
Sign up to save your podcasts
Or


Empat lelaki termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Isnin atas pertuduhan membunuh, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Tertuduh Mohamad Iekram Mohd Zaki, 29, (pengawal keselamatan), Mohamad Bakri Mahidin, 37, (buruh), adiknya, Muhamadariff Mahidin, 26, (buruh) dan seorang lagi, Mohd Firdaus Che Mustafa, 36, (pekerja cuci kereta) mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795208/berita/semasa/empat-lelaki-termasuk-dua-beradik-didakwa-membunuh
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #SungaiPetani #Jenayah
Jerebu rentas sempadan dari Indonesia yang kembali menjejaskan Malaysia membangkitkan kebimbangan terhadap kualiti udara dan kesihatan awam.
Hakikat ia berulang hampir setiap tahun menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan usaha menangani punca sebenar masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795151/suara-sinar/lidah-pengarang/sampai-bila-kita-perlu-sesak-nafas
#SinarHarian #SinarTerkini #Jerebu #KesihatanAwam #KualitiUdara
Johor akan melaksanakan penutupan sekolah sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 mengikut ketetapan pihak berkuasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah diminta mengemas kini data semasa berhubung bacaan IPU sebagai rujukan ibu bapa, pelajar dan guru.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795184/edisi/johor/johor-tutup-sekolah-jika-bacaan-ipu-lebih-200---exco
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #IPU #Jerebu #Sekolah #Johor
Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat
Tragedi Pantai Tanjung Lompat: Mangsa terakhir ditemukan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, berakhir selepas mangsa ditemukan petang Sabtu.
Jasad Muhammad Haiman Fitri Supian,16, ditemui orang awam, jam 3.05 petang kira-kira 12 kilometer dari lokasi kejadian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794981/berita/semasa/tragedi-pantai-tanjung-lompat-mangsa-terakhir-ditemukan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritSemasa #lemas #PantaiTanjungLompat
Pas tidak akan menyerahkan kerusi yang dikenal pasti berpotensi dimenanginya kepada mana-mana parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerusi berkenaan akan dikenal pasti bersama Dewan Pemuda Pas serta jentera pilihan raya parti di peringkat negeri.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MuktamarPas
Sikap taat dan wala' (kesetiaan) yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan jemaah menjadi kunci utama dalam usaha Pas menuju ke Putrajaya serta memimpin negara.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahya berkata, kebersamaan dan kepatuhan ahli terhadap setiap keputusan parti amat penting bagi memastikan perjuangan yang dirancang mencapai kejayaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794941/berita/politik/walaun-tak-jadi-masalah-jangan-malaun---ahmad-yahya
#SinarHarian #BeritaSemasa #MuktamarPas
From the publisher's feed