Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.
January 07, 2025Titah Adendum: Zaid dakwa kerajaan tidak telusBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Zaid Ibrahim mendakwa kerajaan tidak telus selepas gagal menjawab dengan benar pertanyaan menerusi surat daripada Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum, lapor wartawan Sinar Harian Izwan Rozlin.Sehubungan itu, beliau menggesa perdana menteri bersama menteri kabinet meletak jawatan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705860/berita/nasional/majlis-raja-raja-digesa-adakan-mesyuarat-khas-isu-titah-adendum-najibMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #ZaidIbrahim #TitahAdendum #NajibRazak...more3minPlay
January 07, 2025Pasangan kekasih didakwa edar 14kg dadah berdepan hukuman matiPasangan kekasih didakwa edar 14kg dadah berdepan hukuman matiPasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Johor Bharu atas pertuduhan mengedar lebih 14 kilogram dadah pada Disember lalu.Bagaimanapun tertuduh, Cheng Ee Fei, 32, dan teman wanitanya, Chan Pei Een, 34, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705828/berita/semasa/pasangan-kekasih-didakwa-edar-14kg-dadah-berdepan-hukuman-matiMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #dadah ...more2minPlay
January 07, 2025Kerajaan tangguh projek mega termasuk HSRPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan beberapa isu tertunggak.Menurutnya, kerajaan berdepan kekangan dan kini memberi tumpuan kepada projek membabitkan rakyat seperti mitigasi banjir dan infrastruktur asas.Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #ProjekMega #HSR...more2minPlay
January 07, 2025'Kami reda dalam terpaksa' - Waris'Kami reda dalam terpaksa' - WarisSuasana di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang pada Selasa agak sayu namun tenang berbanding insiden kekecohan melibatkan waris dan pihak berkuasa yang bertugas pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury. Rata-rata waris ditemui Sinar Harian menzahirkan kekecewaan kerana tidak diberi peluang memasuki tanah perkuburan bagi melihat sendiri kerja penggalian dan pemindahan kubur.Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/705814/edisi/selangor-kl/kami-reda-dalam-terpaksa---warisMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #TanahPerkuburan #SelatKlang...more2minPlay
January 07, 2025Remaja mengaku tidak bersalah tikam ibu saudaraRemaja mengaku tidak bersalah tikam ibu saudaraSeorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam pada Selasa di atas pertuduhan mencederakan ibu saudaranya, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.Tertuduh yang berusia 14 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan pada Selasa selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya namun memohon agar dibicarakan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705816/berita/semasa/remaja-mengaku-tidak-bersalah-tikam-ibu-saudaraMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah...more2minPlay
January 07, 2025Dua maut lori jatuh gaungDua maut lori jatuh gaungJasad dua lelaki berjaya dikeluarkan selepas lebih 12 jam terperangkap dan tersepit dalam sebuah lori membawa muatan besi yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer (KM) 42.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan pada Isnin.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705789/berita/semasa/dua-maut-lori-jatuh-gaungMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganmaut ...more2minPlay
January 07, 2025Pegawai hal ehwal Islam direman kes suapan lebih RM13,000Pegawai hal ehwal Islam direman kes suapan lebih RM13,000Seorang pegawai hal ehwal Islam di sebuah agensi agama Melaka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM13,125 daripada seorang kontraktor kira-kira dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.Perintah reman bermula Selasa hingga Isnin ini dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni, terhadap suspek berusia 43 tahun bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/705785/berita/semasa/pegawai-hal-ehwal-islam-direman-kes-suapan-lebih-rm13000Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Pegawai #HalEhwalIslam...more2minPlay
January 07, 2025'Semoga Titah Adendum dapat dilaksanakan segera' - Ismail Sabri'Semoga Titah Adendum dapat dilaksanakan segera' - Ismail SabriBekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan segera.Menurutnya, isu berkenaan pernah disuarakan di Parlimen pada Mac tahun lalu namun tiada sebarang jawapan mengenainya diberikan oleh kerajaan.Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/705779/berita/politik/semoga-titah-adendum-dapat-dilaksanakan-segera---ismail-sabriMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #IsmailSabri #TitahAdendum...more2minPlay
January 06, 2025Pemuda Amanah Johor buat laporan polis terhadap Ahmad Fadhli Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor membuat laporan polisPemuda Amanah Johor buat laporan polis terhadap Ahmad FadhliPemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Saari berhubung kenyataan kontroversi yang dimuat naik di Facebooknya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Johor, Abdul Razak Ismail berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas terbabit didakwa sebagai menghasut dan boleh menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705734/berita/politik/pemuda-amanah-johor-buat-laporan-polis-terhadap-ahmad-fadhli#SinarHarian #BeritaSemasa #laporanpolis #PartiAmanah...more2minPlay
January 06, 2025Permintaan tinggi sebabkan harga kopi melonjakPermintaan tinggi sebabkan harga kopi melonjakPermintaan tinggi terhadap pasaran kopi didorong 'trend' minum kopi yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat masa kini menyebabkan harganya turut melonjak, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. Pengurus KEDA Agrobiz, Mohd Zulfadzli Abdul Halim mengakui harga kopi semasa, semakin meningkat berbanding 10 atau 15 tahun kebelakangan ini.#SinarHarian #BeritaSemasa #permintaankopi #hargakopi #KEDA...more2minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.