Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.
December 18, 2024WCB selesai 136 kes, jumlah rampasan RM434 jutaWCB selesai 136 kes, jumlah rampasan RM434 jutaKetua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, sepanjang tahun 2024, Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB) telah berjaya menyelesaikan 136 kes, 370 tangkapan dan rampasan berjumlah RM434 juta menerusi Ops bersepadu Khazanah, Ops Tiris, Ops contraband dan Ops e-waste. Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan KPN Bulan Disember 2024 anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1#SinarHarian #BeritaSemasa #WCB #KPN...more2minPlay
December 18, 2024Gerakan tidak mungkin keluar PNGerakan tidak mungkin keluar PNParti Gerakan tidak akan meninggalkan koalisi Perikatan Nasional (PN), walaupun ada pertikaian atau perbezaan pandangan dengan dua rakan sekutunya, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Faizal Haika Mat Khazi.Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menegaskan dakwaan kononnya Gerakan akan keluar daripada PN hanyalah khabar angin dan tidak berasas sama sekali.Namun begitu, Dominic mengakui terdapat perbezaan pandangan antara beliau dan pemimpin PN lain, termasuk daripada Pas dan Bersatu namun ia adalah perkara biasa dalam mana-mana gabungan parti politik.Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/702770/berita/gerakan-tidak-mungkin-keluar-pnMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Gerakan #PerikatanNasional...more2minPlay
December 17, 2024Hujjan tarikan baharu Perkampungan Konservasi Gajah Tasik KenyirHujjan tarikan baharu Perkampungan Konservasi Gajah Tasik KenyirSeekor anak gajah berusia tiga bulan menjadi tarikan baharu di pusat perlindungan dan pemuliharaan, Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV) Hulu Terengganu.Dinamakan sebagai Hujjan, anak gajah betina seberat 69.6 kilogram (kg) ketika dilahirkan jam 12.15 tengah malam pada 26 September lalu, kini sudah mencecah lebih 70 kg.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702648/Hujjan-tarikan-baharu-Perkampungan-Konservasi-Gajah-Tasik-Kenyir#SinarHarian #BeritaSemasa #Hujjan #KECV #TasikKenyir #HuluTerengganu #KonservasiGajahTasikKenyir ...more4minPlay
December 17, 2024Buah tin cecah 120 gram sebiji di Pasir PutehBuah tin cecah 120 gram sebiji di Pasir PutehPercubaan seorang pengasas rumah kebajikan mengusahakan tanaman buah tin di Ladang Buah Tin Pantai Timur, Kampung Permatang Sungkai di Pasir Puteh berbaloi apabila ia mengeluarkan hasil seberat sehingga 120 gram sebiji, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.Pemilik AY Benefigs Farm, Datuk Nazry Mohamad Nor berkata, beliau sama sekali tidak menyangka 900 pokok tin yang diusahakan di atas tanah seluas 0.6 hektar itu mampu mengeluarkan hasil di luar jangkaan. Muzik: Bensound The Elevator Bossa NovaTonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1#SinarHarian #BeritaSemasa #buahtin #PasirPuteh...more4minPlay
December 17, 2024Air pasang besar: Peniaga, penduduk teruskan aktiviti harianAir pasang besar: Peniaga, penduduk teruskan aktiviti harianPeniaga dan orang ramai tetap meneruskan aktiviti harian termasuk berniaga ketika air pasang besar melanda beberapa kawasan di daerah ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Fenomena air pasang hingga setinggi 3.5 meter itu menyebabkan laluan masuk ke Pekan Kukup dinaiki air dan limpahan air terjadi di Taman Negara Johor Tanjung Piai pada pagi Selasa.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702652/Air-pasang-besar:-Peniaga,-penduduk-teruskan-aktiviti-harian#SinarHarian #BeritaSemasa #Airpasangbesar #Pontian...more2minPlay
December 17, 20246,547 permohonan program SejaTi Madani diluluskan - Dr Zaliha6,547 permohonan program SejaTi Madani diluluskan - Dr ZalihaSebanyak 6,547 daripada 8,923 permohonan yang diteliti dan dipertimbangkan di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) telah diluluskan membabitkan peruntukan sebanyak RM590 juta, setakat 12 Disember lalu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, bagi tempoh sama, secara keseluruhannya sebanyak 16,884 permohonan telah diterima bagi SejaTi Madani.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702656/berita/nasional/6547-permohonan-program-sejati-madani-diluluskan---dr-zaliha#SinarHarian #BeritaSemasa #SejaTiMadani #parlimen #DewanNegara ...more3minPlay
December 17, 2024Bakal pengantin dituduh langgar dua remaja hingga matiBakal pengantin dituduh langgar dua remaja hingga matiSeorang bakal pengantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka pada Selasa, atas pertuduhan memandu kereta menyebabkan kemalangan dan kematian dua remaja pada Disember tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.Tertuduh, S Vinudharan, 26, yang juga merupakan pemandu lori didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 1999).Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702630/berita/semasa/bakal-pengantin-dituduh-langgar-dua-remaja-hingga-mati#SinarHarian #BeritaSemasa #langgarduaremaja #mahkamah #melaka...more2minPlay
December 17, 2024Pulau Batu Puteh: Tiga menteri Kabinet berbohong, kata Tun MPulau Batu Puteh: Tiga menteri Kabinet berbohong, kata Tun MTun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tiga menteri Kabinetnya berbohong mengenai keputusan untuk menarik balik permohonan semakan dan tafsiran Pulau Batu Puteh, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.Ujar bekas Perdana Menteri itu, beliau berasa malu mempunyai menteri Kabinet seperti mereka.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702614/berita/nasional/pulau-batu-puteh-tiga-menteri-kabinet-berbohong-kata-tun-m#SinarHarian #BeritaSemasa #isupulaubatuputeh #TunM...more3minPlay
December 16, 2024Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksualPembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksualSeorang pembantu stor mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun pada 30 Oktober 2024 lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.Muaz Saifullah, 33, membuat pengakuan itu di hadapan hakim, Siti Noraida Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/702470/berita/semasa/pembantu-stor-mengaku-tidak-bersalah-lakukan-amang-seksualMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PembantuStor #AmangSeksual...more1minPlay
December 16, 2024Tak pelik kalau Tengku Zafrul lompat parti - A KadirTak pelik kalau Tengku Zafrul lompat parti - A KadirTokoh wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin tidak hairan dengan ura-ura mengenai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan lompat parti, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Aisyah Mohamad.A Kadir berkata, ia berikutan senarai jawatan sebelum ini menunjukkan Tengku Zafrul sememangnya kerap lompat dari jawatan ke jawatan ketika dalam dunia korporat.Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/702467/berita/politik/tak-pelik-kalau-tengku-zafrul-lompat-parti---a-kadirMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #AKadir #TengkuZafrul #Lompatparti...more2minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.