
Sign up to save your podcasts
Or


UMNO Negeri Sembilan bersetuju sekiranya tempoh perkhidmatan Menteri Besar (MB) turut dihadkan tidak melebihi 10 tahun selaras dengan rang undang-undang (RUU) had tempoh jawatan Perdana Menteri (PM) yang akan dibentangkan nanti.
Pengerusinya yang juga Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu perlu dipertimbangkan di peringkat negeri kerana mampu mewujudkan urus tadbir yang lebih baik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762991/berita/semasa/umno-negeri-sembilan-sokong-had-tempoh-mb-ikut-jawatan-pm-tidak-lebih-10-tahun
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian..
#SinarHarian #BeritaSemasa #HadtempohPM
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim mendedahkan satu dokumen lejar didakwa mengandungi rekod transaksi kewangan melibatkan penerimaan wang tunai dan aset mewah berjumlah RM1.1 juta oleh seorang ketua bahagian parti.
Mohamad Shafiq berkata, susulan itu beliau akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kesahihan dokumen berkenaan dan meneliti sama ada wujud unsur rasuah atau pecah amanah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762984/berita/nasional/shafiq-halim-dedah-lejar-transaksi-rm11-juta-didakwa-berkait-ketua-bahagian-parti
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian..
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #SPRM
Seorang pegawai kanan dan dua penguat kuasa daripada sebuah agensi penguatkuasaan di Melaka direman enam hari bagi membantu siasatan menerima suapan untuk melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI), lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Turut direman ialah isteri kepada pegawai kanan berkenaan berusia 37 tahun yang disyaki bersubahat dengan suaminya, termasuk membantu mengurus serta menerima wang suapan daripada beberapa majikan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762961/berita/semasa/lindungi-pati-pegawai-kanan-dan-isteri-dua-penguat-kuasa-direman
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian..
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslindungiPATI #mahkamah #reman #kesrasuah
'Tak sangka anak saya dalam kereta remuk di lampu isyarat'
Seorang bapa tidak menyangka bahawa kereta yang remuk teruk dalam kemalangan tragis di persimpangan lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kuala Terengganu, rupa-rupanya dipandu oleh anaknya sendiri.
Bapa mangsa, Mazli Yusoh, 51, berkata, dia ternampak kemalangan melibatkan dua buah kenderaan ketika melalui kawasan itu sekitar jam 1.30 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762893/berita/semasa/tak-sangka-anak-saya-dalam-kereta-remuk-di-lampu-isyarat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BapaMangsa #KemalanganTragis
Seorang pemilik syarikat didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa kerana menyimpan diesel melebihi had ditetapkan.
Tertuduh, Chin Wei Sin Vincent, 47, didakwa melakukan kesalahan di dalam premis Vincent Chin Enterprise, Jalan Johan 2/11, Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, Batu Gajah kira-kira jam 9 pagi pada 8 Mac 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762944/berita/semasa/pemilik-syarikat-simpan-diesel-lebih-had-didenda-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamh #simpandiesel
Salah seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau yang maut dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Chengkau–Panchang–Lubuk Cina, di Rembau, petang Ahad lalu pernah menyatakan hasrat mahu menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) demi membantu keluarga.
Hasrat tersebut diluahkan Allahyarham Ismawanie Husna Ismail,19 yang merupakan penuntut Diploma Komunikasi dan Media kepada ibunya Rusfalisa Alias, 47 baru-baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762861/berita/semasa/penuntut-uitm-maut-hasrat-ismawanie-husna-mahu-sambung-phd-bantu-keluarga-tak-kesampaian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas sebanyak RM100 akan dikreditkan pada 9 Februari ini.
Anwar berkata, bantuan itu diberikan kepada 22 juta rakyat Malaysia bagi meringkan beban menjelang musim perayaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762843/berita/nasional/bantuan-sara-untuk-rakyat-18-tahun-ke-atas-dikredit-9-februari-ini
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #SARA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX
DAP Melaka tidak akan ‘termakan’ provokasi dicetuskan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mencabar DAP supaya keluar daripada Kerajaan Perpaduan di negeri itu.
Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, kedudukan DAP akan ditentukan oleh parti itu sendiri dan bukannya oleh orang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762766/berita/politik/dr-akmal-siapa-nak-tentukan-kedudukan-dap-di-melaka---dap-melaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KerajaanPerpaduan #UMNO #DAP
Gesaan yang dibangkitkan Pemuda UMNO supaya parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan perlu terlebih dahulu dibawa kepada pertimbangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu selari dengan struktur dan proses membuat keputusan dalam UMNO yang mengutamakan perbincangan di peringkat tertinggi parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762735/berita/politik/keluar-kerajaan-perpaduan-biar-mkt-umno-buat-keputusan---zambry
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KerajaanPerpaduan #UMNO
From the publisher's feed