Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • RCI TH: Bekas menteri direman lima hari

    Seorang bekas menteri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Tabung Haji (TH) di Arab Saudi, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

    Perintah tahanan reman yang berakhir Ahad ini dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794502/berita/semasa/rci-th-bekas-menteri-direman-lima-hari

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #Bekasmenteridiremanlimahari #isupajakanhotel

    2 min
  • Pemandu ambulans didakwa pandu melulu sebabkan kematian pelajar

    Seorang pemandu ambulans swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal yang juga pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Tertuduh, Mohd Noorikhmal Baharuddin, 41, didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794497/berita/semasa/pemandu-ambulans-didakwa-pandu-melulu-sebabkan-kematian-pelajar

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #keskemalanganmaut #pemanduambulansdidakwa

    2 min
  • Gajah pun tahu jalan pulang, mengapa Rohingya tidak?

    Kisah mamalia gergasi sentiasa meruntun jiwa. Selain gajah betina Mek Jeram yang sebelum ini tular kerana tersesat ke penempatan penduduk di sempadan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akibat pencerobohan habitat, kini perhatian seluruh negara terarah kepada Sulong. 

     
    Sulong, si gajah jantan itu, sanggup berjalan beratus-ratus kilometer dari Gerik, Perak menuju ke habitat asalnya di Gua Musang, Kelantan walaupun dalam keadaan kakinya tercedera. 
     
    Audio: Dijana oleh AI 

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794450/suara-sinar/analisis-sinar/gajah-pun-tahu-jalan-pulang-mengapa-rohingya-tidak

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. 

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #kisahgajah #Rohingya #AnalisisSinar

    5 min
  • Sasar Rohingya sebagai mangsa samun, empat lelaki dicekup polis

    #ICYMI Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun yang dipercayai aktif menyasarkan etnik Rohingya di sekitar Kubang Pasu selepas menahan empat lelaki tempatan dalam operasi khas yang dijalankan di Kedah, Perlis dan Perak baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

    Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kejayaan itu susulan laporan polis yang diterima pada jam 1.30 pagi, 17 Ogos lalu daripada seorang lelaki warga Myanmar yang mendakwa disamun tiga lelaki bertopeng bersenjatakan pisau di sebuah rumah sewa di Kampung Kodiang Lama.

     
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794363/berita/semasa/sasar-rohingya-sebagai-mangsa-samun-4-lelaki-dicekup-polis

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    3 min
  • Nahas 11 kenderaan: Gambar sambutan merdeka jadi kenangan terakhir tiga beranak

    Gambar suasana sambutan Hari Kebangsaan yang dikongsi Allahyarham, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan dalam kumpulan WhatsApp keluarga ketika berada di Putrajaya kini menjadi antara kenangan terakhir buat ahli keluarganya, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

    Abangnya, Mohd Hafiz Rifqi, 33, berkata, Nur Atiqah, 32, sebelum itu memaklumkan ke Kuala Lumpur bersama suami dan anak lelaki mereka sempena sambutan merdeka.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794391/berita/semasa/nahas-11-kenderaan-gambar-sambutan-merdeka-jadi-kenangan-terakhir-tiga-beranak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalangan #Temerloh #mempatmautkemalangan11kenderaan

    3 min
  • ‘Kakak dunia akhirat’ ungkapan terakhir Mohamad Sohaizi

    “Kak, akaklah kakak dunia akhirat.”

    Demikian kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telinga Suhailah Mohd Sanin, 51, ketika mengimbau kembali perbualannya bersama adiknya, Mohamad Sohaizi, 38, yang maut dalam kejadian dua bot bertembung berhampiran Kuala Sungai Mersing, malam Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Mohamad Sohaizi yang juga tekong bot, merupakan antara dua mangsa yang maut dalam kejadian itu, manakala tujuh lagi cedera.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794376/berita/semasa/bot-bertembung-kakak-dunia-akhirat-ungkapan-terakhir-mohamad-sohaizi

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalangan #Mersing #mempatmautkemalangan11kenderaan

    1 min
  • Bot bertembung: Polis siasat lesen, pematuhan SOP

    Polis menyiasat status permit dan lesen dua bot penumpang yang bertembung di Kuala Sungai Mersing hingga mengorbankan dua nyawa dan mencederakan tujuh yang lain pada Ahad.

    Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya juga sedang meneliti sama ada prosedur operasi standard (SOP) dan syarat ditetapkan kepada pengendali bot dipatuhi ketika kejadian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794356/berita/semasa/bot-bertembung-polis-siasat-lesen-pematuhan-sop

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalanganbot #botbertembungdiKualaSungaiMersing #Duaterkorbantujuhcedera #PDRM

    3 min
  • Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung

    Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung

    Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

    Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas

    3 min
  • Dua beranak lemas: Tangan bapa masih pegang erat kaki anak

    Dua beranak lemas: Tangan bapa masih pegang erat kaki anak

    Detik menyayat hati menyelubungi tragedi dua beranak yang maut akibat lemas di Pantai Kampung Punggai, Pengerang, apabila tangan bapa dilaporkan masih erat memegang kaki anak sulungnya ketika ditemui, lapor wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Ahad itu, pengusaha bengkel kereta, Mohammad Nizam Zainal, 33, bersama anaknya, Muhammad Zamri Mikhail, 8, dilaporkan mandi-manda di pantai berkenaan sebelum dihanyutkan ombak besar kira-kira 10 minit kemudian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794253/berita/semasa/dua-beranak-lemas-tangan-bapa-masih-pegang-erat-kaki-anak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #DuaBeranak #Lemas #KotaTinggi

    3 min
  • Semangat merdeka satukan rakyat pelbagai kaum

    Semangat merdeka satukan rakyat pelbagai kaum

    Demi merasai sendiri kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan, ada yang sanggup bangun seawal jam 3 pagi dan menempuh perjalanan jauh bersama keluarga, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

    Tidak kira Melayu, Cina mahupun India, semangat untuk menyambut Hari Kebangsaan Malaysia (HKM) ke-69 jelas menyatukan rakyat yang hadir dengan satu harapan sama iaitu melihat Malaysia terus aman, makmur dan bersatu padu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794240/berita/nasional/semangat-merdeka-satukan-rakyat-pelbagai-kaum

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Putrajaya #PerpaduanKaum

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…