Seorang penghantar makanan dan barang menghadapi dua pertuduhan termasuk pertuduhan bersama isterinya di Mahkamah Sesyen Balik Pulau kerana memilik air ketum, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Tertuduh, Mohd Nasir Othman, 47 didakwa memiliki cecair mitragynine (air ketum) sebanyak 18 liter di hadapan sebuah rumah di Jalan Lintang Bayan 6, Sungai Ara, Bayan Lepas pada jam 9 pagi, 6 Januari lalu.