Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Cadangan projek tapak pelancar roket Pahang sedang diperhalusi kerajaan Persekutuan

    Cadangan projek tapak pelancar roket Pahang sedang diperhalusi kerajaan Persekutuan

    Cadangan menjadikan Pahang sebagai lokasi tapak pelancar roket pertama di Malaysia dan Asia Tenggara sedang diperhalusi kerajaan Persekutuan dari sudut keselamatan, model perniagaan dan risiko projek itu sendiri.

    Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, penelitian menyeluruh itu penting bagi memastikan projek baharu berkenaan dapat dilaksanakan dengan mengambil kira semua aspek keselamatan dan operasi.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792997/berita/nasional/cadangan-projek-tapak-pelancar-roket-pahang-sedang-diperhalusi-kerajaan-persekutuan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #beritasemasa #Townhall #Pahang #MohamadNizar

    3 min
  • 'Pekerja asing ditangkap, lampu pasar borong tiba-tiba terpadam'

    Kompleks Pasar Besar Meru di Klang yang awalnya terang dan beroperasi seperti biasa bertukar gelap selepas beberapa minit tangkapan pekerja asing dilaksanakan pihak berkuasa pada Sabtu.

    Insiden terbabit terus mencetuskan spekulasi adakah berlaku sabotaj ketika operasi penguatkuasaan yang digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793030/berita/semasa/pekerja-asing-ditangkap-lampu-pasar-borong-tiba-tiba-terpadam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PATI #Imigresen #PasarBorongKlang

    2 min
  • Lari ke lombong, menyorok bawah katil elak dicekup imigresen

    Cubaan puluhan pendatang asing tanpa izin (PATI) meloloskan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertukar menjadi drama apabila sebahagian daripada mereka nekad melarikan diri ke kawasan lombong berhampiran rumah kongsi di tapak pembinaan kondominium di USJ 23, Subang Jaya, awal pagi Sabtu.

    Serbuan kira-kira jam 1.55 pagi itu digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor serta Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793024/berita/semasa/cubaan-pendatang-asing-tanpa-izin-loloskan-diri-dari-serbuan-di-subang-jaya

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PATI #Imigresen

    3 min
  • MB tak simpan duit, semua bagi rakyat

    Hasil kutipan melebihi RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut dimanfaatkan sebaik mungkin demi manfaat rakyat Pahang, kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Dato' Mohamad Nizar Dato' Sri Mohamad Najib.

    Jelas beliau, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail tidak suka menyimpan hasil tersebut sebaliknya akan menggunakannya untuk kepentingan rakyat.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Townhallrakyat #NizarNajib #MBPahang

    2 min
  • Pahang sasar ekonomi RM100 bilion, tumpu lima sektor bernilai tinggi

    Pahang sasar ekonomi RM100 bilion, tumpu lima sektor bernilai tinggi

    Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025-2030 (PET30) yang bakal dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang tidak lama lagi menyasarkan pencapaian ekonomi RM100 bilion menjelang 2030. 

    Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, ketika ini ekonomi kerajaan negeri berada pada paras RM71 bilion, berdasarkan ukuran terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Townhallrakyat #NizarNajib #sasarekonomiRM100bilion

    2 min
  • Kerajaan Pahang salur subsidi perumahan rakyat RM2.7 bilion

    Kerajaan Pahang memperuntukkan subsidi berjumlah RM2.7 bilion bagi membantu rakyat memiliki kediaman menerusi pelbagai skim perumahan negeri, termasuk Rumah Makmur, lapor wartawan Sinar Harian, Raiham Mohd Sanusi.

    Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, sebanyak kira-kira 29,000 unit rumah menerusi pelbagai skim telah dibangunkan di negeri itu sejak pelaksanaannya sehingga kini.

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Townhallrakyat #NizarNajib #subsidiperumahanrakyat

    3 min
  • Jalur Gemilang Terbalik: Polis Johor tahan 5 individu, tiga kertas siasatan dibuka

    #ICYMI Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung tiga kes pemasangan bendera terbalik yang tular di media sosial, dengan lima individu sudah ditahan setakat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, tiga kes berkenaan membabitkan lokasi di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Iskandar Puteri dan Johor Bahru Selatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792771/berita/semasa/tiga-kertas-siasatan-kes-jalur-gemilang-terbalik-dibuka-polis-johor

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesbenderaterbalik #PDRM

    2 min
  • Mahkamah benarkan pendakwaan kes ADUN Pantai Jerejak rujuk AGC

    Mahkamah membenarkan pihak pendakwaan bagi kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol yang berdepan pertuduhan mencederakan isterinya pada Februari lalu untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

    Keputusan itu dibuat Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret Balik Pulau pada Khamis.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792798/berita/semasa/mahkamah-benarkan-pendakwaan-kes-adun-pantai-jerejak-rujuk-agc

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AGC #kesjenayah

    2 min
  • Kes Rocky: Tiada perkataan 'membunuh' dalam pertuduhan, netizen dituntut memohon maaf — Peguam

    Kes Rocky: Tiada perkataan 'membunuh' dalam pertuduhan, netizen dituntut memohon maaf — Peguam

    Peguam mewakili pemuda dalam insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar baru-baru ini menegaskan bahawa tiada sebarang unsur pembunuhan atau penyeksaan kejam seperti yang didakwa dan ditularkan di media social, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

    Peguam terbabit, Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, berkata, pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen pada Khamis secara jelas hanya menyatakan anak guamnya dituduh secara tidak munasabah menjerut seekor anjing jantan menggunakan peralatan gelung tali sehingga menyebabkan kesakitan.

    Beliau memohon agar pihak media serta netizen tidak mempesongkan fakta kes atau mereka-reka cerita yang tidak wujud dalam kertas pertuduhan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792776/berita/semasa/kes-rocky-tiada-perkataan-membunuh-dalam-pertuduhan-netizen-dituntut-mohon-maaf---peguam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesrocky #mahkamah #keskematiananjing

    4 min
  • MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran

    MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran

    Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

    Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #beritasemasa #MQH2026 #MAIK #Quranhour2026 #bingkasmenujuMalaysiaSejahtera

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…