
Sign up to save your podcasts
Or


Pelajar kolej didakwa bunuh bayi berdepan hukuman mati, teman lelaki dibebaskan
Seorang pelajar perempuan sebuah kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan pada minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Nurshazwen Mohd Idris, 19, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791094/berita/semasa/pelajar-kolej-didakwa-bunuh-bayi-berdepan-hukuman-mati-teman-lelaki-dibebaskan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #buangbayi
"Janganlah kita membuat kenyataan tanpa perundingan. Sabar dulu, sabar. Bila pilihan raya? Mungkin Oktober atau November, sekarang baru Ogos. Jangan bergaduh awal-awal lagi. Yang mana boleh dirunding, kita runding."
Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika diminta mengulas reaksi beberapa pemimpin susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di Melaka akan dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791033/berita/politik/prn-melaka-baru-ogos-jangan-bergaduh-awal-runding-dulu---ahmad-maslan
Muzik: Bensound dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #AhmadMaslan
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Asroy Razali, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790980/berita/semasa/penganggur-tidak-mengaku-amang-seksual-fizikal-remaja-perempuan-di-hotel
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah
Kesemua 21 kerusi yang dimenangi BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sebelum ini akan dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 tidak lama lagi.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selain menyifatkan momentum 'gelombang biru' yang bermula di Johor dan diteruskan di Negeri Sembilan dijangka terus mara ke Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790960/berita/politik/bn-pertahankan-21-kerusi-di-melaka---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #BN
Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji
Sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji Selasa depan akan diadakan secara berterusan tanpa waktu rehat berikutan minat tinggi Ahli Parlimen untuk mengambil bahagian.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, setakat ini dianggarkan antara 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan untuk membahaskan laporan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790866/berita/nasional/rci-tabung-haji-sidang-khas-berlangsung-tanpa-waktu-rehat-40-ahli-parlimen-berbahas---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangdewanrakyatkhas #RCITH #perhimpunanmingguan #FahmiFadzil
Kerajaan mengarahkan semua kelompangan (loopholes) dalam sistem keselamatan penerbangan negara dikenal pasti dan ditutup segera susulan insiden penahanan penolong juruterbang di Jakarta bagi mengelakkan kelemahan sedia ada terus dieksploitasi kegiatan jenayah.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri menerima taklimat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan mengenai insiden berkenaan dalam mesyuarat Kabinet.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790862/berita/nasional/juruterbang-malaysia-ditahan-kerajaan-arah-tutup-segera-kelompangan-di-lapangan-terbang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isujuruterbangditahan #FahmiFadzil
Seorang penyelia tapak projek didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas empat pertuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah hampir RM1.9 juta dalam urusan penjualan lot hartanah di Rembau, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Law Tuan Hai, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790835/berita/semasa/penyelia-tapak-didakwa-pindah-wang-haram-hampir-rm1-9-juta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #pindahwangharam
Ibu tunggal, jurujual berdepan 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu PERKESO
Seorang ibu tunggal berdepan 16 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu kerana mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu bagi tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tertuduh, Shareen Noordin David Noordin, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790829/berita/semasa/ibu-tunggal-jurujual-berdepan-16-pertuduhan-kemuka-tuntutan-palsu-perkeso
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #PERKESO #IbuTunggal
Sanusi hantar tiga lagi LOD
Tiga lagi individu termasuk Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menerima surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan memutar belit kenyataannya berkaitan isu sejarah yang tular baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Muhammad Sanusi berkata, selain Kor Ming, dua lagi individu terbabit ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Skudai, Marina Ibrahim dan individu dikenali sebagai Salim Abd Rahman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790763/berita/politik/sanusi-hantar-tiga-lagi-lod-kor-ming-antara-penerima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sanusihantartigalod #isudakwaanputarbelitfakta
From the publisher's feed