
Sign up to save your podcasts
Or


Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional
Polis menahan seorang peguam lelaki disyaki bersubahat dengan seorang banduan bagi menyeludup dadah ke Penjara Marang, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kes itu terbongkar hasil pemeriksaan terhadap banduan terbabit yang baru selesai menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Disember lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762433/berita/semasa/peguam-ditahan-disyaki-bersubahat-seludup-dadah-ke-penjara-marang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #peguam #kesseludup #PDRM #PenjaraMarang
Tren Ekspres Selatan (ES) yang menamatkan operasinya selepas sembilan tahun berkhidmat pada hari terakhir 2025, meninggalkan kenangan tersendiri buat penumpang setianya, termasuk bekas kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bagi Halim Said, 63, yang pernah bekerja sebagai pembantu trafik di KTMB Gemas Negeri Sembilan, tidak melepaskan peluang menaik tren ES terakhir dari Stesen Keretapi JB Sentral pada jam 6.05 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762378/edisi/johor/perjalanan-terakhir-ekspres-selatan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TrenEkspresSelatan #KTMB #perjalananterakhirEkspresSelatan
Tindakan beberapa individu berzikir dalam keadaan mencurigakan di kawasan perkuburan di Kampung Lupas Meluas, Batu Sapi, pada waktu tengah malam, mengundang kebimbangan penduduk setempat.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam Ahad lalu sebelum videonya tular di media sosial.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762382/berita/semasa/sekumpulan-lelaki-berzikir-di-kubur-tengah-malam-cetus-kebimbangan-penduduk
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #berzikirdikuburtengahmalam #cetuskebimbanganpenduduk #berzikirdikubur
Seorang peniaga kedai makan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang pekerja spa, 27 Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohamad Azrullah Mohd Rodzi, 38, membuat pengakuan itu terhadap pertuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762339/berita/semasa/peniaga-tidak-mengaku-cabul-pekerja-spa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #tidakmengakubersalah #peniaga #pekerjaSpa #Melaka
Tiga lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret 3 George Town bagi pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine di sebuah apartmen, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Xie Zhouji, 38, Zhang Mea, 32 dan Chen Cheng, 36 dituduh secara bersama mengedar dadah tersebut seberat 26,025 gram di Jalan Gudwara, Kompleks Adorna Gold pada jam 10 malam, 20 Disember lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762313/berita/semasa/tiga-lelaki-warga-china-dituduh-edar-26025-gram-syabu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kespengedarandadah #wargaChina #wargaasing
Gara-gara terpedaya dengan janji manis iklan di Facebook yang menawarkan barangan perniagaan pada harga murah, seorang kru penerbangan di Singapura, menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Mangsa mahu dikenali sebagai Chew, 26, merupakan antara 31 rakyat Malaysia yang berjaya dibawa pulang dan selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 20 Disember lalu, hasil usaha bersepadu pihak berkuasa Malaysia dengan kerjasama negara jiran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762330/berita/semasa/sindiket-pekerjaan-myawaddy-mangsa-dibiar-kelaparan-dipukul-dengan-besi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketpekerjaanMyawaddy #mangsasindiketpekerjaanMyawaddy
Seorang pemandu lori ais ditahan selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik 16 kes pecah masuk Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (Peladang) di enam daerah sejak Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan di sebuah kilang ais di Taman Universiti, Skudai pada Ahad lalu hasil risikan dan makluman awam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762179/berita/semasa/pemandu-lori-ais-dalang-16-kes-pecah-masuk-pejabat-nadi-peladang-ditahan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pecahmasuk
Tindakan seorang lelaki membuat ugutan jenayah terhadap teman wanitanya yang merupakan seorang guru membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohd Fazrul Azlan Khairuddin, 38, turut berdepan pertuduhan memiliki beberapa keping gambar lucah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762180/berita/semasa/lelaki-didakwa-ugut-guru-simpan-gambar-lucah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Melaka #Lelaki #Ugut #Guru
From the publisher's feed