
Sign up to save your podcasts
Or


Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke makam Mustafa Kemal Ataturk di Turkiye tidak menyalahi hukum syarak kerana ia sebahagian daripada adat dan protokol rasmi negara tuan rumah.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan, amalan menziarahi makam tokoh yang dianggap sebagai pengasas Turkiye moden itu sudah lama menjadi sebahagian daripada upacara rasmi kenegaraan dan turut dilalui oleh pemimpin Malaysia terdahulu.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #MakamAtaturk #AnwarIbrahim #MujahidYusofRawa
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyatakan sikap terbukanya untuk menerima sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tanpa mengira parti.
Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya tiada halangan selagi pemimpin tersebut berupaya menyatukan semua komponen gabungan serta mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan agama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763468/berita/politik/gerakan-terbuka-terima-sesiapa-sahaja-sebagai-pengerusi-pn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PN #Gerakan
UMNO tidak menerima sebarang usul yang menggesa parti itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan untuk dibahas dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 pada 14 hingga 17 Januari ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah keseluruhan 662 usul yang dihantar ke ibu pejabat parti itu tidak menyentuh tentang perkara tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763393/berita/politik/tiada-usul-umno-keluar-kerajaan-perpaduan---asyraf-wajdib
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #AsyrafWajdi #KerajaanPerpaduan #Usul
Enam lelaki termasuk tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap tiga lelaki di hadapan sebuah restoran di Lukut, Port Dickson, bulan lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763364/berita/semasa/enam-termasuk-tiga-beradik-didakwa-tetak-tiga-lelaki-di-depan-restoran
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah
Keluhan pesawah yang mengakui kelewatan bekalan baja subsidi sehingga menyebabkan tumbesaran padi terbantut dan mereka terpaksa menanggung kos tambahan sendiri mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
KPKM berkata, kerajaan sedia untuk menilai semula dan memperkemaskan keseluruhan rantaian pengurusan pengedaran baja bersubsidi bagi mengatasi masalah kelewatan yang didakwa menjadi punca kemerosotan hasil padi negara.
Katanya, tempoh pembekalan input pertanian yang terlalu singkat dikenal pasti menjadi punca utama kelewatan pembekalan yang berlaku sebelum ini.
Audio: Dijana oleh AI
#sinarharian #beritaterkini #baja #padi #pesawah #Kedah #KPKM
Kontrak tamat menjadi punca Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tidak dapat melaksanakan proses pembekalan baja seperti biasa kepada pesawah.
NAFAS dalam satu kenyataan berkata, kontrak yang telah dianugerahkan kepada pertubuhan itu tamat pada 30 Jun 2025 dan setiap pembekalan diterima disimpan oleh pihak NAFAS untuk tujuan proses pembekalan selepas menerima lantikan kontrak daripada kerajaan.
Audio: Dijana oleh AI
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#sinarharian #beritaterkini #baja #padi #pesawah #Kedah #NAFAS
Negara menanggung kerugian besar sehingga mencecah jutaan ringgit berikutan kemerosotan hasil padi akibat kelewatan penerimaan bekalan baja bersubsidi oleh pesawah.
Pensyarah Kanan Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmad Hanis Izani Abdul Hadi berkata, kerugian itu mengambil kira kesan berantai termasuk peningkatan kos disebabkan kelewatan tersebut.
Menurut beliau, baja merupakan antara komponen penting dalam penanaman padi untuk pertumbuhan daun, akar dan ketahanan penyakit, seterusnya bagi meningkatkan hasil serta kualiti padi secara signifikan agar ia dapat dituai mengikut tempoh waktu ditetapkan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#sinarharian #beritaterkini #baja #padi #pesawah #Kedah
Kelewatan pemberian baja bersubsidi kepada pesawah bukan berpunca daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) atau Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
Sebaliknya, ia disebabkan proses kontrak pembekalan baja dimuktamadkan lewat.
Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, situasi itu menjejaskan penghantaran input pertanian kepada pesawah.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
inarharian #beritaterkini #baja #padi #pesawah #Kedah #MADA
From the publisher's feed