Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.
January 05, 2025Jelajah Pontensi Diri tingkatkan keyakinan pelajarJelajah Pontensi Diri tingkatkan keyakinan pelajarPenganjuran Ceramah Motivasi Jelajah Potensi Diri sempena Jelajah Sinar Untuk Rakyat di Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri mampu membantu meningkatkan keyakinan pelajar terutamanya dalam kalangan B40, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.Perunding motivasi remaja, Farhaan Rahmat berkata, masalah keyakinan diri dalam kalangan pelajar antara yang dapat dikesan menerusi penganjuran ceramah seperti ini.Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, hari kedua Jelajah Sinar Untuk Rakyat diisi dengan program ceramah motivasi yang dikendalikan oleh penceramah terkenal.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705524/berita/nasional/jelajah-pontensi-diri-tingkatkan-keyakinan-pelajar#SinarHarian #BeritaSemasa #JelajahSinar #IKM #Motivasi...more3minPlay
January 05, 2025Masih terbayang api marak ranapkan deretan rumah - mangsa kebakaranMasih terbayang api marak ranapkan deretan rumah - mangsa kebakaranMangsa kebakaran membabitkan 14 rumah di Tanjung Dawai pada Ahad, Fitrah Azmi, 30 tahun, menyatakan sejak semalam, dia sudah merasa tidak sedap hati, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.Fitrah Azmi berkata, masih terbayang-bayang api marak sehingga meranapkan kesemua deretan 14 buah rumah menyebabkannya tinggal sehelai sepinggang.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705469/berita/semasa/lelaki-melecur-13-rumah-di-tanjung-dawai-terbakar#SinarHarian #BeritaSemasa #RumahTerbakar #Merbok...more2minPlay
January 05, 2025'Berbuih mulut saya, bergabunglah parti tempatan' - Shafie Apdal'Berbuih mulut saya, bergabunglah parti tempatan' - Shafie ApdalHanya dengan bersatu padu antara parti tempatan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi di Sabah, tegas Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, walaupun sudah beberapa kali usaha untuk bersatu padu dengan parti tempatan lain namun masih ada yang menolaknya.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705479/berita/politik/berbuih-mulut-saya-bergabunglah-parti-tempatan---shafie-apdal#SinarHarian #BeritaSemasa #bersatusebagairakyatsabah #politik #Shafieapdal #Sabah...more2minPlay
January 05, 2025'Sumbangan ini cukup besar buat kami''Sumbangan ini cukup besar buat kami'Sumbangan bakul rezeki dalam program Jelajah Sinar Untuk Rakyat di Masjid Jamek Beseri, Beseri pada Sabtu diharap dapat membantu meringankan beban 200 penerimanya, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.Program tersebut adalah kerjasama pertama bagi tahun 2025 yang diadakan Yayasan Bank Rakyat bersama Sinar Harian.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705410/berita/nasional/sumbangan-ini-cukup-besar-buat-kami#SinarHarian #BeritaSemasa #JelajahSinarUntukRakyat #Kangar...more2minPlay
January 05, 2025Ulang-alik 30km cari siput belitungUlang-alik 30km cari siput belitungPasangan suami isteri dari Kampung Kok Lanas, Kota Bharu sanggup berulang-alik lebih 30 kilometer ke Sungai Kandis di sini untuk mencari siput belitung yang menjadi sumber rezeki mereka sejak empat bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar. Norhana Ibrahim, 45, dan suami, Mohamad Zalif Iman Zulkefli, 29, mencari siput belitung di bawah jambatan Sungai Kandis itu tiga kali seminggu iaitu Rabu, Jumaat dan Sabtu.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705449/edisi/kelantan/ulang-alik-30km-cari-siput-belitungMuzik: Taking care by Indie Box dari Bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa...more2minPlay
January 05, 2025Jelajah Sinar Untuk Rakyat selami kehidupan golongan asnafJelajah Sinar Untuk Rakyat selami kehidupan golongan asnafProgram Jelajah Sinar Untuk Rakyat merupakan salah satu cara syarikat korporat tampil untuk membantu meringankan beban golongan memerlukan, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor. Pengurus Jabatan Program Yayasan Bank Rakyat, Muhammad Khalil Kader Mydin berkata, melalui program tersebut secara tidak langsung dapat melihat dan menyelami kehidupan golongan asnaf yang sangat memerlukan bantuan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705413/berita/nasional/jelajah-sinar-untuk-rakyat-selami-kehidupan-golongan-asnaf#SinarHarian #BeritaSemasa #JelajahSinarUntukRakyat #Kangar...more4minPlay
January 04, 2025Lihat Kaabah depan mata, sampai tidak sanggup balik tidur di bilikLihat Kaabah depan mata, sampai tidak sanggup balik tidur di bilik Peluang melihat Kaabah depan mata, membuatkan peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin tidak sanggup untuk balik tidur di bilik hotel kerana tidak mahu mempersiakan peluang beribadah sepanjang berada di Baitullah, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.Mereka yang terdiri daripada 65 peserta itu begitu teruja dapat menjejakkan kaki ke Makkah dan bersolat di Masjidil Haram.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Kaabah #ProgramUmrahPercuma #Kelantan #AndalusiaTravel...more4minPlay
January 04, 2025Isu pemilihan Pengerusi PH Sabah belum selesai, PKR tak setujuIsu pemilihan Pengerusi PH Sabah belum selesai, PKR tak setujuIsu pemilihan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah belum selesai sebaliknya masih menunggu kata putus daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Sazaly Donol berkata, jawatan tersebut adalah milik PKR dan sepatutnya ia diputuskan oleh Anwar.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705298/berita/politik/isu-pemilihan-pengerusi-ph-sabah-belum-selesai-pkr-tak-setujuMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #PH #Politik #PKRSabah...more3minPlay
January 03, 2025Pimpinan MPN Sabah kunci mulut pertemuan dengan KM Sabah, hanya minum tehPimpinan MPN Sabah kunci mulut pertemuan dengan KM Sabah, hanya minum tehKepimpinan tertinggi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah masing-masing 'mengunci mulut' mengenai perincian pertemuan mereka dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang berlangsung di kediaman Sri Gaya, Kota Kinabalu pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, pertemuan itu hanya melibatkan perbincangan biasa antara pimpinan MPN Sabah bersama Ketua Menteri.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/705286/berita/politik/pimpinan-mpn-sabah-kunci-mulut-pertemuan-dengan-km-sabahMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #MPN #KMSabah...more2minPlay
January 03, 2025Perlu halang Fahmi Reza masuk SabahPerlu halang Fahmi Reza masuk SabahPereka grafik dan juga aktivis, Fahmi Reza harus dihalang daripada memasuki Sabah susulan tindakan beliau yang didakwa menghasut menerusi poster yang direkanya berkaitan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar mahu supaya kerajaan Sabah menghalang mana-mana individu yang cuba membuat kekacauan di negeri Sabah termasuk aktivis tersebut.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #FahmiReza...more2minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.