
Sign up to save your podcasts
Or


Seorang juruelektrik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan membenarkan tumbuhan jenis pokok kanabis (ganja) seberat 253.4 gram ditanam di sebuah bilik di rumahnya, tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifulllah Ahmad.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Aszizi Ayub, 39.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793687/berita/semasa/juruelektrik-bebas-tuduhan-tanam-pokok-ganja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesdadah #juruelektriklepasbebas
Dua mekanik termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) lembam didakwa di Mahkamah Majistret Kulai kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah minggu lalu, laport wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.
Tertuduh, Mohamad Riduan Abd Ghani, 26, dan Muhamad Aiman Izzuddin Sukri, 25, didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793688/berita/semasa/dua-mekanik-termasuk-oku-lembam-didakwa-berlumba-haram
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #keslumbaharam
Polis menahan enam individu tempatan termasuk wanita yang disyaki mendaftar menggunakan dokumen pengenalan diri individu lain semasa melahirkan bayi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani pada Jumaat.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, wanita berusia 24 tahun itu ditahan sejurus melahirkan bayi lelaki di hospital terbabit bersama tiga wanita dan dua lelaki lain berusia antara 27 hingga 50 tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793574/berita/semasa/ibu-bersalin-antara-6-ditahan-disyaki-terlibat-kes-pemerdagangan-bayi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JualBayi
Pendakwah yang juga pempengaruh agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas 34 pertuduhan pertuduhan pecah amanah wang milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM15.4 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Abdullah Abdol Razak, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin M Kunasundary selepas kesemua kertas pertuduhan dibacakan yang mengambil masa lebih satu jam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793538/berita/semasa/pempengaruh-agama-tak-mengaku-seleweng-duit-ngo-lebih-rm15-juta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #UstazLah #Pempengaruh #Seleweng #NGO
Lelaki yang ditemui mati di ladang kelapa sawit dekat Sungai Division, Sungai Petani pada Ahad dikesan mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala disyaki berpunca dari objek tumpul.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Isnin membolehkan polis mengklasifikasikan kes sebagai kejadian bunuh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793584/berita/semasa/bedah-siasat-kesan-lelaki-maut-akibat-parah-terkena-objek-tumpul
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM
Seorang peniaga kenderaan terpakai didakwa di Mahkamah Sesyen Kluang pada Rabu atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran sah, awal bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
How Han Wei, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793534/berita/semasa/peniaga-kenderaan-terpakai-didakwa-miliki-pistol-tanpa-kebenaran
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kluang #Peniaga #KenderaanTerpakai
Jerebu kini kembali melanda beberapa kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Ia perlu diberi perhatian serius kerana kesannya bukan sahaja terhadap persekitaran, malah kesihatan semua pihak.
Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 2 petang semalam dengan Selangor mencatatkan jumlah terjejas tertinggi iaitu enam kawasan.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793494/suara-sinar/analisis-sinar/jerebu-kembali-kesihatan-perlu-diberi-perhatian
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #jerebu #kesihatan #AnalisisSinar
Tidak dinafikan, Selatan Thailand khususnya Hat Yai dan Danok sudah begitu sinonim dengan rakyat Malaysia.
Jarak yang dekat, kos perjalanan yang relatif murah dan akses mudah melalui jalan darat menjadikan kawasan berkenaan pilihan popular untuk percutian singkat, terutama ketika hujung minggu, cuti sekolah dan musim perayaan.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793375/suara-sinar/analisis-sinar/boikot-atau-akur-peraturan-tuan-rumah
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #peraturan #tuanrumah #AnalisisSinar
Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut
Teman Merak Jalanan dengan bangga menunjukkan bekal yang disediakan oleh orang rumahnya. Setiap hari, dia menikmati bekal itu dengan penuh selera dan rasa syukur kerana isterinya tidak pernah merungut walaupun terpaksa bangun sebelum subuh kerana perlu siapkan anak-anak sebelum bergegas ke tempat kerja.
Dalam hati, Merak Jalanan memuji pengorbanan isterinya yang tetap meluangkan masa memasak.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793384/suara-sinar/pojok/minta-bekal-cekodok-terus-dicop-tak-layak-kahwin
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #kisahbekalcekodok #MerakJalanan
From the publisher's feed