Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.
December 19, 2024Dua sahabat berdepan hukuman matiDua sahabat berdepan hukuman matiDua lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kluang, pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.Tertuduh, Wong Jian Xiong dan Kuan Yu En masing-masing berusia 26 tahun, mengaku faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/703007/berita/semasa/dua-sahabat-berdepan-hukuman-mati#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #edardadah...more2minPlay
December 19, 2024RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan disekatRM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan disekatTimbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan sepanjang tempoh antara Januari hingga September lalu.Jelas beliau, impak positif diperoleh hasil pelaksanaan lima langkah pencegahan utama oleh institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memastikan keselamatan pengguna perbankan dalam talian terjaga.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #KementerianKewangan #Scam #BNM...more3minPlay
December 19, 2024'Keputusan teruskan SPM buahkan hasil, kehadiran calon lebih 97 peratus''Keputusan teruskan SPM buahkan hasil, kehadiran calon lebih 97 peratus'Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan keputusan meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir pada 1 Disember lalu suatu perkara yang amat sukar.Bagaimanapun beliau berkata, keputusan itu membuahkan hasil apabila peratusan kehadiran calon SPM bagi ujian bertutur Bahasa Melayu untuk tiga negeri yang paling terjejas berada di paras kehadiran keseluruhan, iaitu 97.49 peratus.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/703004/berita/nasional/keputusan-teruskan-spm-buahkan-hasil-kehadiran-calon-lebih-97-peratus#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM #FadhlinaSidek #kehadiranpelajarSPM...more2minPlay
December 19, 2024Penganggur mengaku salah cabul wanita di tandas awamPenganggur mengaku salah cabul wanita di tandas awam"Saya masih mentah, mata kanan lebam kerana ditumbuk oleh wanita itu."Dia yang masuk bilik air saya, saya pula yang disalahkan," katanya Muhamad Sopor@ Nasir, 34 tahun, ketika merayu jumlah ikat jamin sebanyak RM10,000 dikenakan kepadanya dikurangkan di Mahkamah Sesyen Kluang pada Khamis,lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.Dia dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 24 tahun dengan tujuan mencabul kehormatannya.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702990/Penganggur-mengaku-salah-didakwa-cabul-wanita-di-tandas-awam#SinarHarian #BeritaSemasa #kescabul #mahkamah...more1minPlay
December 19, 2024PPZ-MAIWP institusi pertama sedia bayar zakat guna mata wang kriptoPPZ-MAIWP institusi pertama sedia bayar zakat guna mata wang kriptoPusat Pengutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) merupakan institusi zakat pertama menyediakan perkhidmatan bayaran zakat menggunakan mata wang kripto.Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, terdapat keperluan untuk membimbing umat Islam tentang tanggungjawab zakat berkait aset digital ini seiring dengan perkembangan teknologi blockchain dan penggunaan aset digital seperti mata wang kripto, token digital dan Non-Fungible Token (NFT).Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702958/edisi/selangor-kl/ppz-maiwp-institusi-pertama-sedia-bayar-zakat-guna-mata-wang-kripto#SinarHarian #BeritaSemasa #Zakat #MAIWP #kripto...more2minPlay
December 19, 2024Koperal direman kes minta rasuah RM80,000Koperal direman kes minta rasuah RM80,000Seorang anggota polis berpangkat koperal direman lima hari bermula Khamis sehingga 23 Disember ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan wang RM80,000.Perintah itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri di Mahkamah Majistret Jenayah 2 George Town pada pagi Khamis.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702969/berita/semasa/george-town---seorang-anggota-polis-berpangkat-koperal-direman-lima-hari-bermula-khamis-sehingga-23-disember-ini-bagi-membantu-siasatan-berhubung-kes-rasuah-melibatkan-wang-rm80000-perintah-itu-dikeluarkan-majistret-mohamad-azlan-basri-di-mahkamah-majistret-jenayah-2-pada-pagi-khamisMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #SPRM...more2minPlay
December 19, 2024Rumah Ngaji ingati mangsa nahas helikopter TLDMRumah Ngaji ingati mangsa nahas helikopter TLDMTragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, lapan bulan lalu terus diingati oleh warga setempat, termasuk Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.Sebagai memperingatinya, Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh dengan kerjasama Markas Udara TLDM telah mengadakan Majlis Bacaan Tahlil sempena Program MyQurantime yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji berkenaan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702904/khas/quranhour/rumah-ngaji-ingati-mangsa-nahas-helikopter-tldmMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #RumahNgaji #nahashelikopter...more3minPlay
December 19, 2024Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDNRosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDNIsteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah, 73, untuk membatalkan semua kes itu.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702967/berita/semasa/rosmah-bebas-12-kes-ubah-wang-haram-lebih-rm7-juta-lima-kes-lhdnMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #RosmahMansor #AMLA #LHDN...more2minPlay
December 19, 2024Buaya 'Klebang' seberat 400kg akhirnya ditangkapBuaya 'Klebang' seberat 400kg akhirnya ditangkapSeekor buaya tembaga yang menimbulkan kerisauan penduduk di Klebang sejak beberapa bulan lalu berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Sungai Malim, Pulau Gadong, Melaka, pada malam Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Ya’acob.Pengarahnya, Petra Sulai, memaklumkan bahawa pihaknya mengambil masa lebih dua jam untuk membawa naik reptilia jantan seberat 400 kilogram (kg) dan sepanjang 430 sentimeter (cm) itu ke darat.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702966/berita/semasa/buaya-klebang-seberat-400kg-akhirnya-ditangkapMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #BuayaTembaga #Melaka...more2minPlay
December 18, 2024'Rasa berat hati nak hantar mak balik''Rasa berat hati nak hantar mak balik'Perasaan berat hati untuk menghantar ibunya pulang ke rumah selepas selesai urusan dialisis menyelamatkan wanita itu daripada menjadi mangsa kebakaran rumah di Taman Pelangi, Sikamat Seremban, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.Kejadian pada petang Sabtu itu diceritakan kembali Muhammad Aizan Salehudin, 29 ketika mengenangkan keadaan ibunya, Saripah Leha Syd Hussin, 71 yang tidak mampu lagi bergerak kesan daripada penyakit yang dihadapinya.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702890/edisi/melaka-ns/rasa-berat-hati-nak-hantar-mak-balikMuzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #kebakaran ...more2minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.