Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Penunggang motosikal guna tayar basikal, ekzos paip untuk berlumba dan menunjuk - JPJ

    Demi mengejar kepuasan berlumba dan menunjuk-nunjuk, ada penunggang yang sanggup berhabis sehingga RM25,000 untuk mengubah suai motosikal secara ekstrem.

    Kegiatan itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Op Ekstrem yang digerakkan selama dua hari di ibu negara bermula Sabtu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791616/berita/semasa/penunggang-motosikal-guna-tayar-basikal-ekzos-paip-untuk-berlumba-dan-menunjuk---jpj

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ

    2 min
  • Tanah pertanian jadi pusat sisa haram, lima tahun beroperasi tanpa lesen

    Premis barangan lusuh di Jalan Kempas Lama-Seelong, Johor Bahru didapati beroperasi secara haram di atas tanah yang sepatutnya digunakan bagi tujuan pertanian sejak lima tahun lalu.

    Lebih mengejutkan, kira-kira 300 ekor ayam turut ditemui di sebuah tapak yang dipercayai dijadikan lokasi pengumpulan sisa dan aktiviti pembakaran terbuka sehingga menimbulkan kerisauan 10,000 penduduk di empat kampung berdekatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791580/berita/semasa/tanah-pertanian-jadi-pusat-sisa-haram-lima-tahun-beroperasi-tanpa-lesen

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #premisbaranganlusuh

    3 min
  • 'Jangan pukul rata semua Melayu-Islam sakau duit rakyat' - Radzi Jidin tegur Mohd Sany

    Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menegur Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan supaya tidak 'pukul rata' orang Melayu-Islam dengan perbuatan individu yang melakukan kesalahan susulan kenyataannya bahawa salah laku atau penyelewengan seolah-olah tidak menjadi isu sekiranya dilakukan oleh orang Melayu-Islam.

    Mohd Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu berkata, sebarang kesalahan perlu dilihat berdasarkan perbuatan individu terbabit dan tidak wajar dikaitkan dengan keseluruhan masyarakat Melayu hanya kerana pelakunya berbangsa Melayu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791606/berita/politik/jangan-pukul-rata-semua-melayu-islam-sakau-duit-rakyat---radzi-jidin-tegur-mohd-sany

    #SinarHarian #BeritaSemasa #dewanrakyat

    2 min
  • RCI TH: Parlimen bukan 'one-man show' - Syed Saddiq

    RCI TH: Parlimen bukan 'one-man show' - Syed Saddiq

    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik tindakan sebahagian pemimpin blok pembangkang yang memboikot pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dengan keluar daripada Dewan Rakyat.

    Beliau berpandangan, tanggungjawab ahli Parlimen pembangkang dalam menjalankan fungsi semak dan imbang tidak seharusnya terhenti hanya disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menghadiri persidangan tersebut atas faktor kesihatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791587/berita/nasional/rci-th-parlimen-bukan-one-man-show---syed-saddiq

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #dewanrakyat #sidangdewanrakyat #Parlimen #RCITH #SyedSaddiqAbdulRahman

    3 min
  • Baung ekor merah gergasi 31kg tewas

    Saiz luar biasa seekor ikan asing invasif, iaitu baung ekor merah seberat 31 kilogram (kg), berjaya didaratkan di Sungai Karang, Hulu Selangor.

    Tangkapan itu direkodkan menerusi Program Mitigasi Ikan Baung Ekor Merah yang dilaksanakan Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Selangor dengan kerjasama MyKomuniti Perikanan Sungai Karang bermula Isnin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791564/berita/semasa/baung-ekor-merah-gergasi-31kg-tewas

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #ikanasing #JabatanPerikanan

    2 min
  • Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr Zulkifli

    Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan lima amaran sejak tahun 2014 kepada Pengerusi Tabung Haji (TH) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung masalah jurang antara aset dan tanggungan TH.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli berkata, amaran tersebut diberikan ekoran kebimbangan terhadap kesan amalan membayar agihan keuntungan tinggi yang menyebabkan rizab sedia rendah menjadi negatif.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791569/berita/nasional/lima-kali-bnm-beri-amaran-kepada-th-bimbang-kesan-bayaran-agihan-untung-tinggi---dr-zulkifli

    #SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #DewanRakyat #AsetTH

    3 min
  • 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri Agama

    Kerajaan menafikan dakwaan aset milik Lembaga Tabung Haji (TH) dijual kepada golongan bukan Islam atau pihak berkepentingan dari China kononnya sebagai sebahagian proses penstrukturan semula institusi tersebut.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, aset yang dipindahkan di bawah pelan pemulihan 2018 itu dijual kepada syarikat tujuan khas dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791565/berita/nasional/tiada-aset-th-dijual-kepada-golongan-bukan-islam-atau-china---menteri-agama

    #SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #DewanRakyat #AsetTH

    3 min
  • Guru Sejarah ‘tampar kapit’ pelajar diarah bayar ganti rugi lebih RM80,000

    Guru Sejarah ‘tampar kapit’ pelajar diarah bayar ganti rugi lebih RM80,000

    Seorang pesara guru subjek Sejarah di sebuah sekolah menengah di Kelantan diarahkan membayar ganti rugi keseluruhan RM88,069 kepada pelajarnya yang ditampar sebanyak empat kali ketika sesi pembelajaran dalam kelas, tujuh tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

    Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohd Rosli Yusoff pada Isnin selepas mahkamah membenarkan tuntutan saman sivil yang difailkan mangsa melalui ibunya terhadap guru berkenaan serta tiga defendan lain.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791447/berita/semasa/guru-sejarah-tampar-kapit-pelajar-diarah-bayar-ganti-rugi-lebih-rm80000

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #gurudiarahbayargantirugi

    3 min
  • Azmin gelar ADUN PH sebagai 'adinda, sahabat dan teman’

    Azmin gelar ADUN PH sebagai 'adinda, sahabat dan teman’

    Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencuri perhatian apabila menggelarkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sebagai 

    'sahabat' dan 'teman'.

    Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai 'adinda', selain Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim sebagai 'sahabat' dan ADUN Sentosa, Gunaraj R George sebagai 'teman'.

    Video: Ihsan Media Selangor

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791483/berita/politik/azmin-gelar-adun-ph-sebagai-adinda-sahabat-dan-teman


    #SinarHarian #BeritaSemasa #AzminAli

    4 min
  • BN sedia berunding, kali ini nikah biar berkadi dan bersaksi - Ab Rauf

    Barisan Nasional (BN) Melaka bersedia membuka ruang rundingan dengan mana-mana parti yang berhasrat bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bagaimanapun sebarang bentuk kerjasama itu perlu melalui rundingan secara rasmi dan bukan menerusi media sosial.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791443/berita/politik/bn-sedia-berunding-kali-ini-kahwin-biar-berkadi-dan-bersaksi---ab-rauf

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Parti #Politik #BN #AbRauf

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…