Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,857 episodes available.
November 11, 2024Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga PengampunanTakiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga PengampunanAhli Parlimen pembangkang menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ketika bangkit dengan peraturan 36 (12) menjelaskan, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang membuat kenyataan tidak berfakta dan mengelirukan kerana menyatakan menteri bertanggungjawab dalam sekretariat Lembaga Pengampunan membabitkan kes Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Wilayah.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695907/berita/nasional/takiyuddin-tuntut-azalina-perjelas-berkaitan-lembaga-pengampunanMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #TakiyuddinHassan #AzalinaOthman ...more5minPlay
November 11, 2024PRN Sabah: Proses rundingan kerusi PKR, PH di peringkat akhirPRN Sabah: Proses rundingan kerusi PKR, PH di peringkat akhirPakatan Harapan (PH) Sabah kini dalam proses terakhir untuk memilih kawasan yang sesuai untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Peto Galim berharap perbincangan kedua kali itu adalah yang terakhir untuk mereka memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi dalam PRN tersebut.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695863/berita/politik/prn-sabah-proses-rundingan-kerusi-pkr-ph-di-peringkat-akhirMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #PH ...more2minPlay
November 11, 2024PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRSPRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRSPengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, walaupun kemungkinan untuk BN, Pakatan Harapan (PH) Sabah serta GRS berkerjasama bersama namun beliau berpendirian untuk menolak kerjasama itu.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695890/berita/politik/prn-sabah-bung-moktar-tegas-tolak-kerjasama-dengan-grsMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #BarisanNasional #BungMoktar...more2minPlay
November 11, 2024Isu tunda penerbangan: MAVCOM sedang rangka kaedah, tindakan sesuaiIsu tunda penerbangan: MAVCOM sedang rangka kaedah, tindakan sesuaiAhli Parlimen Jelutong, RSN Rayer bangkitkan isu penerbangan ditunda, tanya sama ada tempoh masa ditetapkan supaya wang perlu dikembalikan secara automotik kepada penumpang.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #RSNRayer #IsuPenerbangan...more3minPlay
November 11, 2024Kontrak 1BestariNet tamat pada 2019, tetapi menara masih beroperasiKontrak 1BestariNet tamat pada 2019, tetapi menara masih beroperasiTimbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, isu projek 1BestariNet yang timbul sejak 2011 melibatkan pelbagai kelemahan, termasuk kadar sewaan tapak yang tidak dimuktamadkan, dan memaklumkan bahawa kontrak 1BestariNet tamat pada 2019, namun menara masih beroperasi.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #1BestariNet...more2minPlay
November 11, 2024PRN Sabah: Kerjasama PKR tidak diputuskan selagi DUN belum bubarPRN Sabah: Kerjasama PKR tidak diputuskan selagi DUN belum bubarParti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menegaskan selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah belum dibubarkan maka kerjasama dengan mana-mana parti belum dimuktamadkan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud bagaimanapun mengulangi pendirian parti bahawa mereka secara prinsipnya bersetuju untuk mengadakan ruang perbincangan berdasarkan komponen parti masing-masing susulan pertemuan secara tidak rasmi dengan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695803/berita/politik/prn-sabah-kerjasama-pkr-tidak-diputuskan-selagi-dun-belum-bubarMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #PartiKeadilanRakyat...more3minPlay
November 11, 2024PRN Sabah: BN nafi Sabah dijadikan tikus makmalPRN Sabah: BN nafi Sabah dijadikan tikus makmalBarisan Nasional (BN) Sabah menafikan negeri ini dijadikan 'tikus ujian makmal' bagi menguji kerjasama parti itu dan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, dakwaan itu timbul disebabkan ketidakfahaman mengenai maksud sebenar istilah 'makmal' dalam konteks kerjasama BN-PH di Sabah.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695859/berita/politik/prn-sabah-bn-nafi-sabah-dijadikan-tikus-makmalMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #BarisanNasional #BungMoktar...more3minPlay
November 11, 2024Parti Impian Sabah umum 52 calon bertanding PRN SabahParti Impian Sabah umum 52 calon bertanding PRN SabahSeramai 52 daripada 73 calon Parti Impian Sabah mengumumkan yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Presidennya, Michel Alok berkata, setakat ini hampir keseluruhan calon disahkan akan bertanding manakala selebihnya akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung tahun ini.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695849/berita/politik/parti-impian-sabah-umum-52-calon-bertanding-prn-sabahMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #PRN17 #Sabah #PartiImpianSabah...more3minPlay
November 10, 2024Hotel bajet jadi sarang pelacuran warga asing diserbuHotel bajet jadi sarang pelacuran warga asing diserbuBusuk, kotor dan meloyakan itu gambaran keadaan bilik sebuah hotel bajet di Seri Petaling dipercayai dijadikan sarang pelacuran yang diserbu pada Sabtu.Kegiatan pelacuran yang menawarkan khidmat gadis warga asing itu dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu terbongkar dalam serbuan Ops Noda dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi dijalankan melibatkan empat premis hotel bajet dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di Cheras, Sri Petaling, Jalan Ipoh, dan Danau Kota.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695727/berita/semasa/hotel-bajet-jadi-sarang-pelacuran-warga-asing-diserbu#SinarHarian #BeritaSemasa #hotelbajet #sarangpelacuran #PDRM...more2minPlay
November 10, 2024PRN Sabah: Hajiji anggap pertemuan BN-PH Sabah positifPRN Sabah: Hajiji anggap pertemuan BN-PH Sabah positifPresiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor melihat pertemuan tidak rasmi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah baru-baru ini satu perkara yang positif, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya menganggap perjumpaan tersebut adalah urusan kedua-dua parti berkenaan.Beliau yang juga Pengerusi GRS mengulangi pendirian bahawa pihaknya tidak menolak mana-mana ruang kerjasama dengan parti lain.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #HajijiNoor #pilihanraya...more1minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,857 episodes available.