Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Ketua pegawai kewangan sebuah IPTS didakwa pecah amanah lebih RM6 juta

    Ketua Pegawai Kewangan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) didakwa di Mahkamah Sesyen Sereman pada Rabu atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM6.5 juta.

    Tertuduh, Noraini Aripin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin M Kunasundary selepas kertas pertuduhan dibacakan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792640/berita/semasa/ketua-pegawai-kewangan-sebuah-ipts-didakwa-pecah-amanah-lebih-rm6-juta

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PecahAmanah #Mahkamah

    2 min
  • Jangan tunggu anak kita jadi ‘zombi’

    Dulu kalau nampak anak muda terhuyung-hayang, mata kuyu dan percakapan tidak tentu hala, kita cepat menuduh, “Budak ini ambil dadah.” Sekarang? Belum tentu.

    Mungkin dia sedang pegang vape yang nampak begitu bergaya, siap ada lampu berkelip dan perisa buah-buahan. Cuma yang masuk ke paru-paru mungkin bukan sekadar nikotin. Inilah wajah baharu ancaman dadah yang perlu kita pandang serius.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792600/suara-sinar/jangan-tunggu-anak-kita-jadi-zombi

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #PiuPiu

    2 min
  • 'Dia sempat maklum selesai tugasan sebelum rebah, terkulai atas stereng'

    Seorang pemandu lori yang baharu selesai menjalankan tugasan membuang sampah di pusat pelupusan sisa pepejal sanitari Sungai Udang di Melaka meninggal dunia selepas rebah di dalam kenderaannya pada Selasa.

    Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, kejadian disedari pekerja lain selepas melihat mangsa dalam keadaan kesakitan seperti terkena sawan ketika berhenti di tepi jalan berhampiran lokasi pembuangan tersebut.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792574/berita/semasa/dia-sempat-maklum-selesai-tugasan-sebelum-rebah-terkulai-atas-stereng

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Maut #rebah

    2 min
  • Antara pelari maraton dan penunggang RXZ

    RXZ Members adalah program perhimpunan motosikal yang paling berjaya dalam negara kerana penganjurannya sudah masuk edisi yang kelapan dan berjaya kumpul ratusan ribu peserta setiap kali diadakan.

    Ia menjadi acara paling ditunggu pemilik dan peminat motosikal jenama Yamaha RXZ yang menjadi kegilaan bukan sahaja golongan berusia tetapi generasi muda.

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792449/suara-sinar/pojok/antara-pelari-maraton-dan-penunggang-rxz

    #SinarHarian #SinarTerkini #RXZMembers 

    2 min
  • 'Tiada halangan siasat RCI Tabung Haji di luar tempoh 2014-2020' – Anwar

    Siasatan dan tindakan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terikat bagi tahun 2014 hingga 2020 sahaja, sebaliknya melangkaui sebelum dan selepas tempoh ditetapkan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada halangan untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan melangkaui garis masa dalam laporan berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792507/berita/nasional/tiada-halangan-siasat-rci-tabung-haji-di-luar-tempoh-2014-2020-ndash-anwar

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #siasatan #RCITabungHaji #AnwarIbrahim

    1 min
  • Polis masih kesan pemilik bagasi merah jambu di ICQS Bukit Kayu Hitam

    Polis Kedah membuka Kertas Inkuiri Polis (KEP) bagi mengenal pasti pemilik bagasi merah jambu yang ditinggalkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, kira-kira dua minggu lalu.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan turut menjurus kepada tujuan bagasi itu ditinggalkan sama ada sengaja berbuat demikian atau sebaliknya.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792513/berita/semasa/polis-masih-kesan-pemilik-bagasi-merah-jambu-di-icqs-bukit-kayu-hitam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Bagasipink #ICQS #BukitKayuHitam

    2 min
  • Kerajaan terbuka kaji gabung SST, GST untuk sistem cukai lebih progresif

    Kerajaan terbuka untuk mengkaji keperluan menggabungkan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menambah baik sistem percukaian negara ke arah lebih progresif, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu mengambil kira kelebihan kedua-dua sistem berkenaan dan melakukan penyesuaian dengan keadaan semasa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792502/berita/nasional/kerajaan-terbuka-kaji-gabung-sst-gst-untuk-sistem-cukai-lebih-progresif

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SistemCukai #SST #GST #AnwarIbrahim #Rakyat

    1 min
  • Tiada istilah ‘tikam belakang', hanya strategi untuk menang - Ahmad Maslan

    UMNO menegaskan tindakan parti mengambil langkah strategik dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bukan bermaksud ‘tikam belakang’ mana-mana pihak sebaliknya usaha memastikan kemenangan parti khususnya di negeri yang tidak mempunyai perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, tiada perjanjian antara UMNO dan PH di peringkat negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sekali gus membolehkan pucuk pimpinan menentukan strategi terbaik bagi memaksimumkan kemenangan parti.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792492/berita/politik/tiada-istilah-tikam-belakang-hanya-strategi-untuk-menang---ahmad-maslan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PH #AhmadMaslan #Politik

    2 min
  • Pemandu lori tangki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian dua beranak

    Seorang pemandu lori tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh pada Selasa atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beranak, Jumaat lalu.

    Norazlan Mahayuddin, 37 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan pada prosiding tersebut.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792472/berita/semasa/pemandu-lori-tangki-mengaku-tidak-bersalah-sebabkan-kematian-dua-beranak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kemalangan

    2 min
  • HKHM 2026: JaPen serah kit Jalur Gemilang, galak semangat patriotisme

    Penyerahan kit Jalur Gemilang kepada kementerian dan jabatan termasuk lapan agensi media menerusi kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang antara usaha Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dalam menyemarakkan lagi semangat patriotisme sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

    Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JaPen, Wan Saidatul Shafina Mohd Amin berkata, sambutan hari kebangsaan tahun ini dijangka lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya disebabkan pengisian program sisipan HKHM 2026 cukup menarik perhatian orang awam.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792419/berita/nasional/hkhm-2026-japen-serah-kit-jalur-gemilang-galak-semangat-patriotisme

    Muzik: Bensound dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #JalurGemilang #HariKebangsaan #JaPen

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…