Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Ops Payung pastikan calon SPM 'terkepung' banjir selamat duduki peperiksaan - Fadhlina

    Ops Payung pastikan calon SPM 'terkepung' banjir selamat duduki peperiksaan - Fadhlina

    Kemeterian Pendidikan (KPM) sedia memindahkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang rumah 'terkepung' banjir menerusi Ops Payung bagi memastikan mereka selamat menduduki peperiksaan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, proses itu akan dilakukan menerusi kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak berkaitan bagi memastikan keselamatan pelajar berada pada tahap terbaik semasa Ops Payung itu dijalankan.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #BanjirKelantan #PPS #SPM #FadhlinaSidek #Nadma

    2 min
  • Sekolah terjejas banjir diteruskan dengan PdPR

    Sekolah terjejas banjir diteruskan dengan PdPR

    Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan  sesi persekolahan di sekolah yang terkesan akibat banjir tetap diteruskan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu memastikan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat mengikuti pembelajaran tanpa gangguan, meskipun sekolah mereka digunakan sebagai pusat pusat pemindahan sementara (PPS) atau ditutup sementara.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #PdPR #BanjirKelantan #PPS #SPM #FadhlinaSidek

    1 min
  • 'Kami terus keluar bila bomba beri isyarat'

    'Kami terus keluar bila bomba beri isyarat'

    “Kami memang dah tunggu sejak awal pagi. Bila bomba beri isyarat laluan boleh lepas, kami terus keluar, kalau tunggu lagi, bimbang hujan makin lebat.”

    Itu kata-kata mangsa banjir warga Malaysia, Amir Ibrahim, 40, yang terperangkap selama tiga hari dua malam di sebuah hotel di Hatyai, Thailand susulan bencana banjir besar yang melanda wilayah itu sejak Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

    Menurutnya, sepanjang tempoh itu mereka berdepan pelbagai kekangan termasuk gangguan bekalan elektrik dan air, selain akses makanan yang semakin terhad.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757819/berita/semasa/kami-terus-keluar-bila-bomba-beri-isyarat-ndash-mangsa-banjir-hatyai

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #banjirhatyai #wargaMalaysia #banjirbesar #hatyai

    3 min
  • KPT benarkan pelajar pulang mengundi di Sabah - Zambry

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan semua siswa dan siswi di seluruh negara pulang ke Sabah untuk mengundi pada 29 November ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah, lapor wartawan Sinar Harian, Hazmin Syahman Abdul Rahman.

    Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan terhadap mana-mana pelajar yang ingin menunaikan tanggungjawab tersebut.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRN17 #Sabah #Pelajar #IPT #KPT #Universiti

    2 min
  • Isu sakit pemimpin tak wajar jadi bahan politik - KP Pas Selangor

    Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mengingatkan bahawa isu sakit atau keadaan mana-mana pemimpin tidak wajar dijadikan bahan politik.

    Sebelum ini, Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong yang didakwa memuat naik gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dalam keadaan terlantar di katil yang didakwa telah diubah suai.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757631/berita/politik/tolak-memorandum-dapsy-angkuh-dan-sombong---kp-pas-selangor

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #DAPSY #Pas #suntinggambar

    2 min
  • 'Jangan beli 'kereta baharu', GRS boleh terus pecut' – Masiung Banah

    Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah mengandaikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai sebuah ‘kenderaan’ yang boleh ‘dipecut’ serta-merta.

    Menurutnya, jika menggunakan ‘kenderaan’ baharu (parti baharu), sudah tentu ia memerlukan masa untuk membiasakan diri memandu dan tidak boleh terus dipandu laju. Jelasnya, begitulah juga analogi terhadap kerajaan GRS.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757511/berita/politik/jangan-beli-kereta-baharu-grs-boleh-terus-pecut-ndash-masiung-banah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #GRS #SuaraRakyatSabah #PRN17 #DUNSabah

    2 min
  • Penjualan ubat tidak sah, KKM keluarkan kompaun RM120 juta

    Penjualan ubat tidak sah, KKM keluarkan kompaun RM120 juta 

    Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan kompaun bernilai RM120 juta terhadap kesalahan membabitkan ubat tidak berdaftar.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata kompaun itu dikeluarkan menerusi tindakan penguatkuasaan bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik (PKDK) 1984.

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #Ubat #Kesihatan #KKM #kompaun

    3 min
  • Seorang wanita pengsan, ratusan penumpang terperangkap dalam monorel

    Seorang wanita pengsan ketika terperangkap bersama ratusan penumpang di dalam sebuah tren monorel yang terkandas di laluan Jalan Sultan Ismail menghala ke Medan Tuanku berhampiran Maju Junction pada Khamis.

    Insiden berlaku kira-kira jam 9.39 pagi sebelum Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui NG999.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757459/berita/semasa/seorang-wanita-pengsan-ratusan-penumpang-terperangkap-dalam-monorel

    #SinarHarian #SinarTerkini #pengsan #monorel

    2 min
  • 16,951 remaja bawah 19 tahun tidak berkahwin hamil

    16,951 remaja bawah 19 tahun tidak berkahwin hamil

    Seramai 16,951 remaja hamil berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin telah direkodkan di fasiliti kerajaan berdasarkan data oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2024.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha membendung isu ini telah dilaksanakan oleh kementerian menerusi inisiatif-inisiatif yang melibatkan pelbagai aspek termasuk pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif, inisiatif kaunseling serta sokongan komuniti.

    Artikel:

    https://www.sinarharian.com.my/article/757446/berita/nasional/lebih-16000-remaja-hamil-luar-nikah-hampir-50-peratus-melayu---nancy

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #Remaja #NancyShukri #KKM #Kesihatan

    3 min
  • Lelaki maut ditembak di restoran

    Seorang lelaki maut dipercayai ditembak di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan, Seremban pada Rabu, lapor wartawan Syamilah Zulkifli.

    Orang awam yang ditemui di lokasi pada jam 1 pagi memaklumkan, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang makan sebelum didatangi dua kenderaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757396/berita/semasa/lelaki-maut-ditembak-di-restoran

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

     
    #SinarHarian #SinarTerkini #Jenayah #Keselamatan #PDRM #Tembak #Sendayan #Seremban

    1 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…