Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.
January 14, 2025Pulau di pantai timur Sabah dikenal pasti 'hotspot' laluan sindiket dadahPulau di pantai timur Sabah dikenal pasti 'hotspot' laluan sindiket dadahPulau sekitar daerah di pantai timur Sabah dikenal pasti sebagai 'hotspot' kegiatan sindiket pengedaran dadah termasuk dijadikan transit sebelum dipasarkan ke negara jiran, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya telah mengenal pasti laluan sindiket yang aktif sama ada laluan laut, darat, lorong tikus dan lorong gajah.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707102/berita/semasa/pulau-di-pantai-timur-sabah-dikenal-pasti-hotspot-laluan-sindiket-dadahMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Sabah...more3minPlay
January 14, 2025Pekerja pasar malam dijel dua bulan, curi susu RM22,000Pekerja pasar malam dijel dua bulan, curi susu RM22,000Tindakan seorang pekerja di pasar malam mencuri 597 karton susu bernilai RM22,000 dua tahun lalu, mengundang padah apabila dia dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida AliminHamim Heji, 34 tahun dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Amira Sariaty Zainal.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707085/berita/semasa/pekerja-pasar-malam-dijel-dua-bulan-curi-susu-rm22000Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Curisusu #Penjara ...more2minPlay
January 14, 2025Pukul, cekik isteri enggan 'bersama', suami dipenjara enam bulanPukul, cekik isteri enggan 'bersama', suami dipenjara enam bulanSeorang pemotong rumput dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana memukul isteri gara-gara mangsa enggan melakukan hubungan seks bersama pada Jumaat lalu.Tertuduh berusia 32 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707078/berita/semasa/pukul-cekik-isteri-enggan-bersama-suami-dipenjara-enam-bulanMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #pukulisteri...more2minPlay
January 14, 2025Mahkamah tolak permohonan CEO GISBH, isteri cabar penahananMahkamah tolak permohonan CEO GISBH, isteri cabar penahananMahkamah Tinggi di Johor Bharu pada Selasa, menolak permohonan habeas corpus yang difailkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Azura Md Yusof yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika membacakan keputusannya berkata, mahkamah berpendapat ketika Notis Usul permohonan habeas corpus itu difailkan pada 24 Oktober lalu, pemohon tidak berada dalam tahanan SOSMA.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707057/berita/semasa/mahkamah-tolak-permohonan-ceo-gisbh-isteri-cabar-penahananMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkmah #GISBH...more3minPlay
January 14, 2025Guru tak mengaku raba dua murid dalam rumah hantuGuru tak mengaku raba dua murid dalam rumah hantuSeorang guru mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid Tahun Enam di Mahkamah Sesyen di Melaka pada Selasa.Tertuduh, Mohd Azhar Mohamad, 44, membuat pengakuan itu sebaik dua pertuduhan berasingan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707060/berita/mahkamah/guru-tak-mengaku-raba-dua-murid-dalam-rumah-hantuMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkmah #cabul...more2minPlay
January 14, 2025SARA disalurkan melalui MyKad mulai esokSARA disalurkan melalui MyKad mulai esokSumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan melalui kad pengenalan atau MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar seluruh negara bermula Rabu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyaluran SARA melalui MyKad dibuat bagi memastikan golongan miskin menerima manfaatnya dalam bentuk barangan termasuk makanan asas.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707042/berita/nasional/sara-disalurkan-melalui-mykad-mulai-esokMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #SARA #MyKad #Bantuan #madani #PMX...more2minPlay
January 14, 2025Isu status halal sandwic: Dr Akmal gesa Pemuda UMNO, NGO lapor polisIsu status halal sandwic: Dr Akmal gesa Pemuda UMNO, NGO lapor polisPergerakan Pemuda UMNO di peringkat bahagian dan cawangan di seluruh negara termasuk badan bukan kerajaan (NGO) digesa membuat laporan polis berhubung isu penjualan makanan produk 'sandwic ham & cheese' yang diragui status halal, lapor wartawan Sinar Harian Nor Farhana YaacobKetuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata, laporan polis itu dibuat sebagai satu bantahan terhadap kedai serbaneka itu yang dianggap tidak bertanggungjawab selain didakwa tidak mengambil iktibar isu yang berlaku sebelum ini.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706943/berita/semasa/isu-status-halal-sandwic-dr-akmal-gesa-pemuda-umno-ngo-lapor-polisMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #statushalal #PemudaUMNO ...more3minPlay
January 13, 2025Kebakaran Kupang : Penduduk nampak kelibat lelaki bertopeng, cubaan bakar motosikalKebakaran Kupang : Penduduk nampak kelibat lelaki bertopeng, cubaan bakar motosikal Penduduk Kupang mendakwa kelibat dua lelaki bertopeng di Kampung Lubuk Kabu, Baling dalam keadaan mencurigakan kemungkinan disyaki mempunyai kaitan dengan kebakaran yang berlaku di Kampung Charuk Kapas, Kupang, pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Charuk Kapas, Mohd Desa Jusoh mendakwa, penduduk pernah terserempak dengan dua lelaki bertopeng di tepi Jalan Parit Panjang - Kuala Pegang dalam keadaan mencurigakan.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #kebakaran #Baling...more2minPlay
January 13, 2025Jalan runtuh, bangunan 'hilang' dibadai ombakJalan runtuh, bangunan 'hilang' dibadai ombakTinjauan Sinar Harian di Jalan Pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus mendapati terdapat laluan di kawasan itu runtuh serta alami kerosakan selepas dibadai ombak besar setinggi 2.4 meter serta angin kencang yang berlaku sejak beberapa hari lalu, lapor Wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.Keadaan itu berlaku akibat fenomena Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada 5 November tahun lalu dan berterusan sehingga Mac depan.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #tanahterhakis #fenomenamonsuntimurlaut #KualaNerus...more2minPlay
January 13, 2025'Ini sahaja harta yang ada, tak mampu lihat ia hilang ditelan laut'"Tanah ini satu-satunya harta peninggalan keluarga yang ada, tak mampu lagi lihat ia hilang 'ditelan' laut."Demikian luah seorang warga emas, Ramlah Muhammad, 68, yang menahan sebak apabila melihat tanah miliknya di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus hanya menunggu masa untuk runtuh akibat dilanda ombak besar, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.Ramlah berkata, tanah peninggalan keluarga seluas 0.4 hektar itu kini hanya tinggal sebanyak 20 peratus kerana sebahagian telah runtuh akibat dibadai ombak besar sejak bulan lalu.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706884/edisi/terengganu/ini-sahaja-harta-yang-ada-tak-mampu-lihat-ia-hilang-ditelan-lautMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #tanahterhakis #fenomenaanginkencang #KualaNerus...more3minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.