Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,857 episodes available.
November 12, 2024Kes edar dadah Yusoff Rawther dipindah ke Mahkamah TinggiKes edar dadah Yusoff Rawther dipindah ke Mahkamah TinggiMahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Selasa, membenarkan kes mengedar dadah jenis kanabis, membabitkan bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian Noor Azlida Alimin.Majistret, S Arunjothy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham untuk memindahkan dan membicarakan kes berkenaan di mahkamah tersebut.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696109/berita/semasa/kes-edar-dadah-yusoff-rawther-dipindah-ke-mahkamah-tinggiMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #YusoffRawther ...more3minPlay
November 12, 2024Tipu pelaburan emas: 69 laporan babit kerugian RM48.5 jutaTipu pelaburan emas: 69 laporan babit kerugian RM48.5 jutaPolis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan Siti Hajartul Haini Abd Hamid bersama empat individu lain yang dipercayai terlibat dalam penipuan jualan emas membabitkan kerugian jutaan ringgit, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua yang ditahan mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan pelaburan emas 'Pa Jewellery' dan 'Paddy Jewellery'Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/692706/berita/semasa/tipu-pelaburan-emas-69-laporan-babit-kerugian-rm485-juta#SinarHarian #BeritaSemasa #tipupelaburanemas #mahkamah ...more2minPlay
November 12, 2024Agong titah Kementerian Pertahanan pandang serius ke buliAgong titah Kementerian Pertahanan pandang serius ke buliYang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Kementerian Pertahanan memberi perhatian serius terhadap kes buli yang telah beberapa kali dilaporkan berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).Memandang serius kes buli terbaharu yang mengakibatkan seorang penuntut mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang, Seri Paduka Baginda bertitah, budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696089/berita/nasional/agong-ambil-berat-kes-buli-titah-kementerian-pertahanan-beri-perhatian-seriusMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Agong #Buli #UPNM ...more2minPlay
November 12, 2024ECRL: Pampasan untuk orang kampung rugi serangan hidupan liarECRL: Pampasan untuk orang kampung rugi serangan hidupan liarKerajaan memperkenalkan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) pada tahun 2024 bagi individu yang terkesan, impak daripada Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bantuan dalam bentuk kewangan secara sekali beri itu adalah bagi kumpulan sasar termasuk penduduk kampung yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696108/berita/nasional/ecrl-pampasan-untuk-orang-kampung-rugi-akibat-serangan-hidupan-liarMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #ECRL...more4minPlay
November 12, 2024Penyasaran subsidi RON95: Stesen minyak akan mempunyai harga dua peringkatPenyasaran subsidi RON95: Stesen minyak akan mempunyai harga dua peringkatMenteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, apabila penyasaran subsidi RON 95 dilaksanakan pada pertengahan tahun 2025, semua stesen minyak akan mempunyai harga dua peringkat atau 'two tier pricing'.Jelasnya, harga dua peringkat itu adalah harga bersubsidi kekal diparas ditentukan kerajaan untuk 85 peratus rakyat dan harga yang diapungkan bagi 15 peratus isi rumah tertinggi di negara ini.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #subsidiminyak #RON95 #RafiziRamli...more4minPlay
November 12, 202440 peratus golongan B60 tiada pendaftaran kenderaan dengan JPJ40 peratus golongan B60 tiada pendaftaran kenderaan dengan JPJKerajaan melihat kaedah mengenakan levi mengikut pemilikan kenderaan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi RON95, berisiko menyebabkan keciciran lebih besar dalam kalangan golongan sasar yang boleh dibantu.Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata ini kerana berdasarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kira-kira 40 peratus daripada keluarga sasar iaitu B60, tidak mempunyai pendaftaran pemilikan kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat mengenai kaedah mengenakan levi mengikut pemilikan kenderaan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi RON95.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #B60 #RafiziRamli...more3minPlay
November 11, 2024Tak akan berpatah balik, UPSR, PT3 tidak lagi relevan - FadhlinaTak akan berpatah balik, UPSR, PT3 tidak lagi relevan - FadhlinaMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kementerian tidak akan berpatah balik dalam keputusan berkaitan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dibuat masing-masing pada 2021 serta 2022 kerana peperiksaan itu disifatkan tidak lagi relevan.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #UPSR #PT3 ...more3minPlay
November 11, 2024Usah bangkit isu UEC secara bermusim demi raih sokonganUsah bangkit isu UEC secara bermusim demi raih sokonganMenteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak dipolitikkan untuk meraih sokongan politik.Beliau mengesyorkan supaya kajian menyeluruh dibuat berkenaan UEC dan sijil-sijil lain yang menjadi halangan pelajar memasuki institusi pengajian tinggi. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #UEC #IPT...more2minPlay
November 11, 2024PRN Sabah: Parti Impian Sabah boleh jadi parti dominanPRN Sabah: Parti Impian Sabah boleh jadi parti dominanParti Impian Sabah (PIS) yakin parti itu boleh menjadi sebuah parti yang dominan memerintah Sabah jika berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN) nanti, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Presidennya, Michel Alok berkata, parti itu akan bergerak solo sekali gus meletakkan calon di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam pilihan raya tersebut.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695922/berita/politik/prn-sabah-parti-impian-sabah-boleh-jadi-parti-dominanMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PIS #Sabah #PRNSabah #politik ...more3minPlay
November 11, 2024Pelajar UPNM retak tulang dipijak senior: 9 individu dirakam keteranganPelajar UPNM retak tulang dipijak senior: 9 individu dirakam keteranganSembilan individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur yang mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang dipercayai dipijak penuntut senior.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis dijangka akan merakam keterangan suspek pada petang Isnin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/695855/berita/semasa/pelajar-upnm-retak-tulang-dipijak-senior-9-individu-dirakam-keterangan#google_vignetteMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #UPNM...more2minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,857 episodes available.