Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Pemandu SUV direman kes sengaja langgar doktor di plaza tol

    Seorang peniaga direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes seorang doktor yang cedera selepas dilanggar sebuah kereta di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Perai.

    Suspek lelaki berusia 31 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam bersama isterinya yang berusia 25 tahun pada pagi Rabu bagi permohonan perintah reman.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762177/berita/semasa/pemandu-suv-direman-kes-sengaja-langgar-doktor-di-plaza-tol

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #langgar

    2 min
  • Remaja bawah umur antara dituduh di bawah ATIPSOM

    Dua wanita tempatan termasuk seorang remaja bawah umur serta seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth atas pertuduhan bersama menjalankan penyeludupan migran pada awal Disember lalu.

    Tertuduh, Umi Kalsom Abidin, 29, dan remaja berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Roslan Hamid.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762185/berita/semasa/remaja-bawah-umur-antara-dituduh-di-bawah-atipsom

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #seludupmigran

    2 min
  • Buruh warga Myanmar mengaku tidak bersalah miliki Revolver

    Seorang buruh warga Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memiliki senjata api di sebuah bengkel, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

    Tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Roslan Hamid.

    Tertuduh, Aung Soe, 39 tahun, didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Revolver.38 tanpa nombor siri, tanpa permit atau lesen yang sah, dan senjata api tersebut diperoleh semasa melakukan kesalahan berkaitan dadah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762167/berita/semasa/buruh-warga-myanmar-mengaku-tidak-bersalah-miliki-revolver

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Revolver #WargaAsing #Butterworth Myanmar

    2 min
  • Pemandu e-hailing didakwa sebabkan tiga kematian
    Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pengerang pada Isnin atas empat pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan tiga kematian, Oktober lalu selain memiliki barang larangan iaitu rokok seludup.
     
    Bagaimanapun, tertuduh Loo Chun Hao, 32, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin setelah dibacakan jurubahasa mahkamah.
     
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762085/berita/semasa/pemandu-e-hailing-didakwa-memandu-berbahaya-sehingga-menyebabkan-tiga-kematian
     
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
     
    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
     
    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Pemanduehailing
    2 min
  • 'Perjuangan ini harus saya pikul sendirian' - Najib

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa beliau merasakan perjuangan yang sedang dihadapinya seolah-olah perlu dipikul sendirian, namun tetap bertekad untuk meneruskannya bukan kerana dendam, sebaliknya demi prinsip keadilan dan hak yang diperuntukkan oleh undang-undang, walaupun menyedari jalan tersebut sunyi dan menuntut pengorbanan besar.

    Kenyataan itu dibacakan oleh peguam bela beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dalam satu sidang media di Istana Kehakiman Putrajaya pada Jumaat. 

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #NajibRazak #Pendakwaan #1MDB #Rasuah

    3 min
  • 'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'

    “Tangan kami terlepas, adik dihanyutkan arus deras sungai. Saya yang lemas, dia yang meninggal dunia.”

    Itu luahan pilu Mohamad Syakir Iqbal Mohd Shaharudin, 15, ketika mengimbau detik tragis menyaksikan adiknya, Mohamad Syafi Irsyad, 13, dihanyutkan arus deras Sungai Ulu Sat di Kampung Belukar, Machang pada Jumaat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761921/berita/semasa/tangan-kami-terlepassaya-yang-lemas-dia-yang-meninggal-dunia

    Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #Machang

    4 min
  • Pemilik Port Lepak Jerung akur arahan premis ditutup sementara

    Suasana di Port Lepak Jerung, sebuah kawasan persinggahan popular pelancong di laluan Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands, kelihatan suram apabila premis itu diarahkan tutup sementara bermula Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan. 

    Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan premis telah dipasang garisan kuning sebagai tanda larangan memasuki lokasi.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761877/edisi/perak/suram-tanpa-pengunjung-port-lepak-jerung-akur-arahan-tutup-sementara

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PortLepakJerung #Ipoh #Hakisan #Premis

    2 min
  • 'Setelah hampir 50 tahun karier, ini kali pertama saya kalah semua pertuduhan'

    "Setelah hampir 50 tahun karier sebagai peguam, kemungkinan ini kali pertama saya kalah semua pertuduhan walaupun dari sekecil-kecil kes hingga sebesar-besar kes."

    Dengan nada dan riak wajah kecewa, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun berkata, pihaknya tetap akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin depan.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #Peguam #1MDB #Mahkamah

    3 min
  • Hadi dedahkan dua sebab MB Perlis letak jawatan

    Desakan supaya projek-projek besar diluluskan tanpa mematuhi peraturan dan unsur penyelewengan serta rasuah didakwa merupakan faktor utama krisis politik di Perlis.

    Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, terdapat tekanan berkaitan projek yang tidak mengikut peraturan, menyebabkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak boleh menuruti perbuatan yang salah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761836/berita/politik/unsur-penyelewengan-tuntut-jawatan-punca-krisis-politik-perlis---abdul-hadi

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Perlis #MBPerlis #politik

    3 min
  • Pas kemuka dua calon Menteri Besar Perlis

    Pas mengemukakan dua calon jawatan Menteri Besar Perlis bagi menggantikan Mohd Shukri Ramli yang mengumumkan peletakan jawatan itu secara sukarela disebabkan faktor kesihatan yang dialami.

    Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu masih menguasai kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Perlis walaupun tiga wakil rakyatnya digugurkan daripada keahlian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Perlis #MBPerlis #politik

    1 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…