Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Sebar dakwaan palsu di Threads, pekerja mohon maaf fitnah Nasken Coffee

    Seorang pekerja tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Nasken Coffee atas fitnah mendakwa majikannya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Hantaran tersebut dimuat naik di Threads oleh lelaki berusia 23 tahun yang sudah bekerja selama tiga tahun di syarikat berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791681/berita/semasa/sebar-dakwaan-palsu-di-threads-pekerja-mohon-maaf-fitnah-nasken-coffee

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesfitnah #NaskenCoffee ##sebaranberitapalsu

    3 min
  • Kanak-kanak 10 tahun dikerah jaga kedai runcit di tapak pembinaan

    Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun memberi alasan terpaksa menguruskan sebuah kedai runcit di rumah kongsi dalam tapak pembinaan di Bukit Beruang Ayer Keroh, Melaka selepas ibunya pulang ke Indonesia sejak lima hari lalu.

    Tindakan itu bukan sahaja melanggar peraturan, malah boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak berkenaan apabila tinggal di kawasan tapak pembinaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791745/berita/semasa/kanak-kanak-10-tahun-dikerah-jaga-kedai-runcit-di-tapak-pembinaan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PATI

    2 min
  • Perbicaraan kes Chegubard ditetapkan 15 hingga 17 Februari tahun depan

    Mahkamah Sesyen Seremban menetapkan 15 hingga 17 Februari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan penuh kes aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin yang didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan Institusi Diraja Negeri Sembilan di akaun media sosial miliknya, Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Hakim, Tasnim Abu Bakar menetapkan tarikh berkenaan selepas Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan selepas memaklumkan serahan dokumen telah dibuat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791705/berita/semasa/kes-chegubard-buat-hantaran-hasutan-ditetapkan-15-hingga-17-februari-tahun-depan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesaktahasutan #chegubard #Seremban

    3 min
  • 'Ibu kutu' sebabkan kerugian RM1 juta dihantar ke penjara

    Seorang wanita dihantar ke Penjara Pokok Sena selepas Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu tidak membenarkan jaminan terhadapnya yang mengaku salah menganjurkan kumpulan wang kutu membabitkan 52 peserta tanpa kebenaran, apor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

    Tertuduh, Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, didakwa melanggar Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791719/berita/semasa/wanita-mengaku-salah-anjur-kutu-libatkan-52-peserta-kerugian-lebih-rm1-juta

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #keskumpulanwangkutu #ibukutudipenjara

    3 min
  • Guru prasekolah didakwa amang seksual murid lelaki dalam kelas

    Seorang guru lelaki prasekolah di Rembau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid lelakinya berusia lapan tahun, April lalu.

    Tertuduh, Muhamad Shazali T Sharipudin, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar selepas kertas pertuduhan dibacakan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791688/berita/semasa/guru-prasekolah-didakwa-amang-seksual-murid-lelaki-dalam-kelas

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #GuruPrasekolah #Mahkamah

    1 min
  • Lebih lima lokasi di Kukup diarah henti aktiviti tambak, buang sisa binaan

    Lebih lima lokasi di Kukup diarah henti aktiviti tambak, buang sisa binaan

    Lebih lima lokasi yang dikenal pasti menjalankan aktiviti penambakan dan pembuangan sisa binaan dipercayai dari Singapura di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, Pontian, Johor diarahkan menghentikan aktiviti serta-merta, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Md Israk Abdullah berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan di Pejabat Daerah Pontian susulan aduan berkaitan aktiviti penambakan sisa di lokasi berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791642/berita/semasa/lebih-lima-lokasi-di-kukup-diarah-henti-aktiviti-tambak-buang-sisa-binaan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Johor #SisaBinaan #Singapura

    2 min
  • Empat penghuni pusat jagaan Tanjung Rambutan didakwa bunuh penghuni lain

    Empat penghuni sebuah pusat jagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu kerana didakwa membunuh dan menyebabkan kematian seorang lagi penghuni di Tanjung Rambutan minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

    Tertuduh, Ahmad Faiz Mohd Rauhi, 35, Zaid Shaari, 50, Radzuan Suboh, 55, dan Abdul Halim Mohd Niza, 47, hanya mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791722/berita/semasa/empat-penghuni-pusat-jagaan-tanjung-rambutan-didakwa-bunuh-penghuni-lain

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Penghuni #TanjungRambutan

    3 min
  • Seleweng minyak peket bersubsidi, proses jadi minyak terpakai

    Minyak masak peket bersubsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat dikesan diseleweng dengan cara dicampur pewarna sebelum diproses menjadi minyak terpakai untuk dijual pada harga RM3.50 sepeket.

    Kegiatan itu terbongkar menerusi serbuan Ops Tiris 4.0 Bersepadu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang terhadap tiga premis berasingan pada malam Selasa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791731/edisi/utara/seleweng-minyak-peket-bersubsidi-proses-jadi-minyak-terpakai

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Selewengminyaksubsidi #Minyakpeket

    3 min
  • Nenek didakwa bunuh cucu tiri

    Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Rabu atas pertuduhan membunuh bayi perempuan berusia 16 bulan hujung bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.

    Tertuduh, Nurul Farhana Laili Shah, 39, faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791691/berita/semasa/nenek-didakwa-bunuh-cucu-tiri

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Nenek #CucuTiri

    3 min
  • Ahli Lembaga TH bukan 'pasu bunga', tak boleh lari tanggungjawab - Syahredzan

    Ahli Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar memegang jawatan, menerima elaun dan keistimewaan, sebaliknya mempunyai tanggungjawab fiduciari terhadap institusi pengurusan dana jemaah haji itu.

    Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berkata, justeru ahli lembaga yang berkhidmat pada penggal ketika TH mengalami kemerosotan sehingga mencapai titik paling rendah pada 2017, tidak sepatutnya mengelak daripada memikul tanggungjawab terhadap keadaan berkenaan.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #dewanrakyat #sidangdewanrakyat #Parlimen #RCITH

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…