
Sign up to save your podcasts
Or


Sambutan luar jangka pelanggan pada hari terakhir operasi Secangkir Cafe di Sungai Karang, Kuantan menyentuh hati keluarga apabila ada yang datang seawal jam 9.30 pagi untuk mendapat kek air tangan terakhir pemiliknya, Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmumin Nik Min.
Adik arwah Nur Atiqah Sofiya iaitu Muhammad Hazim Rais Mohd Kazwan, 26, berkata, keluarga pada awalnya tidak menyangka begitu ramai pelanggan hadir selepas mereka menguar-uarkan pembukaan kafe berkenaan buat kali terakhir menerusi platform Threads.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794848/berita/semasa/hari-terakhir-operasi-secangkir-cafe-sambutan-pelanggan-sentuh-hati-keluarga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SecangkirCafe #Cafe #TamatOperasi #Kuantan
Tragedi lemas: Bendera merah dipasang di Pantai Tanjung Lompat
Kawasan Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, Kota Tinggi akan dipasang bendera merah dan papan tanda larangan mandi susulan tragedi lemas melibatkan enam remaja berusia 16 tahun pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pendekatan itu turut dicadangkan di kawasan pantai yang mempunyai arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794816/edisi/johor/tragedi-lemas-bendera-merah-dipasang-di-pantai-tanjung-lompat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #Laut #PantaiTanjungLompat #KotaTinggi
Kerjasama antara UMNO-Pas ketika ini bukanlah kesinambungan kepada Muafakat Nasional (MN), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ujar beliau, usaha itu sebaliknya adalah sokongan terhadap agenda yang mampu memperkukuhkan perpaduan orang Melayu serta mewujudkan kestabilan politik negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794802/berita/politik/kerjasama-umno-pas-bukan-kesinambungan-mn---asyraf-wajdi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #MuktamarPas
Seorang pesara tentera bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Jumaat atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kedi golf dengan niat mencabul kehormatannya, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Yahya Hashim, 68, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794795/berita/semasa/pesara-tentera-bergelar-datuk-mengaku-tidak-bersalah-cabul-kedi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AyerKeroh #PesaraTentera
Gerakan Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) menggesa kerajaan menyiasat sebahagian 71 kontena yang didakwa menuju ke Israel kini berada di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail pada masa sama mendakwa, sebahagian lagi kontena dalam perjalanan menuju pelabuhan tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794808/berita/nasional/bds-buat-laporan-polis-dakwa-kontena-menuju-israel-di-pelabuhan-tanjung-pelepas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BDSMalaysia #TanjungPelepas #Johor
Pas mengakui mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada pilihan raya berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794796/berita/politik/calon-pm-tunggu-kekuatan-kerusi---abdul-hadi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #muktamarPas #Pas #CalonPM
Rundingan antara Pas dan Barisan Nasional (BN) terus berlangsung dan masih belum dimuktamadkan kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menurut beliau, Pas sentiasa membuka ruang perbincangan dengan mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut politik yang berlaku.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794787/berita/politik/pas-dan-bn-terus-berunding-belum-muktamad---abdul-hadi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #muktamarPas #Pas #UMNO
Ahli dan peneroka Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) menuntut empat perkara termasuk campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu bayaran jualan saham kepada ahli yang tertunggak sejak 2023.
Peguam, Afiq Asyraf berkata, majoriti ahli yang terjejas terdiri daripada warga emas, pesara dan balu peneroka yang tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794785/berita/semasa/bayaran-saham-tertunggak-ahli-kpf-tuntut-campur-tangan-pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPF #Felda
Pak Suria, Bu Nadia, Ethan terbaru kisah Nora dan Luca, ini merupakan nama watak-watak drama pendek dihasilkan menerusi kecerdasan buatan (AI) yang memenuhi wall media sosial kebelakangan ini.
Berdurasi antara 10 hingga 20 minit satu episod, ia menjadi pilihan orang ramai yang dapat menonton pelbagai kisah kehidupan dengan lebih santai.
Audio dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794747/suara-sinar/pojok/pesona-drama-pendek-ai
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #DramaAI
Bekas komando ceroboh bilik bilal masjid, curi duit tabung dipenjara empat bulan
Bekas komando dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Khamis selepas mengaku bersalah menceroboh bilik bilal sebuah masjid, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohd Zaidi Mohtar, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794683/berita/semasa/bekas-komando-ceroboh-bilik-bilal-masjid-curi-duit-tabung-dipenjara-empat-bulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
From the publisher's feed