
Sign up to save your podcasts
Or


Kekalahan dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini termasuk kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada PRN Negeri Sembilan tidak sepatutnya menjadi halangan untuk parti bergerak ke hadapan, tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Mengakui hampa dengan kekalahan bermula dari PRN Sabah hingga PRN Negeri Sembilan, Anthony bagaimanapun berkata, perwakilan dan aktivis parti perlu menjadikannya sebagai pedoman dan inspirasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792220/berita/politik/kalah-siri-prn-gagal-pertahan-dun-chennah-bukan-halangan-dap-bergerak-ke-depan---anthony
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP
Aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal di lebuh raya dilakukan hanya untuk keseronokan walaupun mengakui diselubungi perasaan takut setiap kali melakukan lagak berbahaya itu.
Bagaimanapun perbuatan samseng jalanan tersebut akhirnya menjerat diri selepas ditahan polis menerusi operasi bersepadu di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi pada Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792218/berita/semasa/takut-tapi-tetap-fly---remaja-16-tahun-antara-ditahan-lakukan-aksi-superman
#SinarHarian #BeritaSemasa #samsengjalanan
Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli berpandangan seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya ‘otai-otai’ lama kembali kepada perjuangan PKR mungkin tidak ditujukan kepada beliau dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Rafizi berkata, beliau menganggap dirinya masih muda dan tidak pasti sama ada Presiden PKR itu merujuk kepadanya serta Nik Nazmi ketika menyebut mengenai ‘otai-otai’ berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792204/berita/politik/seruan-anwar-kepada-otai-lama-bukan-kami-mungkin-tian-chua-dan-xavier---rafizi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #Rafizi #NikNazmi #Bersama
Keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melalui jalur politik berbeza di bawah Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan hubungan adik-beradik antara Dr Muhammad Solehin Saleh dengan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Dr Muhammad Solehin berkata, beliau dan Dr Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO itu sentiasa berhubung selain kerap berbincang mengenai perjalanan politik masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792198/berita/politik/haluan-politik-berbeza-hubungan-dengan-akmal-tetap-baik-ndash-solehin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersama #PRNMelaka
Rumah Ngaji Teluk Muroh terus mencipta kelainan membudayakan bacaan al-Quran apabila memilih pusat beli-belah AEON Seri Manjung di Manjung bagi menyemarakkan penganjuran Malaysia #QuranHour pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Bacaan Surah al-Muzammil yang dipilih bergema di lokasi tumpuan pengunjung pada hujung minggu itu dengan disertai kira-kira 70 peserta dari Rumah Ngaji berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792118/berita/nasional/al-muzammil-bergema-dalam-pusat-beli-belah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SurahAlMuzammil #QuranHour #RumahNgajiTelukMuroh
Tiga surah pilihan Malaysia #Quran Hour (MQH) 2026 akan datang iaitu al-Muzzammil, al-Balad dan al-Baqarah membawa mesej yang bertepatan dengan cabaran masyarakat kini khususnya dalam menangani keretakan hubungan keluarga, remaja yang terpinggir serta sikap kurang peduli terhadap golongan memerlukan, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Ahli Lembaga Pengarah Tadabbur Centre, Syaari Ab Rahman berkata, mesej ketiga-tiga surah berkenaan saling melengkapi dalam membentuk individu yang baik hubungannya dengan ALLAH sebelum diterjemahkan melalui hubungan sesama manusia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792144/khas/quranhour/tiga-surah-pilihan-malaysia-quran-hour-2026-penyelesaian-cabaran-masyarakat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Malaysia #QuranHour #Surah
'Selesai Tabung Haji, bongkar Felda' - Anwar
Kerajaan akan terus membongkar pelbagai kepincangan tadbir urus yang didakwa berlaku termasuk di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan secara profesional sebelum tindakan lanjut diambil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792140/berita/nasional/selesai-tabung-haji-bongkar-felda---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITabungHaji #Felda #AnwarIbrahim
Permohonan tukar Pengerusi MPN Negeri Sembilan akan dibincang - Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tiada masalah untuk membincangkan mengenai permohonan enam Ketua Cabang di Negeri Sembilan yang meminta supaya parti menilai semula kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri terbabit, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Beliau bagaimanapun memaklumkan bahawa masih belum menerima surat tersebut, tetapi sudah diberitahu mengenainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792116/berita/politik/permohonan-tukar-pengerusi-mpn-negeri-sembilan-akan-dibincang---anwar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parti #Politik #AnwarIbrahim #AminuddinHarun #MPN
'Ada gaduh ke?' - Anwar tepis dakwaan hubungan dengan Ahmad Zahid retak
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan hubungan beliau dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini berada pada fasa retak menanti belah, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Dakwaan itu timbul selepas kedua-dua gabungan berkenaan memilih untuk tidak menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Julai lalu dan PRN Negeri Sembilan pada Ogos lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792114/berita/politik/ada-gaduh-ke---anwar-tepis-dakwaan-hubungan-dengan-ahmad-zahid-retak#google_vignette
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parti #Politik #AnwarIbrahim #ZahidHamidi
Kerajaan akan mansuhkan AUKU - Anwar
Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), bagi memberi kebebasan dan ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan memorandum dan pandangan yang dikemukakan kepimpinan mahasiswa, yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap akta berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792099/berita/nasional/kerajaan-akan-mansuhkan-auku---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #AUKU #Mahasiswa #Universiti
From the publisher's feed