    SPRM jangan gentar, rakyat di belakang anda!

    Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah melibatkan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia wajar dipuji walaupun ia memberi impak negatif kepada institusi pertahanan negara ini.

    SPRM akhir-akhir ini dilihat amat berani menyiasat tanpa mengira jawatan dan siapa yang dikaitkan dengan rasuah, membuatkan rakyat melihat tindakan ini sebagai langkah awal sebelum ia terus membarah.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763329/suara-sinar/lidah-pengarang/sprm-jangan-gentar-rakyat-di-belakang-anda

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar#SkandalRasuah #SPRM

    3 min
  • 'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'

    "Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."

    Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.

    Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.

    Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan

    4 min
  • Aktiviti tidak bermoral anggota tentera jejas keselamatan negara – Mujahid

    Pendedahan mengenai kewujudan aktiviti tidak bermoral melibatkan segelintir anggota angkatan tentera termasuk dakwaan budaya 'yeye' boleh menjejaskan keselamatan negara.

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, angkatan pertahanan sepatutnya menjadi institusi yang dipandang serius kerana memikul tanggungjawab besar dalam menjaga kedaulatan negara dan bukannya terlibat dalam budaya tidak sihat serta salah guna kuasa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763490/berita/semasa/aktiviti-tidak-bermoral-anggota-tentera-jejas-keselamatan-negara-ndash-mujahid

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #SinarTerkini #AngkatanTentera #kedaulatannegara #MujahidYusofRawa

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…