Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Remaja maut nahas diklasifikasi kes bunuh, pertelingkahan dua kumpulan kongsi gelap disiasat

    Kes kemalangan maut membabitkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Lingkaran Bulatan Persiaran Indahpura 4, Kulai, pada Selasa lalu kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, keputusan itu dibuat susulan keterangan diperoleh polis melalui soal siasat terhadap suspek yang ditahan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793880/berita/semasa/remaja-maut-nahas-diklasifikasi-kes-bunuh-pertelingkahan-dua-kumpulan-kongsi-gelap-disiasat

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Polis #KongsiGelap #Kulai

    2 min
  • MAHA 2026: Teknologi pertanian, pameran produk curi perhatian pengunjung

    Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, pameran berprestij negara kini kembali menggamatkan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.

    Bertemakan ‘Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan’, pameran pertanian terbesar negara itu bukan sahaja mengetengahkan hasil pertanian dan produk industri kecil dan sederhana (IKS), malah membawa pengunjung melihat sendiri perkembangan teknologi serta inovasi dalam sektor agro.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793900/berita/nasional/maha-2026-teknologi-pertanian-pameran-produk-curi-perhatian-pengunjung

    Muzik: Special Day dari www.soundstripe.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MAHA2026 #Pertanian #Produk #Teknologi

    3 min
  • Surat Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, AGC

    Surat Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, AGC

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti surat yang diutuskan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berhubung dakwaan mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

    Anwar berkata, beliau akan merujuk kandungan surat berkenaan kepada pihak berkaitan bagi memastikan siasatan dan proses pendakwaan berjalan mengikut bidang kuasa masing-masing.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793895/berita/nasional/surat-saravanan-anwar-serah-kepada-sprm-agc

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Saravanan #AnwarIbrahim #SPRM

    2 min
  • 'Jangan guna taktik seperti ini jatuhkan ahli politik' - Saravanan

    "Jangan gunakan taktik seperti ini untuk menjatuhkan seorang ahli politik, saya pun ada keluarga dan saya langsung tidak berasa malu.”

    Demikian kenyataan tegas bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkaitan pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793874/berita/semasa/jangan-guna-taktik-seperti-ini-jatuhkan-ahli-politik---saravanan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Saravanan #Mahkamah

    2 min
  • Malaysia #QuranHour 2026 himpun 500 peserta Rumah Ngaji Perak

    Malaysia #QuranHour 2026 himpun 500 peserta Rumah Ngaji Perak

    Program Malaysia #QuranHour peringkat negeri Perak yang berlangsung di Masjid Al Hidayah, RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat pada Khamis berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta daripada seluruh jaringan Rumah Ngaji di negeri ini.

    Program anjuran bersama Rumah Ngaji Perak dan Rumah Ngaji Masjid Al Hidayah itu menampilkan pengisian tadabbur al-Quran yang disampaikan Pensyarah Kanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Mohd Shafiq Sahimi.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793725/khas/quranhour/malaysia-quranhour-2026-himpun-500-peserta-rumah-ngaji-perak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MalaysiaQuranHour2026 #RumahNgajiPerak

    2 min
  • Dua keluarga berjiran gaduh gempar, saling memukul dihadapkan ke mahkamah

    Dua keluarga berjiran gaduh gempar, saling memukul dihadapkan ke mahkamah

    Pergaduhan antara dua keluarga berjiran dipercayai berpunca daripada isu sampah membawa padah selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Khamis atas pertuduhan gaduh gempar, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Tiga beranak iaitu W Norizan W Husain, 50, bersama anaknya, Nurathirah Natashha Kamarul Zaman, 28, dan Muhammad Alif Najmi Kamarul Zaman, 21, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793729/berita/semasa/dua-keluarga-berjiran-gaduh-gempar-saling-memukul-dihadapkan-ke-mahkamah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesgadugempar

    2 min
  • 'Macam mana kita nak pulangkan duit yang sudah diberikan kepada rakyat?'- ADUN PH

    'Macam mana kita nak pulangkan duit yang sudah diberikan kepada rakyat?'- ADUN PH

    Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan memohon kerajaan negeri mempertimbangkan semula arahan pemulangan peruntukan yang diterima bagi tempoh Julai hingga September susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 5 Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Wakil ADUN pembangkang, J Arul Kumar berkata, kesemua ADUN telah menggunakan sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk kebajikan rakyat, malah ada yang telah menggunakannya sepenuhnya.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793700/berita/politik/macam-mana-kita-nak-pulangkan-duit-yang-sudah-diberikan-kepada-rakyat--adun-ph

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #ADUN #PH #Rakyat

    5 min
  • Bekas Pengerusi TH, bekas KSP direman tujuh hari

    Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

    Majistret, Ezrene Zakariah menetapkan tempoh tersebut yang berakhir 2 September depan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis. 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793726/berita/semasa/rci-tabung-haji-bekas-pengerusi-th-bekas-ksp-direman-tujuh-hari

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesTH  #TH #mahkamah #bekaspengerusibekaskspdiremantujuhhari

    2 min
  • Lelaki diserang sawan di kandang tertuduh

    Seorang tertuduh warga emas diserang sawan ketika prosiding mahkamah berhenti seketika sebelum diberikan ubat oleh anggota polis yang bertugas di Mahkamah Sesyen 2, George Town pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

    Tertuduh yang menghadapi pertuduhan mencederakan seorang lelaki itu kemudiannya berjaya ditenangkan selepas menerima ubat yang dibawa oleh tertuduh sendiri.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793702/berita/semasa/lelaki-diserang-sawan-di-kandang-tertuduh

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #GeorgeTown #Lelaki #Sawan

    2 min
  • Amat ‘pelik’ dakwa Ismail Sabri tidak isytihar harta- Peguam

    Peguam kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pertuduhan tidak mengisytiharkan harta, termasuk wang tunai RM14.7 juta, jutaan mata wang asing serta lima jongkong emas yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu sebagai pelik dan janggal, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail. 

    Mata wang asing terbabit terdiri daripada SG$6.1 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta, €12.16 juta, ¥363 juta, £50,250, NZD44,600, AED34.7 juta dan AUD$352,850.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793691/berita/semasa/amat-pelik-dakwa-ismail-sabri-tidak-isytihar-harta--peguam

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #ismailsabriyaakob #kespengisthiharta

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…