
Sign up to save your podcasts
Or


Wanita maut dilanggar lori ketika tukar tayar pancit
Seorang wanita yang sedang menukar tayar kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 260.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Kejadian jam 9.20 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nurul Amirah Hamdan, 31, yang bekerja di sebuah syarikat penapis air dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757336/berita/semasa/wanita-maut-dilanggar-lori-ketika-tukar-tayar-pancit
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #SUV #Maut #DilanggarLori #TukarTayar #Kemalangan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali mendakwa Datuk Seri Bung Moktar Radin menteri paling gagal dalam sejarah peradaban manusia, lapor wartawan Sinar Harian, Hazmin Syahman Abdul Rahman.
Menurut Armizan, kegagalan bekas Menteri Kerja Raya (KKR) Sabah itu menyebabkan kerajaan GRS kerugian dua tahun memulihkan Sabah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757288/berita/politik/armizan-dakwa-bung-menteri-paling-gagal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #GRS #BungMoktar #Tawau #Sabah #Menteri #Armizan
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 20 hari lalu, memohon kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya dibebaskan sementara dengan ikat jamin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Ismanira Abdul Manaf, 30, selaku pemohon membuat permohonan berkenaan sehingga keputusan rayuan terhadap sabitan bersalah dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autisme itu, dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757325/berita/semasa/ibu-zayn-rayyan-mohon-dibebaskan-sementara-dengan-ikat-jamin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesZaynRayyan #Mahkamah #justiceforZaynRayyan
Lelaki hanyut di Pintasan Saloma: Kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa ditemui
Kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang hanyut bersama seorang lelaki dalam insiden kepala air di Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma ditemui kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kenderaan itu ditemui pada jam 8.30 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757301/berita/semasa/lelaki-hanyut-di-pintasan-saloma-kenderaan-pacuan-empat-roda-dinaiki-mangsa-ditemui
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keretalelakihanyutdijumpai #hanyutberhempiranpintasansaloma #kepalaairsungaiklang #PDRM
'Mula-mula tumpangkan anak jiran, kemudian buat bisnes'
Demi mengaut keuntungan mudah, seorang lelaki menjadikan kereta jenis Perodua Alza miliknya sebagai 'van sekolah' bagi mengambil enam kanak-kanak dari sebuah sekolah, Kuala Pilah, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Akibatnya pemandu lelaki berusia 30-an itu dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan kerana menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dalam operasi van sekolah haram baru-baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757125/edisi/melaka-ns/mula-mula-tumpangkan-anak-jiran-kemudian-buat-bisnes
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #salahgunalesenkenderaanMotor #JPJ #LKM
Tiada teknologi tempatan jejas pembangunan REE di Malaysia - Johari
Kerajaan mengakui pembangunan industri nadir bumi (REE) di negara ini tidak dapat dilaksanakan dengan pantas disebabkan beberapa cabaran utama termasuk tiada kepakaran dan teknologi tempatan pada skala komersial untuk mengembangkan lagi sektor strategik berkenaan.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, situasi itu menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada teknologi luar untuk menjalankan aktiviti perlombongan, meskipun mempunyai sumber berkenaan yang signifikan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757311/berita/nasional/tiada-teknologi-tempatan-jejas-pembangunan-ree-di-malaysia---johari
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #REE #teknologitempatantakjejaspembangunanREE #parlimen #sidangdewanrakyat
KPN tiada perancangan bina Muzium Perang Force 136 di Gerik
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ketika ini tidak bercadang untuk membina Muzium Perang Force 136 atau Muzium Darurat Menentang Komunis (PKM) dalam Parlimen Gerik.
Timbalan Menterinya, K Saraswathy berkata, sebarang cadangan penubuhan muzium baharu perlu terlebih dahulu dikaji secara komprehensif memandangkan ia melibatkan kos yang tinggi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757302/berita/nasional/kpn-tiada-perancangan-bina-muzium-perang-force-136-di-gerik
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPN #Muziumdarurattentangkomunis #parlimen #sidangdewanrakyat
Pelakon, Kamal Adli bertegas untuk terus mempertahankan rumah tangganya dengan aktres popular, Uqasha Senrose, meskipun hubungan mereka kini melalui fasa paling mencabar sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.
Menurut pemilik nama penuh Ahmad Kamal Ahmad Adli itu, selagi masih ada ruang, beliau akan berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina pada 4 November itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757285/berita/hiburan/saya-akan-fight-sampai-allah-kata-cukup---kamal-tekad-pertahan-rumah-tangga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UqashaSenrose #Mahkamah #Cerai #KamalAdli
‘Saya nak selamatkan diri dari kemudaratan’ - Uqasha Senrose
Pelakon, Uqasha Senrose menegaskan bahawa tindakannya memfailkan perceraian bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas empat tahun berusaha mempertahankan rumah tangga serta memberi ruang kepada suaminya, Kamal Adli untuk berubah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757295/berita/hiburan/empat-tahun-saya-berusaha---uqasha-senrose-akhirnya-bersuara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Dua lelaki bersaudara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bachok pada Rabu atas pertuduhan menganiaya seekor beruk jantan yang tular di laman sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Tertuduh, Muhamad Amirul Afiq Sanusi, 24, dan Muhammad Khairul Aziman Shamsudin, 28, memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amin Rashidi Ramli.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757277/berita/semasa/dua-bersaudara-mengaku-tidak-bersalah-aniaya-beruk
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Mahkamah #Bachok #AniayaBeruk
From the publisher's feed