Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • [LAPORAN KHAS] Di flat bukan semua anak cukup makan

    Muslim Volunteer Malaysia (MVM) mengesan segelintir kanak-kanak yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerap mengambil makanan segera berikutan kesibukan ibu bapa bekerja sehingga tidak sempat menyediakan hidangan seimbang di rumah.


    Ketua Pegawai Operasi MVM, Suzilawati Abdullah berkata, keadaan itu memberi kesan terhadap tahap tumpuan kanak-kanak, khususnya ketika mengikuti kelas asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

    Menurutnya, terdapat kanak-kanak yang tidak mampu memberi fokus sewaktu pembelajaran akibat kekurangan nutrisi, sekali gus menjejaskan perkembangan awal mereka.

    3 min
  • LZS agih bantuan pendidikan 2026 RM36.5 juta

    Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan RM36.5 juta peruntukkan kepada kepada 39,240 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf di negeri itu bagi sesi persekolahan tahun 2026, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Adnan. 

    Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari berkata, agihan itu meliputi bantuan yuran persekolahan dan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan untuk setiap anak asnaf.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761216/edisi/selangor-kl/lzs-agih-rm365-juta-bantuan-pendidikan

    Muzik: Elliot - Bass Buzer dari www.bensound.com

    #SinarHarian #SinarTerkini #LembagaZakatSelangor #LZS #Zakat #Selangor

    4 min
  • Pemandu lori dipenjara sembilan tahun, dua sebatan

    Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada Jumaat, selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Hakim, Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, P Stephen Nyamamuthu, 55, selepas meneliti keseluruhan keterangan dan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761141/berita/semasa/amang-seksual-pelajar-lelaki-pemandu-lori-dipenjara-sembilan-tahun-dua-sebatan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AmangSeksual #PemanduLori #Melaka

    3 min
  • Pegawai penjara didakwa sebabkan kematian tahanan

    Seorang pegawai penjara yang bertugas di Pusat Koreksional Taiping dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat kerana menyebabkan kematian seorang tahanan, awal tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

    Tertuduh, Ryndee O'nel Victor, 25, didakwa menyebabkan kematian Gan Chin Eng, 62, dengan mengetahui bahawa perbuatannya mungkin menyebabkan kematian lelaki terbabit.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761109/berita/semasa/pegawai-penjara-didakwa-sebabkan-kematian-tahanan

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #SinarTerkini #Mahkamah #Penjara #Taiping #Tahanan

    1 min
  • Bilik multisensori bawa senyuman murid PPKI SK Sungai Rokam

    "Wah cikgu, ini apa... boleh pegang?"

    Itu antara reaksi spontan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sebaik melangkah masuk ke Bilik Multisensori yang baharu dirasmikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rokam di Ipoh pada Rabu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760871/edisi/perak/bilik-multisensori-bawa-senyuman-murid-ppki-sk-sungai-rokam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Bilikmultisensori  #SungaiRokam #Sekolahpendidikankhas

    2 min
  • Rumah pam masih berfungsi, selut dan lambakan sampah burukkan keadaan

    Operasi kunci air dan rumah pam di Rungkup di Bagan Datuk disahkan masih berfungsi dan tidak mengalami kerosakan, kata Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, Ir Dr Asnor Muizan Ishak.

    Beliau berkata, operasi tersebut hanya terjejas buat sementara waktu akibat mendapan selut serta lambakan sampah susulan hujan ekstrem yang melanda daerah itu pada akhir November lalu sehingga mengakibatkan kejadian banjir genang.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761008/edisi/perak/rumah-pam-masih-berfungsi-selut-dan-lambakan-sampah-burukkan-keadaan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #RumahPam #BaganDatuk

    2 min
  • 'ALLAH memang nak selamatkan kami'

    “ALLAH memang nak selamatkan kami, kalau tak mesti kami dah berada di bawah runtuhan itu.”

    Demikian kata Kamal Ariffin Md Arif, 51, yang terselamat selepas struktur bahagian hadapan rumahnya di Taman Pinggiran Senawang, Seremban runtuh menyembah bumi dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761004/berita/semasa/allah-memang-nak-selamatkan-kami

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #hadaprumahruntuh #silingrumahruntuh #Seremban

    2 min
  • Imigresen Johor bongkar penggajian PATI di kilang komponen komputer

    Sebuah kilang komponen komputer di kawasan Perindustrian Tebrau, Johor Bahru, diserbu Jabatan Imigresen menerusi Op Mahir pada Selasa, selepas disyaki menggajikan pendatang tanpa izin (PATI) sebagai pekerja.

    Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, seramai 356 individu diperiksa dalam operasi bersepadu bermula jam 7 malam itu, merangkumi 299 lelaki dan 57 wanita.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760961/edisi/johor/imigresen-johor-bongkar-penggajian-pati-di-kilang-komponen-komputer

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PATI #Imigresen #OPMahir

    2 min
  • Isu kelewatan agihan makanan di PPS sangat subjektif - Wan Rosdy

    Dakwaan berhubung kelewatan agihan makanan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang tular di media sosial tidak menggambarkan keadaan sebenar di lapangan, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

    Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengakui terdapat sedikit kelewatan di beberapa lokasi penempatan, namun ia berlaku dalam tempoh yang munasabah dan tidak menjejaskan kebajikan mangsa.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PPS #banjirkuantan #WanRosdyWanIsmail

    1 min
  • Bunuh, simpan mayat isteri: Khairul Rizuan berdepan hukuman mati

    Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Khamis atas pertuduhan membunuh isterinya pada 8 Disember lalu.

    Tertuduh, Khairul Rizuan Abdullah, 28 hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760965/berita/semasa/bunuh-simpan-mayat-isteri-khairul-rizuan-berdepan-hukuman-mati

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KhairulRizuan

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…